Gelombang Rakyat

Macam Mana Nak Faham Peleknya Naik Turun Harga Petrol Dan Diesel Di Malaysia

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 71

Di TranungKite OnLine:


Macam Mana Nak Faham Peleknya Naik Turun Harga Petrol Dan Diesel Di Malaysia
Dilulus terbit pada Wednesday, September 24 @ 10:30:00 MYT oleh SongkokPutih
Komentar
Oleh zublizainordin

" Terdapat beberapa kehairanan di kalangan Rakyat Malaysia, perihal harga petrol dan diesel, berbanding harga lain-lain bahan.

Di antaranya ialah:

01. Kenapakah kerajaan Barisan Nasional berjanji sebelum PRU 12 bahawa harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan, tetapi kemudian menaikkannya selepas PRU 12.

02. Kenapakah pengumuman harga petrol dan diesel yang dijangka naik sedikit dan lambat lagi sekitar Ogos 2008, kemudian dinaikkan secara mendadak tingginya dan dengan segera pula, pada awal Jun, 2008.

03. Kenapakah kenaikan harga petrol dan diesel sedemikian rupa telah mengakibatkan rentetan kenaikan harga lain-lain bahan, barangan dan perkhidmatan; kemudian kerajaan mencadangkan langkah jimat, dan penyelesaian total dikemukakan melalui ajakan menanam sayur di sekeliling rumah.

04. Kenapakah hal ini dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan restu persetujuan, sehingga 129 Ahli Parlimen menyokong, sedangkan sebahagiannya tidak hadir, dan sebahagian lagi keluar dewan tanda protes. Ini, dalam ertikata setuju, tak kisah, dan tidak setuju kepada penstrukturan semula subsidi minyak petrol dan diesel.

05. Kenapakah harga petrol dan diesel dinaikkan tanpa kajian yang lama atau berfikir panjang, tetapi diturunkan dengan keperluan kajian yang lama atau berfikir panjang.

06. Kenapakah harga petrol dan diesel mesti dikaji setiap 15 hari. Berdasarkan harga pasaran, yang sekiranya harga bahan ini naik di pasaran global, harganya di Malaysia akan dinaikkan juga, dan sebaliknya sekiranya harga bahan ini turun di pasaran global, harganya di Malaysia akan diturunkan pula.

07. Kenapakah, kemudiannya, bila harga bahan ini turun mencecah harga USD 100 setong, dan bakal turun lagi, sedangkan penurunan harga bahan ini mestilah dibincang dahulu di peringkat menteri kabinet. Sedangkan bahan, barangan dan perkhidmatan lain, walaupun ada, tetapi tidaklah mendapat perhatian perbincangan yang sama di peringkat menteri kabinet, seperti harga petrol dan diesel.

Kemungkinan ada lagi kehairanan kenapakah peleknya kerajaan Barisan Nasional sehubungan dengan harga petrol dan diesel ini. Setakat ini, cukuplah untuk kita fahami sekadarnya.

Tambatan Ringgit, atau Apungan Ringgit, di antara lain. ada kena mengena dengan mengelakkan atau membenarkan wang dijadikan komoditi dagangan, yang berbentuk perjudian yang dihalalkan di peringkat antarabangsa.

Digenggaman pemimpin politik yang berniat jahat, wang yang banyak boleh digunakan untuk perjudian sedemikian atas nama pertukaran mata wang, yang mampu mendapat keuntungan atas angin. Namun, risikonya cukup besar, dan kerugian besar juga boleh dialami.

Pun begitu, negara yang terbabit dan terlibat melalui institusi kewangannya, berhadapan dengan institusi yang punyai wang dalam dana yang banyak. Sebab itulah, tidak pelek jika sesebuah syarikat meminjam wang dari sesebuah kerajaan. Tetapi, pelek sungguh sesebuah kerajaan meminjam wang dari sesebuah syarikat. Ini, atas nama globalisasi.

Malaysia mempunyai hasil minyak, dan bila demikian tidak sepatutnya negara ini menghadapi masalah kenaikan harga minyak, jika pilihan dibuat untuk menjadikan hasil ini memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

Terkecuali pemimpin politik yang terajui negara kita sekarang ialah masalah paling besar di Malaysia, seperti Abdullah Ahmad Badawi, yang lemah dan lembik.

Sebab itulah kenaikan harga minyak di Malaysia sebagaimana berlaku sejak 5 Jun 2008 yang lalu, bukanlah berdasarkan harga minyak di pasaran global. Sebaliknya, didasarkan kepada harga minyak di pasaran hadapan antarabangsa.

Sebab itulah alasan asal bahawa bahan ini di pasaran global berkurangan atau tidak mencukupi, adalah tidak tepat. Sedangkan negara pengeluar minyak yakni cartel seperti OPEC, memberi jaminan bahawa peningkatan pengeluaran boleh dilaksanakan demi permintaan sebenar bahan ini. Ertinya minyak di pasaran global mencukupi dan boleh dicukupkan sekiranya berkurangan.

Jadi, yang disebut sebagai alasan bahan ini tidak mencukupi di pasaran dunia, hanyalah berlaku di atas kertas, dan dihebahkan dalam bentuk spekulasi semata-mata.

Begini. Syarikat yang dahulunya adalah spekulator, telah mengembang menjadi gergaji dalam bentuk institusi spekulator antarabangsa. Mereka ini mempunyai dana kewangan yang banyak. Dibelinya minyak yang belum dikeluarkan pada tahun contohnya 2010, 2020, dan seterusnya. Semacam tempahan awal. Sebab itulah dikatakan bahan ini berkurangan atau tidak mencukupi kerana sejak awal lagi telah dibeli oleh mereka.

Tujuan mereka membeli awal ialah dapat membeli dengan jumlah yang banyak, dan dengan harga yang murah, kemudian dijual dengan harga yang mahal dan mendapat keuntungan yang banyak.

Kerja mereka ialah membuat spekulasi, dan harga bahan ini di pasaran hadapan adalah seperti yo-yo. Naiknya tinggi yang tidak munasabah, dan turunnya boleh dimainkan, kemudian serta merta dinaikkan pula. Pendek kata panjang pun kata, ikut suka hati merekalah berapa harganya bahan ini dispekulasikan.

Kerajaan Malaysia terperangkap kini dalam permainan ini. Sebab itulah kita dengar keluhan seperti, kita nak buat macam mana, ini adalah fenomena global.

Hakikatnya ialah ini hanyalah satu permainan spekulasi institusi antarabangsa.

Jadi seronokkah Rakyat Malaysia bila kerajaan Malaysia bergantung kepada harga pasaran hadapan dunia. Kehidupan kita menjadi tidak menentu, kita semakin sengsara kerana harga hampir kesemua bahan, barang, dan perkhidmatan tinggi belaka.

Tambahan pula, tiada sebarang usaha menyeluruh untuk menggunakan kekuatan elemen dalaman, dan memanfaatkan pasaran global, demi meningkatkan pendapatan negara. Sebaliknya hanyalah sekadar menguruskan kewangan yang sedia ada.

Sebab itulah pertukatan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, bagi Kementerian Kewangan, tidak akan membawa Malaysia ke mana-mana, melainkan takuk bermasalah juga.

Ibarat satu permainan bolasepak paling penting, pertukaran kedua-duanya ialah seperti pemain utama kaki kiri yang tempang, bertukar tempat dengan pemain utama kaki kanan yang tempang.

Ternyata tidak ada seorang pun di dalam kerajaan Barisan Nasional yang tahu dan mampu mencadangkan satu penyelesaian terbaik demi memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia, perihal harga petrol dan diesel.

Mereka ibarat orang yang tidak tahu dan tidak mampu bermain bolasepak, selain daripada tidak boleh skor gol lawan, berkemungkinan skor gol sendiri berkali-kali.

Sebaliknya, sebelum PRU 12, Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat telahpun berkempen, bahawa hari ini membentuk kerajaan, esok harga minyak petrol dan diesel turun.

Anwar Ibrahim menjelaskannya dahulu dan kemudian menurunkan harga bahan ini, sedangkan Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga bahan ini dahulu, kemudian menjelaskannya.

Apa yang telah dilakukan dan apa yang tidak mampu dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan Barisan Nasional telah pun terbukti. Mereka gagal.

Namun, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat juga belum terbukti, mereka hanya sekadar berjanji, kerana kerajaan baru belum terbentuk dan Anwar Ibrahim masih belum menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dalam kehidupan ini, jika kita inginkan sesuatu terjadi. Satu pihak ternyata tidak boleh dan tidak mampu membuatnya terjadi. Sedangkan satu pihak ternyata mampu membuatnya terjadi dan berjanji boleh.

Maka, pilihan Rakyat Malaysia ialah..?"

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:

  • Macam Mana Nak Faham Peleknya Naik Turun Harga Petrol Dan Diesel Di Malaysia
  • Tambatan Ringgit! Apa Cerita Di Sebalik Pelbagai Cerita Di Dalamnya?
  • Pak Lah Kekal PM Maka Jangkakanlah Yang Dijangka Tapi Apa & Siapa Akan Kena?
  • Jika Pak Lah Berkeras Terus Jadi PM Apa Yang Sesiapa Dapat Lakukan Dgn Jaya?
  • Jaga-jaga Pak Lah Dalam Jaga Ialah Pemimpin Yang Terlalu Berjaga-jaga
  • Pak Lah Pemimpin Politik Yang Dihairani Ramai..!
  • Pak Lah Pemimpin Politik Yang Pantang Dicabar!
  • Najib Masalah Utama Kenapa Pak Lah Kekal Jadi Masalah Kepada Rakyat & Negara
  • Pak Lah Mahu Kekal PM Walaupun Tahu Semakin Ramai Menolaknya!
  • Pak Lah Kebingungan Lalu Membingungkan Dan Dia Kelihatan Semakin Tidak Wara


  • InsyaAllah akan terbitkan pos lagi...

    0 comments: