Indeks Persepsi Korupsi - Bolehkah Dikatakan Tak Apa Lah Apa Depa Nak Kata
Post # 72
Indeks Persepsi Korupsi - Bolehkah Dikatakan Tak Apa Lah Apa Depa Nak Kata
Dilulus terbit pada Thursday, September 25 @ 05:43:31 MYT oleh greenboc
Oleh zublizainordin
"
Ada hal yang penting, dan bila dikatakan orang, maka semakin mahu digalakkan supaya lebih ramai mengetahuinya.
Ada juga hal yang tidak penting, dan mulut tempayan sememangnya boleh ditutup, tetapi tidak mulut orang, maka perlukah kata orang ini dipedulikan?
Namun, bagaimana pula berkenaan Indeks Persepsi Korupsi, khususnya berkaitan Malaysia, bolehkah dikatakan tidak mengapalah apa orang lain hendak kata.
Pemimpin politik negara mempunyai pilihan dan boleh sudi mengambil opsyen terbaik sehubungan dengan aspek Indeks Persepsi Korupsi di Malaysia ini.
Terdapat satu pos di blog KERABUBERSUARA yang memperincikan aspek ini.
Di antaranya, terdapat Indeks Persepsi Korupsi di Malaysia secara perbandingan dari tahun 1995, kecuali 2000, hingga tahun ini, 2008. Angka petunjuk adalah seperti berikut:
1995: tempat ke 23 (tiada rekod berapakah jumlah negara disenaraikan)
2001: tempat ke 36 (dari senarai 91 negara, rekod Malaysia ialah skor purata 5.0)
2002: tempat ke 34 (dari senarai 102 negara, rekod Malaysia ialah skor purata 5.0)
2003: tempat ke 37 (dari senarai 133 negara, rekod Malaysia ialah skor 5.2 dari 10)
2004: tempat ke 39 (dari senarai 146 negara, rekod Malaysia ialah skor 5.0 dari 10)
2005: tempat ke 39 (dari senarai 158 negara, rekod Malaysia ialah skor 5.1 dari 10)
2006: tempat ke 44 (dari senarai 163 negara, rekod Malaysia ialah skor 5.0 dari 10)
2007: tempat ke 43 (dari senarai 179 negara, rekod Malaysia ialah skor 5.1 dari 10)
2008: tempat ke 47 (dari senarai 180 negara, rekod Malaysia ialah skor 5.1 dari 10)
* Nota: 10 = terbaik, dan 0 - 1 = Terburuk.
Terdapat pula, Indeks Persepsi Korupsi di Malaysia secara perbandingan di antara negara dengan negara, terbitan Transparency International.
Walaupun ini hanyalah persepsi, namun siapakah dapat menafikan bahawa Malaysia bebas korupsi dan amalan korupsi? Sebaliknya, bolehkah diakui bahawa korupsi ataupun rasuah wujud di Malaysia?
Kebaikannya ialah, melalui Indeks Persepsi Korupsi ini, kita dapat mengukur kepemimpinan politik negara dan negeri dalam menangani rasuah supaya sifar.
Tentulah, Indeks Persepsi Korupsi ini, yang berkaitan negara kita, boleh menjadi petanda kepada Badan Pencegah Rasuah Malaysia. Pada mereka di organisasi inilah, Rakyat Malaysia menaruh harapan supaya tanggungjawab dijalankan untuk menghapus rasuah dan amalan rasuah habis-habisan. Terutama, tanpa gentar dan tanpa berpihak.
Tambahan pula Indeks Persepsi Korupsi ini, boleh dimanfaatkan dalam tiga lagi aspek, yakni jika diperlukan, menggalak para pelabur asing melabur di Malaysia; poin jualan kempen promosi pelancongan dunia ke Malaysia, dan tarikan individu di serata dunia untuk menjadi mahasiswawi, dan mendapatkan pendidikan di Malaysia.
Dengan demikian, diharapkan tiadalah di kalangan para pemimpin politik yang sedang berkuasa kini, berkata, mengenai Indeks Persepsi Korupsi ini tidak usah pedulilah apa dia orang hendak kata.
Malah, setiap Rakyat Malaysia, elok peduli akan Indeks Persepsi Korupsi ini, bila berkaitan dengan Malaysia. Semoga dengan pedulinya kita, tidak ada yang memberi menerima rasuah.
InsyaAllah, akan diterbitkan lagi pos...