Gelombang Rakyat

Lawak Gempar ke Ni? Pak Lah Panggil Ketua Peninjau Pencalonan UMNO Bahagian

Betulkah Abdullah Ahmad Badawi hanya akan umumkan sama ada bertanding atau tidak, jawatan Presiden UMNO, pada atau sebelum 9 Oktober, 2008..?

Betulkah ada satu pasukan yang sedang meninjau berapa pencalonan yang Abdullah Ahmad Badawi bakal perolehi daripada para pemimpin UMNO Bahagian?

Jika betul, bagaimana agaknya perbualan mereka, ya?

Sekadar berhibur, jangan marah aargh.

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Begini...

...

Bos: Masuk!

Wak Mustar: Macam mana nak masuk Bos, telefon ini kechik.

Bos: Bukan hang Lah, Wak Mustar. Aku cakap dengan orang kat pintu.

Wak Mustar: Di sini hanya ada pintu pondok telefon Bos. Nak masuk pintu yang mana lagi?

Bos: Apa Lah bodo tara tu, hang ni Wak Mustar? Sudah Lah, esok hang bawak semua barang yang aku pesan tadi.

Wak Mustar: Baik Bos. Adban tak ada ke Bos?

Bos: Hang bawak dulu, nanti hang dapat Lah wangnya.

Wak Mustar: Baik Bos.

Dia letak gagang telefon, dan bersalaman dengan Ketua Peninjau Pencalonan UMNO Bahagian. Tangannya digeromol, dicium, dan dijilat.

Bos: Duduk...duduk.

Ketua Peninjau: Siapa tu tadi?

Bos: Had yang telefon tadi ka? Oh! Wak Mustar, saya ada pesan barang baik darinya.

Kedua-duanya tergelak!

Bos: Macam mana keputusan terkini. Total, saya boleh dapat berapa pencalonan kesemuanya?

Ketua Peninjau: Sepatutnya Bos dapat 191 pencalonan semuanya.

Bos: Wow! Saya akan umumkan esok untuk saya bertanding jawatan Presiden.

Ketua Peninjau: Sabar dulu Bos, sebabnya Bos tak boleh dapat 191 pencalonan.

Bos: Kenapa pulak?

Ketua Peninjau: Banyak sangat cucukan di UMNO bahagian, Bos.

Bos: Siapa yang cucuk, Hicham pakai keris kah?

Ketua Peninjau: Alah, musuh politik Bos Lah. Siapa lagi...

Bos: Jikalau tidak boleh dapat 191, berapa total pencalonan UMNO Bahagian yang saya boleh dapat?

Ketua Peninjau: Saya jangkakan 100 senang boleh dapat, tapi...

Bos: Tapi apa?

Ketua Peninjau: Ada pulak pemimpin yang kata Bos macam budak-budak, duduk dalam negara Republik Pisang.

Bos: Kureng asem...jadi berapa?

Ketua Peninjau: 3 hari lalu kami tinjau, boleh Lah dapat dalam antara 70 ke 80 pencalonan.

Bos: Hang tak usah Lah nak dolak-dalik. Saya tidak pernah begitu! Habaq saja berapa?

Ketua Peninjau: Sorri aargh, jangan marah Bos. Nanti kena jual. Baiklah, ini angkanya:

Jangkaannya: Bos akan perolehi dari, UMNO Bahagian Perlis = 1, Kedah = 2, Perak = 3, Pulau Pinang kita = 10, Selangor = 2, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan = 4, Negeri Sembilan = 5, Melaka = 3, Johor = 2, Pahang = 0, Terengganu = 3, Kelantan = 0, Sabah = 9, UMNO Bahagian Afrika = 13.
Bos: Hang ni korner jauh sangat. Cut short saja Lah. Berapa total, ya berapa jumlah kesemuanya?

Ketua Peninjau: 57 pencalonan setakat ini, Bos.

Bos: Cis! satu pencalonan lagi sahaja untuk cukup. Jadi macam mana?

Ketua Peninjau: Pasukan kami akan terus bekerja, dan berusaha untuk dapatkan 1 pencalonan lagi.

Bos: Pergi Lah usaha lagi. Nampak gayanya, saya kena umumkan pada 9 Oktober 2008 jugak. Tak pa Lah, pergi Lah buat kerja...

Ketua Peninjau pun beredar. Dia marah betul, geram pun ada...
Abdullah Ahmad Badawi
aarvidi.wordpress.com

Dia bangun dan mundar-mandir.
57... bisiknya, 1 pencalonan sahaja lagi.
Aduh!
Setelah sejam mundar mandir, dia ternampak kertas yang ditinggalkan oleh Ketua Peninjau Pencalonan UMNO Bahagian.
Ditelitinya betul-betul.
Maka ternampak Lah dia, akan angka terakhir...UMNO Bahagian Afrika = 13.

Kuang! Kuang!! Kuang!!!

Dia pun pengsan.

0 comments: