Tunda Menyuarat Agung UMNO Najib Hantar Mesej Kod Pada Orang Dalam Teamnya
Soalannya adakah dalam mesyuarat sulit di antara Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, berdua-duan, 2 kali sebelum Mesyuarat Istimewa Majlis Tertinggi UMNO, 26 September, 2008, adakah:
01. Abdullah Ahmad Badawi mahu Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pemimpin UMNO, ditunda dari 16 Disember, 2008 ke 9 Mac, 2009. Sedangkan Mohd Najib Abdul Razak menentangnya.
02. Mohd Najib Abdul Razak mahu Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pemimpin UMNO, ditunda dari 16 Disember, 2008 ke 9 Mac, 2009. Sedangkan Abdullah Ahmad Badawi menentangnya.
03. Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, sama-sama mahu Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pemimpin UMNO, ditunda dari 16 Disember, 2008 ke 9 Mac, 2009. Maka, di bawa ke Mesyuarat Istimewa Majlis Tertinggi UMNO, pada 26 September, 2008.
Jawapannya ialah, mesej Kod ini, yang Najib hantar kepada orang di dalam team nya. Team Abdullah Ahmad Badawi, mungkin tidak perasan.
Bahan maklumat dipetik dari KLpos sebagai sumber rujukan, tetapi tidak menyebut akan mesej kod ini:
"Keputusan yang bijaksana" Najib
26 Sep 2008 3:18PM KL: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini berhubung penangguhan Perhimpunan Agung UMNO sehingga Mac tahun depan dan mengekalkan tarikh pemilihan bahagian-bahagian mulai 9 Oktober sebagai keputusan yang bijaksana.Beliau memberitahu pemberita selepas mesyuarat MT UMNO di sini bahawa “ia dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi.” / Utusan
Dengan mesej kod demikian, dipercayai dan diyakini, orang dalam team Mohd Najib Abdul Razak akan faham.
Dalam banyak perkataan, Mohd Najib Abdul Razak, telah pilih satu perkataan unik, yakni:
bijaksana
Ya, jelas sekali.
Ertinya, pihak Abdullah Ahmad Badawi di sana, bijak kali ini, dan dia tidak berjaya, menyekat penundaan ini.
Sebab itulah Mohd Najib Abdul Razak perlu sebongkok ini semasa berhadapan Abdullah Ahmad Badawi...
Sumber gambar: Tumpang Sekole…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
InsyaAllah, akan terbit lagi pos di sini...