Lawak Pulak Ke? Pak Lah Dan Mesyuarat Staf Terakhir
0 Comments
»
Abdullah Ahmad Badawi. www.encyclopedia.com |
Gambar Hiasan
Kisah dia nak bersara sering kedengaran. Bila dia sudah buat keputusan bersara, dia ubah balik keputusannya, kemudian sambung kembali. Lepas itu buat lagi keputusan nak bersara. Kemudian ubah balik.
Agak-agaknya, macam-mana Lah suasana mesyuarat terakhirnya?
Begini bayangannya, sekadar hiburan juga...
...
Di dewan mesyuarat, telah dipenuhi staf menunggu ketibaan bos mereka.
Pegawai 1: Eshy, lambat betul Lah...
Pegawai 2: Alahai biasa Lah. Kau bukan tak kenal bos kita, sejak 2003, macam gitu Lah. Tak dak perubahan langsung.
Pegawai 1: Sejak 2003?
Pegawai 2: Ha-ah, kenapa..?
Pegawai 1: Aku join 2006.
Pegawai 2: Oh gitu ke? Dia memang lambat, kami dah kenal dah dia ni. Kalau kau nak tidor, tidor dulu, nanti dia masuk, aku kejutkan.
Pegawai 1: Boleh ke tidor, dalam mesyuarat rasmi begini?
Pegawai 2: Kepemimpinan Melalui Teladan. Bos kita pun tidor jugak merata majlis rasmi.
Pegawai 1: Ya ka? Tak kan kot?
Pegawai 2: Kau ni in-charge bahagian stor ke? Tak apa, habis mesyuarat karang, kau ikut aku, aku ada simpan semua gambarnya tidor dalam semua majlis rasmi yang dia telah tidor.
Pegawai 1: Apa pasal dia jadi begitu?
Pegawai 2: Entah Lah, dia macam kena ubat Lah. Macam kita lepas makan ubat batuk, lepas itu mengantuk kan? Begitu Lah dia, agaknya.
Pegawai 1: Ubat batuk apa dia minum?
Pegawai 2: Rasanya bukan ubat batuk, tapi ubat Pengantin.
Mereka ketawa!
Sementara itu, semakin ramai para pegawai masuk.
Ketua 1: Apa yang kau orang berdua ketawa ni. Ini mesti kutuk Bos ni.
Pegawai 2: Biasalah bos.
Ketua 2: Tak baik, berdosa. Batal puasa kau orang.
Eksekutif 1: Semua bangun!!!
Bos pun masuk ke dalam dewan mesyuarat. Seorang demi seorang bersalaman dengannya. Masing-masing mencium dan menjilat tangannya. Selesai bersalaman, mereka duduk. Ada Pegawai menarik kerusi, bos duduk, dan disorong ke depan.
Bos: Ada berita yang saya nak sampaikan...
Hadirin mesyuarat mendengar dengan khusyuk. Bos kelihatan sebak. Bibirnya terketar-ketar. Air mata mula mencucuri kelopak dan membasahi pipinya.
Pegawai 1: (Berbisik) menangis pulak dah...
Pegawai 2: (Berbisik kembali) biasa Lah. Mesti ada berita buruk nii.
Bos: Ini ada Lah, ini ada Lah, ini ada Lah...
Eksekutif 1: Berapa banyak "ini ada Lah" daa Bos?
Bos: Ini ada Lah, mesyuarat terakhir saya dengan kamu semua.
Eksekutif 2: Bos nak pindah ke kementerian baru lagi ke?
Bos: Tidak. Saya nak meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Eksekutif 1: Bila?
Bos: Esok! Kemas semua barang, masuk dalam kotak.
Para hadirin dalam dewan mesyuarat semuanya ketawa. Mereka ketawa berdekah-dekah. Ada yang sampai keluar air lior panjang dari bibir. Ada yang mengesat air mata. Lucu benar mereka rasakan.
Bos: Kenapa kamu semua ketawa?
Eksekutif 1: Pada bulan Mac 2008 yang lalu, bos kata hal yang sama. Jenuh kami kemas barang masuk dalam kotak. Bulan April 2008 Bos cakap yang sama. Kemudian, berkali-kali pulak lagi selepas itu. Bos cakap nak berhenti, tapi Bos sambung balik.
Ketua 1: Kami macam tak ada kerja lain. Kemas barang masuk kotak, bukak kotak, kemas barang. Setiap kali, sampai ada yang cuti demam, sebab terlalu banyak kotak. kebanyakannya proposal projek ja.
Eksekutif 2: Dah kemas baik punya, kena bukak balik semua kotak kemas macam biasa. 6 bulan pulak Bos sambung.
Bos: Tapi ini betul-betul, bukan cobaan.
Eksekutif 1: Sudah Lah bos. Jika betul Bos letak jawatan. Bos punch-card terakhir, balik Lah dulu. Bila sudah sah. Baru kami kemas semua barang ke dalam kotak. Kemudian kami hantar Lah ke mana Bos nak kami hantarkan.
Bos: Kamu semua tak percaya cakap saya?
Eksekutif 1: Bukan tidak percaya, tapi Bos suka cakap sesuatu hari ini, kemudian esok ubah. Hari esok cakap lain pula. Lusa ubah balik. Letih kami...
Bos: Saya ni, flip-flop ka?
Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala. Seorang demi seorang bangun dan mula beredar...
Bos terdiam. Tunduk ke bawah. Kemudian hadirin mesyuarat meninggalkannya bermenung sendirian di dewan mesyuarat itu.
Kasihan!