Bapa I UMNO, Bapa U PAS, Jom! Kita Kahwin...
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.
Hal ini amat menyeronokkan melihat politik di Malaysia. Perbezaan parti diketepikan demi amal kebaikan, perkahwinan anak-anak. Begitu juga tetamu kali ini, dari kedua-dua parti yang berbeza.
Wow!
KOTA BAHARU: Berdasarkan sifat ikhlas dan kasih sayang terhadap anak, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik dan ADUN Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh bersedia mengenepikan perbezaan politik untuk berbesan.
Majlis akad nikah pasangan mempelai itu berlangsung di rumah Mohd Adhan di sini.
Sheikh Ibrahim berkata atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anakanak bahagia.
"Perkahwinan anak kami ini memang ketentuan tuhan, jadi untuk lihat dari aspek yang lebih luas seperti pertemuan PAS dan Umno, ianya bermula daripada keikhlasan untuk bangsa, agama dan negara," katanya.
Bagi Mohd Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantunya tidak perlu dihalang atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak dan sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk.
"Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang," katanya.