Gelombang Rakyat

Lawak Hang Diam - Antara Taring Harimau Tua Ngan Harimau Tua Tak Bertaring

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Dari aspek kepemimpinan Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi terkini menunjukkan model hubungan pemimpin yang timbul tandatanya molekkah dicontohi. Mahathir Mohamad kata Abdullah Ahmad Badawi patut diam. Kemudian Abdullah Ahmad Badawi kata Mahathir Mohamad patut diam.

Maka berlangsunglah episod "Hang diam!" di saat akhir kedua-dua di penghujung kareer politik masing-masing. Sedangkan episod ini baru bermula...

Media menjadi platform kerana mereka telah tidak lagi bertemu, berjumpa, sebagai sahabat lama dalam arena politik tanahair. Jika tidak, tiada siapa tahu apa yang mereka bualkan.

Mahathir vs Abdullah
jelas.info
Hakikatnya jika Abdullah Ahmad Badawi seorang pemimpin yang terbaik, tiada siapa yang bersuara semacam mana sedang mereka suarakan. Begitu juga Mahathir Mohamad, lebih baik dia mengisi persaraannya dengan pelbagai nikmat. Tetapi, Mahathir Mohamad tidak begitu, dia bersuara kerana Abdullah Ahmad Badawi pemimpin paling teruk dalam sejarah kepemimpinan negara.

Ketika ini, episod "Hang diam!" sedang berlangsung dengan ibarat Mahathir Mohamad bertaring si Harimau Tua, sedangkan Abdullah Ahmad Badawi ibarat Harimau Tua tidak bertaring. Maksudnya, pemimpin dan pengaruh.

Maka beginilah jadi lawaknya

...

Harimau Tua Bertaring: Hang diam!

Harimau Tua Tiada Taring: Yhang syiam!

Harimau Tua Bertaring: Elok, hang diam! Bila hang tak diam, hang kata parti ini bukan pembuli, depa kata, itu slogan sahaja.

Harimau Tua Tiada Taring: Syapi isyu sylowgyan syang fbaik.

Harimau Tua Bertaring: Patutnya, hang diam! Projek elok hang bagai batai. Projek baru hang tak tentu hala. Lepas itu hang pergi kaji nak tangguh pulak. Apa ini? Hang patut diam.

Harimau Tua Tiada Taring: Yhang yang fpatusyut syiam. Fpasyai yhang lah, asyku sytak sydapat fbuat fprojek syelok.

Harimau Tua Bertaring: Baik lah, mari kita main jelir lidah uek uek, nak?

Harimau Tua Tiada Taring: Syudah sylama syaku syunggu, nak main ini.

Harimau Tua Bertaring: Aku dulu. Hang diam! Lerlerlerler uek uek uek!!!

Harimau Tua Tiada Taring: Syaku pulak. Lerler...

Ngap!

...

Kuang! Kuang!! Kuang!!!

Berkaitan:

Di sini juga:

http://www.arkib.com.my/


Dari Blog: http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/

19 October 2008

Episod bidasan Abdullah-Mahathir makin berbisa!!!



BUKAN main dashyat lagi apabila mendengar kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyelar sikap bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlagak menentukan siapa yang perlu berada dalam Umno dan siapa pula perlu dikeluarkan.
Lagi berkaitan:

Sunday, October 19, 2008

Menyingkap kelambu UMNO.

UMNO semakin goyah dan celaru.Itulah sinopsis perbualan yang paling hangat diperbincangkan di arena politik nasional sekarang.Walaupun ada pihak yang menganggap UMNO sebuah parti 'keramat' namun keramatnya itu tidak dapat menyelamatkanya yang semakin menempek ke lubang kubur yang digali sendiri mereka.Yang terbaru Dato' Seri Abdullah Badawi selaku Presiden UMNO menempelak bekas presiden dan bekas ahli UMNO Tun Mahathir yang dirasakannya cuba campur-tangan dalam urusan parti UMNO.

.

0 comments: