Bila Harga Petrol & Diesel Nak Dikembalikan Ke Asal?
Wartawan tanya, perihal harga minyak petrol dan diesel di Malaysia?
Di antara jawapannya ialah, suruh dia ni, si Bang Mat ni diam dulu, baru saya boleh jawab..
Bang Mat kata, pemimpin lain boleh suruh lain pemimpin shut up! Saya tak akan shut up!
Turun! Turun Turun!!!
Wartawan: Apa sebenarnya isu harga harga petrol dan diesel di Malaysia?
Jawapan: Sebab, minyak di pasaran dunia sudah berkurangan.
FAKTA: Minyak bekalan dunia masih banyak.
Wartawan: Kenapa dulu kata Ogos 2008, tapi 4 Jun 2008 sudah umum serta-merta naik?
Jawapan: Sebab jika tidak dibuat segera, simpanan negara untuk generasi masa depan akan terjejas teruk.
FAKTA: Tidak molek selamat generasi masa depan, jika generasi masa kini sengsara teruk.
Wartawan: Sebab apa mendadak?
Jawapan: Sebab harga bahan ini di pasaran dunia akan naik dan naik terus... Jadi, kita tidak boleh naikkan sposen, sposen, sposen. Kita naik ke angka paling tinggi.
FAKTA: Kenaikan harga adalah berdasarkan pasaran harga hadapan anjuran institusi spekulator antarabangsa.
Wartawan: Berapa lama harga ini kekal tinggi di Malaysia?
Jawapan: Harga bahan ini tidak dinaikkan tahun ini.
FAKTA: Ini hanya janji. Kerajaan terus tunduk ke bawah kuasa pasaran global.
Wartawan: Adakah turun 15 sen ini nilai prihatin kerajaan kepada Rakyat, kerana ini kena mengena dengan pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh.
Jawapan: Tiada kena mengena. Kita kalau boleh akan turunkan serendah mungkin, tapi apakan daya, apa yang boleh kita buat?
FAKTA: Kelemahannya ialah kelemahan pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional.
Wartawan: Apa formula yang kerajaan gunakan?
Jawapan: Bila harga bahan ini di pasaran dunia turun, harga petrol dan diesel di Malaysia pun turun. Begitu juga sebaliknya, bila harga bahan ini di pasaran dunia naik, harga petrol dan diesel di Malaysia pun naik.
FAKTA: Pemimpin dan kerajaan masih tunduk kepada global market forces.
Wartawan: Ini harga bahan ini dah turun rendah, bila lagi harga petrol dan diesel akan diturunkan?
Jawapan: Kita turunkan sposen.
FAKTA: Penurunan 10 sen ini tidak membantu terutama mereka yang berhari raya Syawal.
Wartawan: Ini harga bahan turun rendah, bila nak kembalikan harga petrol dan diesel ke harga asal sebelum 4 Jun 2008?
Jawapan: Kami sedang sibuk pemilihan UMNO..!
FAKTA: Penilian setiap 15 hari tidak berkesan kerana anggotanya tidak jelas siapa dan mengapa mereka.
Bacaan lanjut:
World crude oil below US$78 a barrel - Najib should “burn midnight oil” to present lowered pricing for petrol on Monday
October 11th, 2008 (2 hours ago)For the past month, two questions have obsessed Malaysians.
The first has been answered, viz: whether Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will bow down to pressures from inside Umno for a quick exit as Prime Minister by announcing that he would not defend the post of Umno President in the forthcoming Umno General Assembly.
http://blog.limkitsiang.com/