Gelombang Rakyat

Fail Pengsan Untuk PM! Cerpalpen (Cerita Paling Pendek)

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Aku Perdana Menteri Malaysia. Aku telah diamanahkan. Aku akan terus kekal memimpin. Aku bukan nak berseronok, tapi jadi Perdana Menteri Malaysia ini memang seronok ya!

Semua seronok, kecuali satu Fail ini. Sehelai kertas sahaja di dalamnya. Namun setiap kali aku buka Fail ini, pasti aku pengsan.

Walau 100 kali dibuka, aku akan pengsan lagi...

PROBLEM Paling BESAR!!!
Sememangnya tidak ada satu pun Perdana Menteri di dunia ini yang mampu menyelesaikannya. Termasuk Lah aku. Pun, bakal penggantiku.

Jadi Perdana Menteri Malaysia ini, ibarat naik kereta rollercoaster, menongkah laluan memuncak, kemudian laluan menurun. Ketika turun itu, tidak ada brek, tidak ada steering, terus menjunam ibaratnya terus ke kawah api paling besar di dunia.

Memikirkannya sahaja sudah cukup untuk melenakan pemimpin seperti aku. Jika tidak lama sudah aku join Saddiq Sigaraga.

Fail itu, kami panggil Fail Pengsan.

Sebab, siapa tengok pasti pengsan.

Fail Pengsan itu ada disimpan di Jelapang.

Sebab itu Lah, siapa yang sudah tidak sabar lagi nak rebut kerusi yang aku duduk kini, maka akan aku pindah ke Senapang, dan pergi Lah dia ke Jelapang.

Jika dia lulus, maka dia ambil alih Lah duduk di kerusi aku kini.

Pembantu: Hello, Amin di sini, ya, Bos...lama tak telefon!

Bos: Saya sibuk sikit. Err, sibuk manyak. Macam-macam. Tahu-tahu saja Lah. Err, dia dah masuk bertugas secara rasmi kan?

Pembantu: Sudah. 14 hari yang lalu. Semua Pegawai Tertinggi sudah pun beri taklimat dan taklipat.

Bos: Itu buat syarat sahaja. Mereka bukannya tahu apa...

Pembantu: Betul Bos. Kita berdua yang tahu sebenarnya.

Bos: Awak dah tunjukkan kat dia Fail Pengsan.

Pembantu: Sudah! Seminggu yang lalu, awal pagi Isnin.

Kedua-duanya ketawa berdekah-dekah.

Bos: Berapa kali?

Pembantu: Dia pengsan kah? 2 kali. Kali pertama, 2 jam. Kali kedua 1 jam setengah.

Kedua-duanya ketawa berdekah-dekah, lama dari tadi, baru berhenti.

Bos: Terkini, apa strategi dia?

Pembantu: Mungkin dia dapat nasihat kot. Dia akan putar RM 5 Billion dahulu. Seterusnya, belum tahu, sebab nampaknya dia sudahpun bermimpi market crash beberapa malam.

Bos: Nak tanya soalan syok-syok boleh?

Pembantu: Boleh Bos...silakan!

Bos: Awak sudah bekerja dengan saya sahaja, sejak minggu pertama saya pegang jawatan ini, dan kerja awak tiada lain, jaga satu fail itu sahaja, nii nak tanya...jika awak tengok fail itu, awak pengsan dak lagi?

Pembantu: Pengsan Bos!

Mereka tergelak berdekah-dekah...

Bos: Saya pun!

Mereka tergelak berdekah-dekah, sampai air lior meleleh panjang dari sisi bibir, dan air mata bergenang lebat.

Bos: Jadi, setakat ini di Malaysia, kita bertiga sahaja Lah yang tahu?

Pembantu: Betul Bos. Tidak ada orang lain pun. Hanya Bos, saya, dan dia.

Mereka tergelak lagi...

...

Amin, aktivitinya jika tidak membuka fail tersebut untuk tatapan Bosnya.


...

Tahu kah anda, apa yang tertulis di atas kertas sehelai itu, di dalam fail tersebut? Ya! Fail pengsan...

2 comments:

Anonymous said...

tuanku elprofessor zubli yg dikasihi,

nama tuanku memang meningkat popular di TKO...

Tuanku tak rasa risau ker sbb tuanku tidak mempunyai nama pena samaran.

bukannya apa, skg ini perbuatan blacklisted sangat aktif jika menunjukkan protes...

hehe.

-ELHAKIM aka TOMHAKIM

Gelombang Rakyat said...

Panjang ceritanya, lebih panjang daripada perjalanan Kangar ke PutraJaya terus ke Tanjung Piai.

Pakai Lah nama sebenar.

Bila ada protes, blacklisted, kita pakai Lah nama menteri yang hebat ke...

You jadi Lah Hakimnya kelak...