Lawak UMNO - Manifiasco Pemimpin
UMNO ini tak usah Lah sesiapa kata ianya Parti sarkas. Parti ini ialah yang unggul, dulu kini dan selamanya.
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.
Cuba kita perhatikan ya. Sebagai sebuah parti yang hebat, pemimpin yang mencalonkan diri adalah dari kalangan yang tiada kompetensi untuk memimpin. Ciri kepemimpin yang baik amat sedikit, ciri yang buruk cukup banyak. Mereka ini Lah kelak yang menang dan menduduki kerusi kepemimpinan Parti.
Ada beberapa pemimpin yang baik, faham perlembagaan, niat yang suci, mempunyai visi dan misi, berjuang selaras dengan tujuan penubuhan Parti, namun mereka ini tiada kepandaian menabur. Mungkin, kain pelekat yang dia sendiri pakai sejak 1946, ada dua helai sahaja. Jadi, macam mana dia nak hadiahkan 191 helai kepada para pencalon?
Pencalonan peringkat Bahagian tiada erti, bila lain jadinya pemilihan pemenang yang memimpin Parti di Perhimpunan Agung. (Rujuk Combined Forces Of Malaysian Bloggers) donmny bertanya - Kenapa Pencalonan Bahagian Tidak Digunapakai Sebagai Keputusan Muktamad).
Sebab itulah, selepas pemilihan peringkat Bahagian, pemimpin yang mendapat pencalonan minima masih boleh tersenyum, kerana tempoh berkempen yang amat pendek, dari November 2008 ke Mac 2009, pemilihan pemimpin yang menang boleh dihayun 180 darjah.
Manakala pemimpin yang terbaik, sudah menjangkakan kekalahan dan memang betul kalah pun, telah mencadangkan kenapa tidak jawatan tertinggi parti ditenderkan sahaja. (Rujuk Blog Angkasanuri Blogspot Dot Com).
Jadi, jika kita tidak serius dengan Parti, dengan siapa pemimpinnya, jom Lah, kita buat lawak betul-betul. Kita main-main dengan sungguh-sungguh.
Begini:
Tak perlu Lah, manifesto...manifiasco pun cukup Lah.
Para pemimpin yang ingin mencalonkan diri untuk bertanding dan mencapai kemenangan dalam Perhimpunan Agung parti hendak Lah, menawarkan apa yang hendak diberikan kepada pengundi di kalangan perwakilan.
Maktubkan terus dalam Taraketika Parti, bahawa politik wang, rasuah dan seumpamanya dibenarkan malah digalakkan.
Lantaran pemimpin yang bertanding boleh terus terang mengisytiharkan melalui media:
Sesiapa yang memilih saya untuk menang sebagai pemimpin, berikut adalah habuan ganjarannya:
01. 3 helai sehari bersamaan 7 hari seminggu, kain pelikat Chap Bapak Gajah.
02. Percutian dalam dan luar negara, selama 5 hari empat malam, ke mana-mana destinasi pilihan, dan perbelanjaan wang poket sebanyak RM 50,000 seorang.
03. Sebuah kereta idaman diberikan percuma.
04. Ubahsuai rumah tidak melebihi RM 250,000.
05. Letrik, air, telefon, internet ditanggung selama setahun, percuma.
06. (Tambah Lah lagi...)
Okay, siapa pemimpin lain boleh top tawaran ini, sila kan...
...
Tuang! Kuang!! Tong!!!