Interaksi Cik Gu Kata Tak Nak Dengan Zubli Perihal Perlukah Ada PM Di Malaysia?
0 Comments
»
About Me
- Kata Tak Nak
Alahai, siapa tak kenal Cik Gu, di Blog Kata Tak Nak. Saya ke blognya, dan membaca. Seronok. Kemudian Rastom Abdul Rahman di Halwa Romantis rekomen blog ini, ada keistimewaan yang barangkali saya boleh tersentuh hati. Saya kembali melawat blognya, dan membaca pos nya dengan teliti, dan tertawa terbahak-bahak.
Memang boleh ngam saya dengan Cik Gu. Tambahan pula, bila pelawat atau pembaca komen dia jawab. Ini memang amalan saya. Jarang dapat bloggers yang ada komitmen begini.
Dalam interaksi kami terkini, tercetus Lah satu persoalan, adakah Malaysia perlu seorang Perdana Menteri?
Cuba fikir tengok.
Abdullah Ahmad Badawi adalah satu contoh terbaik. Ada blogger sebut, the country is run on auto-pilot.
Hahahaha. Ada kebenarannya.
Ada blogger punya Lah marah, dia kata, Kalau setakat Perdana Menteri Malaysia macam ini, pekerja Bangla pun boleh jadi.
Hahahaha. Itu saya tidak berani komen.
Saya rasa, bukannya Malaysia tidak perlu seorang Perdana Menteri. Maksudnya jikalaulah Perdana Menteri semacam Abdullah Ahmad Badawi, lebih baik tidak perlu diletakkan ke jawatan Perdana Menteri.
Serupa honeymoon sahaja. Semua berjalan dengan beres. Tetapi, oleh kerana ketiadaan pemimpin dan kepemimpinan, maka yang beres itu rupanya menjadi kelam-kelibut, dan haru-biru, sehingga Abdullah Ahmad Badawi didesak bersara, berhenti, berundur, lepas jawatan, letak jawatan. Atau semanis kata berkias, pelan peralihan kuasa...
Hahahahaha. Lawak sungguh Abdullah Ahmad Badawi. Sesama kita tunggu, 9 Oktober, 2008, pengumumannya nanti. InsyaAllah.