Gelombang Rakyat

Lawak Lepas Raya? Pak Lah Tunda Lagi Tarikh Ke 10 November 2008?

Abdullah Ahmad Badawi
najib.jomblog.net

Tak kan Pak Lah Melawak Sikit Tak Boleh Kot?


Alahai! Kita bukannya tidak tahu Abdullah Ahmad Badawi. Cuma Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang tidak tahu kita.

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Saya nampak...

Abdullah Ahmad Badawi barangkali merasakan hebatnya. Selagi dia tidak umumkan sama ada dia bertanding atau tidak mengekalkan jawatan Presiden UMNO...

Maka selagi itu lah Mohd Najib Abdul Razak ternanti-nanti bila kah saatnya?

Muhyiddin Yassin belum dapat mengumumkan jawatan apa kah dia akan bertanding?

UMNO Bahagian dok penin, nama siapa kah yang akan dicalonkan untuk bertanding jawatan apa?

Ramai peminat politik khususnya perihal UMNO turut tertungu-tunggu.

Jika Tengku Razaleigh Hamzah pun merasakan Abdullah Ahmad Badawi ini macam budak-budak, maka budak ini Lah yang sedang bermain teka-teki.

Apa kisahnya. Pada Abdullah Ahmad Badawi, di kalangan Rakyat Malaysia yang tidak sukakan dia terus jadi Presiden UMNO, barangkali hanya 400 orang sahaja.

Di kalangan Ahli UMNO, mungkin hanya 40 orang sahaja.

Pemimpin yang lantang bersuara dalam Majlis Tertinggi UMNO, hanya 4 orang sahaja.

Abdullah Ahmad Badawi mungkin merasakan dia masih mendapat mandat dan majoriti besar!

Perhatikan ya, bila ditanya kepada Abdullah Ahmad Badawi, bila kah dia akan umumkan tarikh sama ada dia bertanding atau tidak mengekalkan jawatan Presiden UMNO, dia menjawab...

Ada yang melaporkan, selepas raya. Tetapi 1 September 2009 pun ialah tarikh lepas raya juga.

fWuakakah...lawak lepas raya.

Ada pula melaporkan...

...tunggu lah, bukan sekarang, tapi pada atau sebelum 9 Oktober 2008.

Ramai yang ingat begitu!

Tetapi, Abdullah Ahmad Badawi ini bukan orang sembarangan. Dia orang politik. Cakapnya diketahui lazim sebagai cakap orang politik.

Sehingga ada lawak SMS begini:

Selain daripada kereta ditunda, apakah lagi yang boleh ditunda? Jawabnya, tarikh Abdullah Ahmad Badawi buat keputusan. Satu daripadanya ialah ditunda tarikh Perhimpunan Agung UMNO, 16 Disember, 2008 ke 9 Mac, 2009.

Jadi, bagaimana kalau Abdullah Ahmad Badawi menunda tarikh pengumuman sama ada dia bertanding atau tidak bertanding dalam Pemilihan Pemimpin di Perhimpunan Agung UMNO pada 9 Mac 2009?

Lawak lepas raya...

fWuakakah..!

Abdullah Ahmad Badawi hanya akan mengumumkan sama ada dia bertanding atau tidak bertanding mengekalkan jawatan Presiden UMNO, pada 10 November 2008..!

fWuakakah..!

Apakah ini tidak mungkin berlaku? Ya, ini mungkin berlaku selagi ianya berkaitan dengan Abdullah Ahmad Badawi yang telahpun jadi bahan lawak sahaja di Malaysia.

Awas! Berita kelak, Lawak Lepas Raya, berkaitan:
Abdullah Ahmad Badawi
anakjohor.wordpress.com

Pak Lah Tunda Lagi Pengumuman Dia Bersara Dari Jawatan Presiden UMNO,
Dari 9 Oktober, 2008 Ke 10 November 2008?

fWuakakah..!

0 comments: