Isu Ekonomi Teguran Musa Belum Didengari Pemimpin Kerajaan
Pada masa ini, para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sedang sibuk menentukan kemenangan dan survival politik masing-masing.
Perebutan kuasa politik ini ada kaitan dengan kemewahan hidup. Bila bercakap sewaktu kempen nak menang, mereka akan sentuh mengenai masyarakat yang mereka wakili dan Rakyat yang mereka pimpini. Namun, bila menang kelak, biasanya mereka mula memikirkan dengan kuasa yang ada, bagaimana peluang boleh diterjemahkan kepada kemewahan peribadi.
Perhatikan rumah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang. Kenapa kini dia memakai kasut terkopak?
Dua contoh itu, menunjukkan pemimpin ini semacam sama dengan betapa ramai masyarakat dan Rakyat di Malaysia.
Namun perhatikan Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, ahli keluarga Menteri, hidup dalam serba kemewahan, dan mungkinkah ke rumah mereka, akan kelihatan, ada berpuluh pasang kasut berjenama mahal.
Pedulikah mereka ini, akan teguran Musa Hitam?
Laporan the Malaysian Insider.
Musa Hitam tells Umno candidates to focus on the economy
By Adib ZalkapliKUALA LUMPUR, Oct 13 - Former deputy prime minister Tun Musa Hitam urged Umno leaders vying for top posts in the upcoming party polls to debate on economic issues.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tahukah calon Presiden dan Timbalan Presiden UMNO senario semasa, dan apakah langkah yang patut diambil?
Tumpuan politik parti, membuatkan orang ramai tidak sedar bahawa negara menghadapi krisis ekonomi yang real.
Adakah pelan kontigensi yang pre-emptive untuk menangani siatuasi ini?
Memang seronok untuk tahu siapa bertanding, siapa lawan siapa, siapa menang, dan sebagainya, namun rebakan keruntuhan ekonomi dari bawah mungkin pemimpin terlepas pandang.
Terutama pemimpin yang yakin Rakyat Malaysia cukup makan, dan makanan banyak dan mewah. Setiap Rakyat ada pekerjaan dan bergaji lumayan.
Dengan kuasa yang banyak, diharapkan kita tidak bercakap dengan hidung, pemimpin yang mendongak, sehingga dia tidak nampak, kasut kita seperti juga Lim Guan Eng, terkopak, entah bila nak dibeli sepasang yang baru.