Lawak PM - Hi Tea Yang Pergi Dan Yang Mari
0 Comments
»
Khabarnya, PM yang bakal bersara semakin mula dilupakan. Orang yang dahulu asyik mengelilingnya sahaja, sudah mula lenyap seorang demi seorang. Ahli perniagaan, orang kuat politik pun sudah mula menjauhkan diri daripadanya, sedangkan masih lama lagi sebelum dia betul-betul bersara.
Sedangkan PM yang bakal mengganti masih lama lagi sebelum dia betul-betul dilantik secara rasmi. Tetapi ramai sudah mula berpusu-pusu mendampingi dia. Bertali arus tetamu datang menemuinya. Ada yang datang sampai ke rumah. Di pejabat jangan cerita Lah. Ramai sungguh!
Maka diadakan Lah satu jamuan Hi-Tea di sebuah hotel terkemuka, untuk meraikan para pengunjung yang mahu berdampingnya ini.
Tetapi, bagaimana kalau jamuan ini secara kebetulan diadakan serentak? Di antara PM yang bakal bersara, dan PM yang bakal mengganti!
Maka begini Lah agaknya, lawaknya...
...
Chef 1: Sebelah sana ada perbualan apa?
Chef 2: Tak ada perbualan apa pun, cuma batuk yang banyak. Sebelah sana perbualan apa?
Chef 1: Tak jelas sangat, tapi banyak gelak ketawa. Butir perbualan, sekitar, Projek, Juta, Billion, Komisyen, dan Shah Rukh Khan. Begitu Lah, yang kedengaran sikit sikit.
Chef 2: Heran ya! Macam mana jamuan ini boleh jadi serentak dan dibuat sama tempat pulak tuu?
Chef 1: Alahai apa nak diherankan, tempahan dibuat oleh orang yang sama dari pejabat yang sama, dari tempat yang sama. JPM, PutraJaya jugak.
Chef 2: Jadi, sambutan macam mana?
Chef 1: I tak menang tangan Lah. Dari tadi tengah hari orang sudah mula datang.
Chef 2: Siapa?
Chef 1: Ramainya business people Lah. Selainnya orang politik. Jemputan khas pun ada ramai jugak. Sanak saudara pun lagi ramai. Setakat ini kehadiran sudah mencecah 10,000 orang semuanya.
Chef 2: I dari pukul 2 petang tak ada siapa pun yang hadir. Pukul 4 baru Lah ada sorang dua. I siapkan untuk 10,000 jugak. Tapi yang hadir setakat ini baru ada 101 orang sahaja.
Chef 1: Kalau gitu you pass baki semua makanan pada I. Sebab ada sejam lagi sebelum tamat, tiba-tiba sudah ada permintaan untuk sambung 1 jam lagi. Extra time...
Manager: Hai bincang apa dua orang pakar masak kita nii?
Chef 1: Ini hah tengah bincang pasal orang yang hadir jamuan Hi Tea PM yang bakal mengganti. Mungkin kehadiran melebihi 10,000 orang. Extra time pulak, tambahan 1 jam lagi.
Manager: Bagus! Alamak, cukup ke makanan?
Chef 2: Bos tak perlu risau Lah. Sebab...nasib baik ada jamuan serentak hari ini, menu hampir sama. Sebenarnya I siapkan untuk 10,000 orang jugak, tapi jamuan Hi-Tea, PM yang bakal bersara, setakat ini yang hadir cuma 101 orang sahaja.
...
Kuang! Jeng!! Kuang!!