Peralihan Kepemimpinan - Persamaan Pak Lah Ke Najib & Rafidah Ke Shahrizat
0 Comments
»
Abdullah Ahmad Badawi 324 x 348 - 20k - jpg www.malaysialeader.com |
Mohd Najib Abdul Razak www.malaysialeader.com |
Rafidah Aziz tunkuaisha.blogspot.com |
... Shahrizat Abdul Jalil www.wunrn.com |
Fokus lebih kepada peralihan kuasa Abdullah Ahmad Badawi ke Mohd Najib Abdul Razak. Ini adalah kerana peralihan ini dalam UMNO namun berkaitan dengan teraju negara.
Pun begitu, molek juga diperhatikan sentiman ahli dan pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian perihal mahukan perubahan yang dimulai dengan peralihan kepemimpinan. Lantaran itu suara perihal peralihan kepemimpinan Rafidah Aziz ke Shahrizat Abdul Jalil molek difokus sama.
Peralihan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi ke Mohd Najib Abdul Razak ialah satu peralihan yang dilihat sekarang sebagai peralihan kepemimpinan yang lemah kepada kepemimpinan yang juga lemah namun ada sedikit kekuatan.
Peralihan kepemimpinan Rafidah Aziz ke Shahrizat Abdul Jalil ialah satu peralihan yang dilihat sekarang sebagai peralihan kepemimpinan yang masih kuat kepada kepemimpinan yang masih lemah.
Jadi, apakah yang telah disuarakan oleh pemimpin UMNO Bahagian jika dapat dibaca terjemahan mereka perihal peralihan kepemimpinan ini.
InsyaAllah, sama-sama kita saksi seterusnya...