Lawak Datuk Shah Rukh Khan - Mak Chik Peminat Pelem Hindusthan Paling Seronok
Saya sendiri ada cerita peribadi berkaitan minat filem Hindusthan. Cerita saya sendiri, lebih panjang dari cerita Kabhi Kushi Kabi gham atau mana-mana filem Hindusthan 3 jam. Pengalaman saya, jika ditulis di sini, sebagai pos, alamatnya lebih dari 3 bulan baru selesai.
InsyaAllah, nanti saya ceritakan.
Banyak sudah al-Kisah Shah Rukh Khan dapat Datuk neh. Ini versi saya Lah.
Begini
...
Mak Chik Leha: Paling pandai KM Melaka Lah. Kalau macam ini, negeri Melaka memang boleh naik lagi, boleh maju, Romlah...
*Begitu kata Leha yang bertandang ke rumah Romlah*.
Mak Chik Romlah: Pasai apa kamu seronok sangat ni Leha? Baru dapat elaun menyoping ke?
Mak Chik Leha: Dak aieh. Hari ini hari paling aku seronok!!! Hari ini, Romlah, kerajaan negeri Melaka bagi gelaran Datuk kat Shah Rukh Khan!
Mak Chik Romlah: Iya ker? Aku tumpang seronok Lah Leha. Memang Shah Rukh Khan berhak dan layak dapat gelaran Datuk.
Mak Chik Leha: Aku setuju. Patutnya sudah lama Shah Rukh Khan dapat gelaran Datuk dari kerajaan Malaysia.
Mak Chik Romlah: Aku harap lepas ini ada pula kerajaan negeri atau negara kita bagi gelaran Tan Sri, dan gelaran Tun, pulak pada Shah Rukh Khan. Ye dak, Leha...
Mak Chik Leha: Betul tu Romlah. Ini, orang tak tentu hala, jasa pulak apapun tiada, tapi dapat gelaran macam-macam.
Mak Chik Romlah: Pandangan aku sama macam kau Leha. Lepas ini tak usah Lah beri apa-apa pun gelaran pada sesiapa Rakyat Malaysia. Kita bagi sahaja gelaran pada orang luar negara. Bagi pada orang macam Shah Rukh Khan...
Mak Chik Leha: Tapi, bagi Lah lagi gelaran pada Shah Rukh Khan, kan? Tak kan bagi satu gelaran Datuk jer, mana cukup. Bagi Lah lagi...
Mak Chik Senah: Aku tidak setuju!
Mak Chik Leha: Oii Senah, kamu ni apa hal? Datang-datang terus menyampok. Leher kamu yang aku kokak kelmarin belum baik lagi ke? Nak kena kokak lagi sebelah?
Mak Chik Romlah: Iya Lah kamu ni Senah, tiba-tiba menyampok saja. Potong setim betul. Aku tengah nak meleleh air lior ngenangkan Shah Rukh Khan dapat gelaran Datuk.
Mak Chik Senah: Aku bukan tak setuju Shah Rukh Khan dapat gelaran Datuk. Itu, aku setuju. Malah, aku rasa ini satu sahaja Lah yang kerajaan Melaka buat sesuatu yang betul. Selainnya, bertahun lamanya, apa dibuat tak ada paedahnya langsung kepada kita.
Mak Chik Romlah: Jadi kau setuju Lah Senah?
Mak Chik Senah: Aku setuju.
Mak Chik Leha: Jadi apa yang kau tak setuju tadi?
Mak Chik Senah: Aku tak setuju pasai Shah Rukh Khan dapat dulu. Patutnya bagi Lah Amitabh Bachchan dulu. Dia orang lama dalam filem Hindhusthan.
Mak Chik Romlah: Iya tak iya jugak. Lepas itu, bagi pada Salman Khan pulak satu gelaran.
Mak Chik Leha: Eik, Ameer Khan usah dilupa. Rani Mukerjee pun, dan senaraikan saja semua pelakon wanita Hindusthan, bagi belaka seorang satu gelaran, setuju dak?
Mak Chik Romlah: Aku setuju...
Mak Chik Senah: Aku pun setuju...
Mak Chik Leha: Kau tahu dak, aku tengok filem Hindusthan nii, dari aku masih anak dara. Punya stim, aku sampai teringin nak kahwin dengan orang yang rupa macam Rajesh Khana. Tapi, pekerja Bangla ni, kita sudah kahwin baru depa nak datang Malaysia, kan?
Kedengaran bunyi motorsikal cabuk lalu depan rumah tempat mereka berbual.
Mak Chik Leha: Alamak aku balik dulu Lah ye Romlah, Senah, aku punya Sharip Dol sudah balik daa!
Kuang! Kuang!! Kuang!!!