Lawak UMNO - Peraturan Baru Mesyuarat Bahagian - Tikar Saja..!
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.
Dalam sesebuah organisasi, ramai yang mengharapkan kebebasan seluasnya dan yang terbaik adanya.
Namun, bila ada insiden yang memaparkan salahguna kebebasan itu, dan menjamin supaya terburuk tidak berlaku, maka barangkali peraturan baru akan dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam organisasi itu.
Apakah akan ada peraturan baru yang sedemikian dalam UMNO..?
Entah Lah.
Sekadar bergurau sahaja. Jangan marah aargh.
Begini.
...
Ketua Wanita: Apa nii Pengerusi.
Pengerusi: Ini peraturan baru.
Ketua Wanita: Baru hapa? Ini macam kita berbalik ke zaman sebelum 1946!
Pengerusi: Patuh saja Lah, tak usah banyak songeh...
Ketua Wanita: Tak syiok Lah, kalau macam ini. Jika ada international media coverage, malu Lah kita.
Pengerusi: Tak ada apa yang nak dimalukan. Jika ada insiden buruk, lagi besar malu kita.
Setiausaha: Kenapa nii Bos, Pengerusi, apa hal kechoh semacam je?
Ketua Wanita: Mesyuarat kita nii, tak ada kerusi. Semua duduk atas tikar je..!
...
Jeng! Jeng!! Kuang!!!
Ilham dari:
Sabtu Oktober 18, 2008KUALA SELANGOR: Semalam Persidangan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang.
Hari ini Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan.
Kedua-dua insiden itu berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap Wanita Umno Kuala Selangor, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan untuk menghadiri mesyuarat bahagian itu esok.
Laporan Bernama menyebut, pihak media juga dihalang daripada masuk ke dalam dewan mesyuarat untuk mengikuti proses pengundian.
Adeh! Macam-macam ada...