Lawak Hospital - Injeksyen Orang UMNO Lain Pada Penyokong Pembangkang
0 Comments
»
Hasbullah Pit kata lucu. Jadi saya klik di sini Lah, umnomore.
Ketawa saya terbahak-bahak. Kenapa sampai begitu orang yang terlalu syok membezakan orang UMNO dan penyokong Pembangkang. Membezakan parti UMNO dan parti Pakatan Rakyat!
Apa yang saya faham, begini Lah...
...
Di suatu pagi di sebuah hospital kerajaan, suatu majlis Taklimat cum Taklipat:
Ketua Jururawat: Ada lagi jururawat baru dari bukan UMNO..? Siapa yang ahli parti dalam Pakatan Rakyat, ada?
Semua senyap!
Ketua Jururawat: Angkat tangan jururawat baru yang ahli atau penyokong UMNO..!
Semua jururawat baru, perlahan-lahan, mengangkat tangan.
Ketua Jururawat: Bagus! Saya tidak mahu tengok, ada lagi jururawat yang makan gaji dengan kerajaan, lepas itu PRU pangkah parti pembangkang. Faham semua?
Semua mengangguk.
Ketua Jururawat: Baik Lah, kita hanya boleh control staf kita. Tapi kita tidak boleh control pesakit.
Sebahagian pesakit bagus. Sebahagian lagi menyampah saya tengok mereka. Tapi penyokong parti Pembangkang, muka tak malu, bila sakit dapat rawatan hospital kerajaan.
Semua saling berpandangan di antara satu sama lain.
Ketua Jururawat: Ambil kertas ini seorang sehelai. Dalamnya ada 10 soalan macam mana kita nak tanya dan kita boleh tahu seseorang pesakit itu, orang UMNO atau penyokong Pembangkang.
Kertas diedarkan, dan diambil jururawat baru, seorang sehelai.
Ketua Jururawat: Setelah kita kenal pasti kecondongan parti politik pesakit, barulah kita boleh control.
Begini cara kita boleh control ya.
Pertama: bila pesakit bukan orang UMNO, mereka penyokong Pembangkang, bila dia sakit, dia panggil kamu, kamu lambat-lambatkan mendatangi dia.
Kedua: Bila mereka minta apa-apa, kamu buat layan tak layan sahaja.
Ketiga: Injeksyen untuk orang UMNO, lakukan seperti yang telah kamu belajar. TETAPI, bila penyokong Pembangkang, kamu tak usah injeksyen ubat, kamu injeksyen guna air paip sahaja ya.
Faham semua?
Jururawat Baru: Tidak faham Puan Ketua Jururawat.
Ketua Jururawat: Apa yang kamu tidak faham?
Jururawat Baru: Di dinding sana, gambar Menteri Besarnya, dari parti Pembangkang. Negeri kita ini, setelah PRU 12, kerajaannya ialah Pakatan Rakyat. Jadi macam mana perihal control yang Puan terangkan tadi?
Ketua Jururawat: (Kemalu-maluan) Eh! Iya ker? Ooo ini arah panduan tahun 2007, rupanya. Kalau begitu tukar ya. Injeksyen untuk orang UMNO, bubuh air paip sahaja...
...
Melawak sahaja daa,
Ingat pesanan sahabat saya:
Sahabat Saya yang Masyhur, Saudagar Unta, Husin Lempoyang:Ana
View my complete profile
- Husin Lempoyang
- Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
(Hasbullah Pit Komen Saya Edjas)
Maka, ada disebut di Blognya Husin Lempoyang, Pak Mentua Abdul Wahub Berkata:
Jangan marah aargh, gurau sahaja. Jikalau marah, nanti kena jual!