Pak Lah Dijangka Umum Esok Atau Lusa, Sila Tunggu Dan Dia Akan Tunda Lagi
0 Comments
»
Pada saya,
Pak Lah, orang politik wahai Hasbullah Pit, dan Nobisha...
Kepada Hasbullah Pit, saya berkata, di antara *Berundur* dengan *Kelihatan seperti berundur*, lain tuh!
Kepada Nobisha, saya bertanya, Pak Lah atau UMNO yang perlu berubah?
Soalnya,
*Pak Lah memimpin perubahan UMNO
Atau
UMNO mengubah Pak Lah?*
Kepada Hasbullah Pit, jika Lagu Dan Tari Awal Tak Sesuai, Cuba Lah yang ini:
Bila Pak Lah kata dia dijangka umum...
Umum apa?
Entah apa Lah yang hendak diumumkannya?
*Apa*, Pak Lah tak sama dengan, *apa*, harapan Rakyat Malaysia.
Dunia Ana Yang Punya! 240 x 320 - 23k - jpg sanggahtoksago.blogspot.com |
Patut Lah Tengku Razaleigh Hamzah pun kata dia macam budak-budak, kini bermain teka-teki.
Pak Lah semakin membosankan.
Tiada dapat dia bezakan di antara apa yang penting, dengan apa yang boleh digurau senda.
Jika pemimpin politik yang baik, dia akan berkata, "saya akan membuat pengumuman, InsyaAllah, pukul 10 Pagi, esok 7hb Oktober, 2008, di pejabat..."
Flip-flop kita, di berteka-teki lagi, bermain-main, "esok atau lusa".
Alahai Pak Lah, bila nak matang?
Jadi, bila Pak Lah, sebagai orang politik, dia cakap "esok atau lusa", ketika dia sedang dalam buying time, maka, yang dia kata "esok" itu, lupakan sahaja Lah. Bohong!
Dan yang dia kata, "lusa", dirasakan dia akan tunda pengumuman itu pula, ke suatu tarikh yang lain.
Pak Lah, sebagai pemimpin politik, errr boleh percaya ke dia ini?
Saya sudah tidak lagi demikian...