Gelombang Rakyat

Lawak Menteri - Jawab Kujie Tanya Tarif Letrik Lah Pulak..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Apa pasal Lah Rakyat Malaysia nii tak faham-faham penerangan Mintri Kabinet ya? Mintri Kabinet macam pemimpin lain jugak, mana ada cakap belit-belit. Penjelasan Mintri lazimnya terang dan line-clear. Apa yang Mntri nak sembunyikan. Lagi pun Mintri semuanya telah dibuktikan bersih.

Bila harga minyak petrol dan diesel dinaikkan, tentulah ya, berlaku rentetan rantaian kenaikan harga bahan, barang, dan perkhidmatan. Itu Rakyat Malaysia kena faham. Jika tidak faham pun, dalam kehidupan seharian tentulah merasai dan mengalami semua ini.

Contohnya, kalau dulu singgit bape dapat karipap? Sekang, singgit yang sama, bape dapat karipap jugak?

Mintri banyak kerja. Sampai ada yang tak nak berhenti, bersara, berundur, letak jawatan dan sebagainya. Manyak kerja nak buat, dan manyak kerja lain menunggu. Nanti, sorang tanya tepung, sorang lagi tanya gula, seorang lain tanya kichap, sorang lain tanya harga belachan.

Habeh tu, Mintri tak ada kerja lain kena jawab semua ini? Mintri mana lagi nak lakukan kerja kemintrian, dan nak kempen di UMNO Bahagian dapat pencalonan.

Adeh!

Namun, ada seorang yang cantik manis, mengintai di sini, maka Mintri rasa berkenan untuk menjawab soalannya. Orang lain bolayan ya. Ini, Mintri nak jawab.

Kujie said...

owh...gitu ke?

incik.... bila takrif lektrik nk turun..kata dulu naik pasal harga bahan api naiki

Bil bulan puasa paling tinggi


Taraf soalan Kujie ini, Incik itu tak boleh jawab. Wakil BN tak boleh jawab. Untuk si cantik manis ini, Mintri sindri jawab. Saya tahu, ada orang, mungkin blogger juga, yang percaya, Hidup Biar Sedap.

Wahai Kujie. Serendah ya? Okay Lah. Ada dua tiga aspek soalan ini sebenarnya.

Dari satu sudut, harga petrol dan diesel tiada kena mengena dengan tarif (takrif lain ya), tarif letrik. Sebab, depa guna arang batu. Bukan batu arang ya.

Dari satu sudut lain, harga petrol dan diesel ada kena mengena tetapi tiada kena mengena sebenarnya dengan tarif letrik. Umpamanya, penjanaan letrik yang menggunakan air terjun. Macam projek hidro kat Sarawak.

Tapi dari sudut lain, jika barangkali masih ada sudut lagi, maka tiada kena mengena sebenarnya harga petrol dan diesel dengan tarif letrik, namun kerajaan boleh bagi ianya kena mengena.

Bila kerajaan naikkan harga petrol dan diesel dengan sengaja, maka harga yang lain pun naik jugak. Jelas bahawa dari aspek reciprocity, bila kerajaan turunkan harga petrol dan diesel, maka harga yang lain pun akan turun jugak. Yakni turun dengan sendirinya.

Itu pasti. Jika tidak turun, saya turun. Bukan turun dari kerusi Mintri ya. Maksud saya, turun ke padang. Saya akan komitted untuk tinjau sendiri the market forces and the situation at large. Kerajaan yang prihatin ialah kerajaan yang menurunkan semua harga barang pengguna ya, Kujie. Dalam menifesto PRU 13, saya akan masukkan ini dalam senarai.

Sehubungan dengan Tarif Letrik, ada satu sahaja masalahnya. Masa kechik-kechik dulu, saya pernah kena kejutan letrik. Nasib baik sipi. Tidak seperti tahi lembu dari Amerika terkelepap di muka penoreh getah Malaysia. Tanya Hasbullah Pit, dia tahu pasal tahi lembu ini. Jika tahi unta, tanyalah Husin Lempoyang.

Hasbullah Pit pernah pos:

Tahi Lembu Telah Jatuh Dari Amerika Kelepap Melekat ke Muka Penoreh Getah Malaysia

Saya Mintri ya, bukan penoreh getah. Oleh kerana yang demikian itu saya pernah terkena kejutan letrik, maka saya takut untuk turun ke padang untuk tinjau letrik-letrik ni.

Jadi jika nak diturunkan tarikf letrik pun, saya jangkakan ianya akan diturunkan pada 1 Jun 2100.

...

Kuang! Jeng!! Jeng!!!

Kemaskini:

Blog alkerohi melaporkan Lim Guan Eng kata:

Wednesday, October 15, 2008

Guan Eng : TNB perlu turun tarif elektrik

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pula mahukan Tenaga Nasioal Berhad menurunkan kadar tarif elektrik memandangkan harga minyak di pasaran dunia kian menurun.

Kenapa TNB membisu ?


1 comments:

Anonymous said...

nasib ada gmbr kujie penyeri belog. sy xphm. bahasa encik lebih tinggi dari bahasa sy. hehe!