PM Yang Berkuasa Atau PM Yang Dikuasai?
0 Comments
»
Apabila saya menjadi pengunjung yang sering ke blog Che Det oleh Mahathir Mohamad, satu pelajaran yang boleh diperolehi ialah pengkisahan Mahathir Mohamad dalam pos nya, perihal Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
Mahathir Mohamad ada menyebut perihal:
01. The Level 4 Boys, atau Budak Tingkat 4 penentu dasar Abdullah Ahmad Badawi.
02. Ahli Keluarga pengubah keputusan Abdullah Ahmad Badawi.
Mahathir Mohammad. flickr.com |
Menurut Mahathir Mohamad:
5. Keadaan kali ini juga sama seperti sebelumnya. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah rumit, Abdullah akan meminta nasihat keluarganya, terutama anak dan menantunya termasuk sekarang ini isterinya.
Oleh kerana saya pernah tinggalkan politik Malaysia, sejak Abdullah Ahmad Badawi, Mencari Abadi, dan memperkenalkan Islam Hadhari, maka bab 01 dan 02 yang tersebut di atas tidak saya ketahui dengan mendalam.
Namun, saya ikuti juga pos Mahathir Mohamad, dan berapa ramai bloggers menyebut perihal ini.
Di Malaysia begitulah, ngerinya ialah...
Pemimpin tertinggi negara, adalah alat kuasa besar dunia.
Atau
Pemimpin tertinggi negara, hanyalah tunggul, di kuasai individu atau pasukan yang tidak difahami mencorak dasar negara.
Apa pun, Rakyat Malaysia tidak dapat manfaat yang banyak. Contohnya, seseorang Perdana Menteri boleh berdiri macam patung, dan tersenyum macam kerang rebus, dan mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel serta merta dan mendadak tingginya. Ini dilakukan, sebagaimana dikhuatiri, ialah untuk memenuhi pendapat kuasa besar di luar Malaysia, atau kuasa menyengat di dalam Malaysia.
Rakyat dan Negara Malaysia juga yang rugi.
Pada pagi ini, bermula pula siri para bloggers handalan, memfokus persaraan Abdullah Ahmad Badawi, dan penggantian Mohd Najib Abdul Razak, sebagai Perdana Menteri, dan kemungkinan wujudnya lanjutan kepada:
01. The Level 4 Boys, atau Budak Tingkat 4 penentu dasar Mohd Najib Abdul Razak.
02. Ahli Keluarga pengubah keputusan Mohd Najib Abdul Razak.
Saya belum nampak semua ini dengan jelas. Namun jika jelas kelak, tiada siapa yang boleh berbuat apa-apa.
Sistemnya kukuh.
Maka teruslah kita bersoalan, adakah...
PM Yang Berkuasa Atau PM Yang Dikuasai?