Gelombang Rakyat

Lawak Menteri - Ada Ke Yang Cakap Tak Berbelit-belit?

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin



Saya dapat ilham dari sini:

Brengsek Punya Menteri Cakap Belit-Belit

Posted by: Kerajaan rakyat // Category: Uncategorized

.

AP melaporkan harga minyak mentah dunia

telah jatuh hampir 40 peratus sejak berada

di paras tertinggi melebihi AS$147 (RM510)

setong pada Julai lalu.

Sambungan Di Sini...


Maka terfikir saya, ada kah Menteri yang cakap lurus sahaja, tiada cakap berbelit-belit. NO korna-korna.

Ada rasanya, Menteri zaman dahulu, contoh seorang yang saya minat ialah Abdul Ghafar Baba. Ada lagi beberapa, semacamnya.

Namun dari 31 Oktober 2003 hingga Lah kini 8 Oktober 2008, ramai Menteri yang cakap belit-belit, terutama bila Pak Lah sendiri pun, lebih dahsyat belit-belit cakap, dan cakapnya bukan main lagi pembelitannya.

Sebab itu Lah, mungkin kah ada lawak bahawa di zaman kepemimpinan Pak Lah, calon Menteri ditemuduga dahulu sebelum disenarai pendek.

Lepas itu baru Lah, barangkali Pak Lah susun semua gambar calon kat dinding, dan Pak Lah main dart, "Mari Lihat siapa yang kena", maka yang kena pun jadi Lah Menteri. Gamaknya. Entah Ler...

Begini agaknya...

...

Ketua Panel: Maaf awak tidak berjaya. Sila keluar...

Calon 1: Kena pulak? Saya potensi Kementerian Belajaran!

Ketua Panel: Itu Lah masalahnya. Menurut sejarah kerjaya anda, anda didapati suka main hayun-hayun keris ke udara. Mana layak jadi Menteri Belajaran? Keluar!

Kuang! Kuang!! Kuang!!

Calon 2: Jadi, macam mana keputusannya? Layak kah saya ke pusat untuk jadi Menteri?

Ketua Panel: Silakan jawab Ahli Panel 1.

Ahli Panel 1: Dulu, masa kat negeri, kamu ada buat isyarat lucah guna tangan. Jadi kamu tak sesuai untuk Kementerian Warisan Budaya dan Kraftangan Pelancong. Kamu tidak sopan. Keluar...

Kuang! Jeng!! Kuang!!!

Ketua Panel: Calon 3. Kamu bagus. Kelayakan ada. Tinggi dan hebat kelulusan kamu. Tapi, maaf, kamu tidak berjaya.

Calon 3: Kenapa pulak saya tak berjaya?

Ahli Panel 3: Menurut pertimbangan kami, kamu sesuai untuk Kementeri Belia dan Sukan Masyarakat. Tetapi, Muka kamu macam beruk, dan kamu pernah kata Bloggers, beruk. Dan di sini ada gambar lama kamu menari pakai pakaian perempuan. Kamu gagal, sila keluar!

Calon 3: Kamu semua belum kenal saya siapa ya? Sekejap, I make one phone call.

Hello...Abah! Ya, saya ni. Tolong cakap dengan Ketua Panel ini. Terima kasih.

Nah! Cakap dengan Abah saya.

Ketua Panel: Hello! Ya, saya di sini, ya, baik...baik Lah. Ya, correct, correct, correct. Ya, baik, that's why, ya, saya faham. Baik Lah.

Calon 3: Jadi, macam mana?

Ketua Panel: Baik Lah, kami akan pertimbangkan untuk ambil kamu jadi Menteri. Ubah perangai ya.

Kuang! Jeng!! Jeng!!

Ahli Panel 2: Jadi! Kamu berani berubah ya?

Ahli Panel 1: Tapi, kamu ini jelas Menteri yang jenis suka lawan Bos!

Ketua Panel: Lagi pun, kita ada amalkan sistem kuota. Menteri yang Botak, hadnya satu saja. Jika kami ambil kamu jadi Menteri, alamak sudah ada 2 Menteri Botak Lah pulak. Awak gagal. Sila keluar!

Calon 4: Kamu semua memang jenis manusia yang tidak mengenang jasa! Saya tak hard-up jawatan Menteri ini. Saya menolaknya.

Jeng! Kuang!! Jeng!!!

...

Emmm, begitu Lah, agaknya.

Entah iya entah kan tidak.

Namun, dari pos yang saya ambil itu, ada perkataan "Brengsek". Itu haknya Lah kan? Namun, di blog ini, kita bergurau sahaja.

Makanya,

ingat pesanan sahabat saya:

Sahabat Saya yang Masyhur, Saudagar Unta, Husin Lempoyang:

Ana

My Photo
Husin Lempoyang
Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
View my complete profile

(Hasbullah Pit Komen Saya Edjas)

Maka, ada disebut di Blognya Husin Lempoyang, Pak Mentua Abdul Wahub Berkata:

Jangan marah aargh, gurau sahaja. Jikalau marah, nanti kena jual!

0 comments: