Gelombang Rakyat

Pak Lah Kekal Semua Jawatan Biarpun Rakyat dan Negara Malang Kecundang Dan Lintang Pukang

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Dijangkakan Rakyat dan Negara Malaysia akan terus kekal Malang Kecundang dan Lintang Pukang, dan Abdullah Ahmad Badawi akan terus mengekalkan semua jawatan di semua kerusi yang didudukinya.

Apabila Abdullah Ahmad Badawi tidak berubah, maka pemimpin lain tidak akan berubah juga atau berubah sama.

Apabila Abdullah Ahmad Badawi buat keputusan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Maka Abdullah Ahmad Badawi akan berhadapan dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang sedari awal tetap pendirian untuk bertanding jawatan Presiden UMNO berhadapan Abdullah Ahmad Badawi.

Mohd Najib Abdul Razak akan mendapat sebahagian pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO, namun dia akan kekal bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sahaja.

Oleh kerana Mohd Najib Abdul Razak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, maka Ahmad Zahid Hamidi dan Mohd Ali Rustam akan menarik diri, dan bertanding apa juga jawatan yang mereka layak sebenarnya.

Muhyiddin Yassin bakal mendapat pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO, namun akan memilih untuk kekal di jawatan Naib Presiden UMNO.

Begitu jangkaannya, dan sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku, ketika mana Abdullah Ahmad Badawi kekal berdegil tidak mahu bersara awal.

0 comments: