Gelombang Rakyat

Lawak Minyak - Pemuda Besut Belum Tanya & Namun Ini Jawabnya

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Nampaknya Pemuda Besut, belum lagi bertanya, namun gamaknya Menteri sibuk dengan pemilihan Parti. Jadi dengar Lah lagi jawapan di...

...

Radio Ibu Desa, 39 Perpuluhan 39.

Ya, bersama saya, sekali lagi, Atikah Sulaiman, di studio ialah seorang wakil kerajaan yang tidak mahu namanya disebut.

Sebentar tadi kami ada melawat Blog Pemuda Besut, dan nampaknya dia belum bertanya, jadi pihak kami jawab dahulu sebelum Pemuda Besut bertanya...

Silakan Datuk...

Penjelasan:

Malaysia tidak dapat lari dari harga minyak di pasaran dunia. Sebab itu bila harga di peringkat global naik mendadak, di negara kita pun, harganya kita naikkan harga petrol dan diesel secara mendadak dan serta-merta pula.

Tetapi bila harga bahan ini turun menjunam, maka harga petrol dan diesel di negara ini hendak Lah diturunkan secara perlahan, lambat, dan berdikit-dikit.

Bila harga bahan ini turun ke paras paling rendah, maka harga petrol dan diesel di negara ini hendak Lah dikekal melekat tidak turun, jika turunkan harganya tersekat tidak kurang daripada RM 1.92 sen seliter.

Atikah Sulaiman:

Kenapa begitu Datuk? Boleh jelaskan lagi...

Penjelasan:

Begini. Minyak petrol dan diesel ini ialah bahan api yang mudah terbakar. Ianya tidak terbakar jika harganya naik banyak, mendadak dan serta-merta. Tetapi jika diturunkan banyak, mendadak, dan serta merta, kita khuatir ianya mudah terbakar akibat price depreciating friction.

Atikah Sulaiman:

Datuk, ini ada email yang baru diterima dari insan yang menggelarkan dirinya Syed Luar Itu Kotak, katanya, Para Pengusaha Restoren tidak akan turunkan harga makanan dan minuman jualan mereka selagi harga minyak tidak turun ke paras RM 1.92.

Bagaimana itu?

Penjelasan:

Kita mesti utamakan Para Pengusaha Stesen minyak. Sebab premis perniagaan mereka bukan restoren. Sebaliknya, premis perniagaan mereka ialah stesyen minyak.

Jika restoren makan minum tutup, rakyat masih boleh kunyah getah - chewing gum ya. Tetapi jika stesyen minyak tutup, kenderaan kita tidak boleh tangkinya diisi dengan chewing gum. Nanti rosak.

Sebab itu Lah, kita perlu selamatkan dan utamakan para pengusaha stesen minyak melebih para pengusaha restoren makan minum, dan Rakyat jelata. Termasuk Lah di Besut atau pun Terengganu.

Atikah Sulaiman:

Itu dia jawapan bernas dari, opps, nyaris saya menyebut nama penuh Datuk. Ya, kita berhibur dengan sebuah lagu...



...

Kuang! Jeng!! Jeng!!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Berkaitan:

Barisan Nasional Tipu dan Bohong
Dilulus terbit pada Wednesday, October 29 @ 23:30:00 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh mohdnoorawang


2 comments:

pemudabesut said...

He...He... PEMUDABESUT x payah tanya....dah tahu jawapan... Salem tu duk sebelah rumah pemudabesut...

Gelombang Rakyat said...

Pemuda Besut, dia best friend saya masa kechik-kechik dulu.

Hehehehehe...