PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan yang mengumumkan hasrat untuk mencabar Datuk Seri S. Samy Vellu dalam pemilihan Presiden Mac ini telah dipecat berkuat kuasa serta-merta.
Wan Ahmad Farid, calon Barisan Nasional sudah diumumkan untuk P 36 Kuala Terengganu, dan SPR bakal sahkannya pada 6 Januari 2009.
Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, bakal diumumkan di majlis gilang-gemilang pada 1 Januari 2009.
Seterusnya, dalam demokrasi setiap individu layak maka berhak untuk bertanding. Sayang sekali keputusan Tok Mun, maka tiadanya calon Bebas sebagai pilihan alternatif kepada para pengundi di P 36 Kuala Terengganu.
MAIMUM Yusof menunjukkan sumbangan yang diterima ketika bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
KUALA TERENGGANU: Bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, Maimun Yusof, 89, semalam mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.
Pun begitu ada dua lagi calon, seorang mewakili bebas maka masih ada pilihan alternatif kepada para pengundi P 36 Kuala Terengganu.
Manakala seorang lagi dijangka mewakili AKIM.
Adakah peluang besar calon ini menang, ataupun mereka hanya sekadar bertanding?
Sama-sama kita saksikan nanti andai ada perubahan menjelang pengesahan calon kelak.
Apapun, siapa calon PAS adalah tumpuan ramai terkini...
InsyaAllah, semoga pemimpin terbaik akan diangkat di P 36 Kuala Terenggganu, demi memanfaatkan para pengundi dan penduduk di kawasan Parlimen ini, dan turut berperanan untuk bersama menentukan hala tuju Rakyat dan Negara Malaysia seterusnya...
Nampaknya Pemuda Besut, belum lagi bertanya, namun gamaknya Menteri sibuk dengan pemilihan Parti. Jadi dengar Lah lagi jawapan di...
...
Radio Ibu Desa, 39 Perpuluhan 39.
Ya, bersama saya, sekali lagi, Atikah Sulaiman, di studio ialah seorang wakil kerajaan yang tidak mahu namanya disebut.
Sebentar tadi kami ada melawat Blog Pemuda Besut, dan nampaknya dia belum bertanya, jadi pihak kami jawab dahulu sebelum Pemuda Besut bertanya...
Silakan Datuk...
Penjelasan:
Malaysia tidak dapat lari dari harga minyak di pasaran dunia. Sebab itu bila harga di peringkat global naik mendadak, di negara kita pun, harganya kita naikkan harga petrol dan diesel secara mendadak dan serta-merta pula.
Tetapi bila harga bahan ini turun menjunam, maka harga petrol dan diesel di negara ini hendak Lah diturunkan secara perlahan, lambat, dan berdikit-dikit. Bila harga bahan ini turun ke paras paling rendah, maka harga petrol dan diesel di negara ini hendak Lah dikekal melekat tidak turun, jika turunkan harganya tersekat tidak kurang daripada RM 1.92 sen seliter.
Atikah Sulaiman:
Kenapa begitu Datuk? Boleh jelaskan lagi...
Penjelasan:
Begini. Minyak petrol dan diesel ini ialah bahan api yang mudah terbakar. Ianya tidak terbakar jika harganya naik banyak, mendadak dan serta-merta. Tetapi jika diturunkan banyak, mendadak, dan serta merta, kita khuatir ianya mudah terbakar akibat price depreciating friction.
Atikah Sulaiman:
Datuk, ini ada email yang baru diterima dari insan yang menggelarkan dirinya Syed Luar Itu Kotak, katanya, Para Pengusaha Restoren tidak akan turunkan harga makanan dan minuman jualan mereka selagi harga minyak tidak turun ke paras RM 1.92.
Bagaimana itu?
Penjelasan:
Kita mesti utamakan Para Pengusaha Stesen minyak. Sebab premis perniagaan mereka bukan restoren. Sebaliknya, premis perniagaan mereka ialah stesyen minyak.
Jika restoren makan minum tutup, rakyat masih boleh kunyah getah - chewing gum ya. Tetapi jika stesyen minyak tutup, kenderaan kita tidak boleh tangkinya diisi dengan chewing gum. Nanti rosak.
Sebab itu Lah, kita perlu selamatkan dan utamakan para pengusaha stesen minyak melebih para pengusaha restoren makan minum, dan Rakyat jelata. Termasuk Lah di Besut atau pun Terengganu.
Atikah Sulaiman:
Itu dia jawapan bernas dari, opps, nyaris saya menyebut nama penuh Datuk. Ya, kita berhibur dengan sebuah lagu...
Sepatutnya kesejahteraan pengguna perlu diberi keutamaan dan bukan pengusaha atau tauke-tauke stesyen minyak yang memang telah kaya-raya terus diberi perlindungan dan pertolongan.
kejatuhan harga komoditi, khususnya minyak mentah, dan minyak sawit.
Silakan Datuk...
Penerangannya: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, akan meneruskan kejayaan yang telah dicapai oleh Perdana Menteri Malaysia. Ertinya Malaysia akan terus tetap Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang.
Kerajaan sentiasa mengutamakan Rakyat Malaysia. Sebab itu Lah, kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel rendah sahaja, supaya Rakyat tidak terbeban. Kerajaan boleh naikkan harga minyak umpamanya RM 8 seliter, dan turun RM 2 sesekali, dan bukan RM 0.10, RM 0.15, dan RM 0.15.
Dalam konteks sekarang, kerajaan mengutamakan Stesen Minyak, kerana Rakyat Malaysia ini ialah pemilik Stesen.
Jika Rakyat Malaysia tidak berpuas hati, setiap Rakyat digalakkan membuka seorang sebuah Stesen Minyak.
Kerajaan akan bantu setiap Rakyat Malaysia yang memiliki stesen minyak itu.
Atikah Sulaiman: Itu dia jawapannya. Mesejnya, buka Lah stensen minyak sendiri, dan kerajaan akan membantu anda.
Datuk adakah ini bererti negara kita akan mempunyai lebih daripada 15 juta stesen minyak?
Penerangannya: Lebih dari itu pun tak apa. Setiap Rakyat Malaysia, bukak Lah stesen minyak sendiri.