Gelombang Rakyat

Lawak Minyak - Turun Naik Harga Maka Formula Apa Kerajaan BN Pakai

Setelah didesak bertalu-talu, wakil kerajaan Barisan Nasional telah menjelaskan FORMULA turun naik harga minyak petrol dan diesel, dalam satu sidang media, kononnya, pagi tadi.

Wartawan 1: Ramai di kalangan Rakyat Malaysia ingin tahu formula apakah yang digunakan untuk menaikkan dan menurunkan harga minyak.

Wakil BN: Formulanya senang sahaja.

Wartawan 7: Please elaborate.

Wakil BN: Yes, I can elaborate. But, do you have the time to listen?

Wartawan 2: Jelaskan saja Lah...

Wakil BN: Boleh saya nyanyi beberapa buah lagu dahulu?

Wartawan 3: Tumpukan kepada formula itu saja Lah...

Wakil BN: Beberapa lagu ini ada kaitan dengan kehidupan saya sendiri, dan kehidupan saya ada kena-mengena dengan saya jadi Mintri. Dan saya jadi Mintri ada kena mengena dengan formula yang digunakan untuk menaikkan dan menurunkan harga minyak petrol dan diesel.

Wartawan 4: Berapa lama tempoh masa nak terangkan semua itu?

Wakil BN: Lebih kurang 5 jam.

Wartawan 5: Dalam masa kurang 5 minit, boleh simpulkan tak?

Wakil BN: Anwar cakap di Parlimen pasal budget 2009, selama 5 jam boleh, saya nak terangkan formula ini 5 jam, aieshy tak boleh ke?

Wartawan 2: Suka hati Lah...

Wakil BN pun mula menyanyi dan bercerita bagaimana dia menjadi Menteri, dan bagaimana dia terbabit dalam formula turun naik harga minyak petrol dan diesel ini. Wartawan mendengar dengan pelbagai gaya, termasuk yang membawa masuk tilam dan bantal untuk tidor. Setelah 4 jam, 54 minit dan 30 saat, berikut adalah sambungannya...

Jadi, bila harga bahan ini naik di pasaran global, dan diteliti turun naiknya sepanjang 15 hari, kemudian, kami baca grafnya, dan kami tentukan puratanya ya. Seterusnya kami ambil harga asal bahan ini sebelum PRU 12, dibanding dengan harga selepas PRU 12, serta kenaikan pada 4 Jun 2008, dan kami lihat kemungkinan kebarangkalian harga ini boleh diturunkan atau dinaikkan semula, dengan mengambilkira keadaan dan situasi semasa, khususnya yang berkaitan dengan politik tanahair, maka kami cuba perkenalkan satu harga yang munasabah. Harga yang munasabah ini, kami kaitkan dengan keadaan semasa termasuklah munasarawak, munamelaka...Hehehehe, Shahrukh Khan, munajohor, dan beberapa muna lagi, kemudian kami darabkan dengan beberapa faktor yang berkaitan, dibahagikan dengan faktor yang tidak berkaitan, serta dicampurkan dengan faktor yang mungkin berkaitan atau munkin tidak berkaitan, lalu kami tolak dengan faktor yang tiada, dan yang tiada itu, kami darab dengan hasil harga yang kami telah perkenalkan tadi. Jawapannya itu, kami padankan dengan harga sebelum PRU 12, dan selepas 4 Jun 2008, kemudian penurunan harga ini sposen, kemudian sposen campur lima, dan untuk mendapatkan penurunan lagi sponsen campur lima, kami telah memasukkan beberapa keping duit syiling 5 sen, 10, sen, 20 sen, dan 50 sen di dalam balang. Kemudian kami goncang. Ya, kami goncang balang tadi. Kami tebarkan ke atas meja, dan kedengaran kepada kami jeritan seperti Satu Lima, Bujang kawen 5. Seterusnya kami goncang sebanyak 15 kali. Setelah menggoncang, ya menggoncang balang, sebanyak 15 kali, kami ambil kira berapa kali kami goncang balang tadi. Terkini, kami telah goncang 15 kali, dengan yang demikian harga minyak petrol telah kami turunkan sebanyak 15 sen. Untuk diesel kami lakukan goncangan yang sama, tetapi 20 kali goncangan, maka dapatlah angka harga turun sebanyak 20 sen.

Begitu Lah formulanya...

Aik, tidor semuanya?

...

Jeng! Kuang!! Jeng!!!

1 comments:

Anonymous said...

owh...gitu ke?

incik.... bila takrif lektrik nk turun..kata dulu naik pasal harga bahan api naiki

Bil bulan puasa paling tinggi