Gelombang Rakyat

Lawak UMNO - Hasil Kajian Pemimpin Didapati Bersih

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Apahal pulak ni? Dia orang ini ada-ada sahaja. Memang Lah, semua orang tahu bahawa para pemimpin Parti adalah bersih.

Tetapi para pemimpin pembangkang, bloggers, forumers, dan sebahagian orang ramai, macam tak ada kerja lain, asyik menuduh pemimpin Parti ini rasuah Lah, kroni Lah, nepotisme Lah, dan bermacam-macam skandal yang didedahkan.

Menyedari hal ini kononnya satu Jawatankuasa Siasatan Kebersihan Pemimpin Parti (J-Bersih) telah dibentuk sebagai badan bebas untuk mempastikan perihal kebersihan ini. 3 Bulan suntuk kajian telah pun dilakukan.

Maka berikut adalah hasilnya:

Pengerusi J-Bersih, Jamaluddin Jiddad, telah membentangkan hasil laporan kebersihan para pemimpin Parti, dalam satu sidang media pagi tadi. Berikut adalah hasilnya...

Semua pemimpin parti menggosok gigi selepas bangun pagi, dan sebelum masuk tidor, sehingga ada yang menggosok gigi selepas makan.

Aspek ini, para pemimpin parti adalah bersih.

Semua pemimpin parti membasuh pakaian dengan kerap, termasuk pakaian dalam, dengan serbok pencuci berjenama, dan ada yang menggunakan khidmat perbersihan-kering.

Aspek ini juga, para pemimpin parti adalah bersih.

Dari aspek kebersihan rumah, dalaman, luaran, dan persekitaran semua pemimpin didapati menjaga kebersihan dengan terpuji.

Aspek ini juga, para pemimpin parti adalah bersih.

Hal sama didapati bersih juga, sehubungan dengan pejabat tempat mereka bekerja, dan persekitarannya.

Selain itu, aspek lain seperti mencuci tangan selepas ke tandas, sebelum makan, dan seumpamanya turut menunjukkan bahawa para pemimpin parti adalah bersih.

Aspek ini juga, para pemimpin parti adalah bersih.

Begitu juga dengan penjagaan dalaman kereta serta lain-lain kenderaan, para pemimpin Parti turut menjaga kebersihan.

Aspek ini juga, para pemimpin parti adalah bersih.

Demikian sebahagian daripada 100 soalan yang telah dikemukakan dan dijawab oleh para pemimpin Parti, khususnya 10,000 responden yang telah sudi mengambil bahagian dalam kajian J-Bersih ini.

Dengan demikian adalah tidak adil orang lain khususnya pemimpin dan parti pembangkang, yang mendakwa para pemimpin Parti ini tidak bersih.

...

Kuang! Jeng!! Jeng!!!

Ilham dari pos:

Blog umnomore

Tuesday, October 14, 2008

Pemimpin UMNO semuanya BERSIH ... hahahah

Aku saja nak beri komen sikit. Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Pak Lah tentang bakal penggantinya Najib razak. Pak Lah kata Najib tak salah gunakan kuasa. Rujuk SINI.

Maklumat lanjut dan banyak lagi pos menarik di sini:

http://umnomore.blogspot.com/

0 comments: