Gelombang Rakyat

Lawak Pasir - YB Pun Jadi Dalang Curi Ke?

Tak usah kata hati orang, zaman ini Pasir pun orang curi..! Bukan sahaja orang biasa, tetapi mungkin membabitkan YB, bukan Yang Berblog, mungkin Yang Berhormat.

Sebenarnya pasir banyak di Selangor, ambillah, curilah, banyak lagi pasir tak kan habis-habis pun. Itu pandangan pencuri pasir Lah kan?

Tapi, orang Selangor tak setuju, sebab:

Jika pasir dicuri dengan banyak, Selangor dari pandangan atas seperti Eurocopter ke kan? Dipandang berlobang-lobang. Tak cantik jadinya, dan rosak pulak eco-system di Selangor ini. Dikhuatiri bangunan tinggi berdekatan boleh roboh, kerana pasak bumi sudah beranjak.

Lagi pun jika pasir dicuri dengan banyak, berlobang dalam, mungkin dikorek berterusan, berlobang pulak bumi. Kat mana tembusnya pulak. Jadi macam China Syndrome Lah kan. Nanti budak-budak main kat Selangor sekitar lobang pasir dicuri itu, jatuh dan terus keluar kat China pulak. Tak ke haru?

Siapa yang curi pasir? Kenapa pasir dicuri? Pasir itu dijual kepada siapa? Di mana?

Entah Lah. Tapi laporan yang diterima ialah dari Blog umnomore.

Apa ceritanya:

Orang Kampung: Kami dah tahu siapa pencurinya. Kami juga tahu siapa dalangnya.

Penyiasat: Di mana?

Orang Kampung: Pasir itu dicuri di sini - Kampung Lombong.

Penyiasat: Tak kan Lah pihak berkuasa tak nampak?

Orang Kampung: Pihak berkuasa nampak tetapi tidak nampak.

Penyiasat: Eik! Cam mana tuu?

Orang Kampung: Pihak berkuasa pejam sebelah mata.

Penyiasat: Ada lagi awak semua nak bagitahu saya?

Orang Kampung: Ada satu lagi. Tempat ini namanya, Batang Berjuntai. Kat sana, pasir diangkut lori treller tak pakai roda.

Penyiasat: Tak pakai roda?

Orang Kampung: Ya, saya baru dapat SMS dari kawan saya kat sana, pagi tadi, dia tulis, lori treller ini ada 40 kaki.

...

Kuang! Kuang!! Mengkuang!!!

Alahai, melawak jer...

Info sebenar dari sini:

Saturday, October 18, 2008

Curi Pasir : YB mungkin terlibat?

Aku baru mendapat panggilan dari kawan memberitahu bahawa operasi mengorek pasir secara haram di Kampong Lombong, Sepang mungkin di dalangi oleh seorang YB.

Sambungan di sini:

http://umnomore.blogspot.com/2008/10/curi-pasir-yb-mungkin-terlibat.html
Begitu...

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Oleh kerana kegiatan mencuri pasir ini bukan satu cerita baharu, sudah bertapak begitu lama, sejak zaman lanun ke zaman jepun hinggalah ke zaman la ni, isu ini berlarutan dan persaolan yang sama timbul ialah siapakah pencuri pasir ini dan di mana ia dijual.

Oleh itu kerajaan atau swasta disarankan menubuhkan akademi pasir yang membolehkan satu subjek pembelajaran pasir, khusus dalam kegiatan cara cara mencuri pasir dengan betul dan bijak diajar dalam peringkat diploma. Mereka mereka yang lulus secara otomatik didaftarkan dalam Persatuan Pencuri Pasir dan disyaratkan meninggalkan nombor pendaftaran ketika mencuri pasir, dengan ini pihak berkuasa dengan mudah dapat mengesan siapa pencuri pasir ini.

Siapa yang membeli pasir, patut kita rujuk kepada Persatuan Pembeli Pasir Dunia yang berpusat di Singapura, agennya orang Kota Tinggi - kluangman

Gelombang Rakyat said...

Kluangman,

Sesiapa didapati mencuri pasir, dia dihukum makan pasir selama seminggu.

Dalam akademi pasir, boleh dak masuk kurikulum memasak pasir?