Projek Negara - Pak Lah Sat Nak Buat Tapi Semak Semula - Apa Nii?
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.
Telah terbit di TranungKite OnLine:.
Pos # 86
Kenapa Pak Lah Bercanggah Kenyataannya Perihal Projek Negara?
Dilulus terbit pada Saturday, October 18 @ 23:09:57 MYT oleh AbuJihad
Oleh zublizainordin
"Abdullah Ahmad Badawi sejak 2003, pernah mempamerkan diri sebagai pemimpin yang jimat cermat, dan tidak perlu merestui projek negara yang tidak memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.
Merungkai projek negara ini yang telah dirancang, membabitkan kerugian jutaan ringgit duit Rakyat, dan turut merungkai legasi pemimpin terdahulu.
Kemudian, sejak 2007, Abdullah Ahmad Badawi pulak restu pelbagai projek mega!
Apa ini?
Abdullah Ahmad Badawi, projek negara yang baik, dibatalkannya. Dia tidak mahu merestui projek negara kerana mahu berjimat cermat demi manfaat Rakyat dan Negara Malaysia. Kemudian dia sendiri merestui projek mega, dan tidak diketahui manfaatnya kepada kita. Kemudian projek mega inipun ada yang ditangguh, ditunda, dan seumpamanya.
Selain daripada projek yang menjadi koridor seluruh Malaysia, mari kita tinjau projek besar di Pulau Pinang...
Lim Guan Eng, pemimpin yang lurus itu, tentulah tidak memahami kelurusan Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin.
Jika diteliti, Lim Guan Eng, Abdullah Ahmad Badawi, dan projek di Pulau Pinang, sebagai contoh, kita lihat seperti Lim Guan Eng tercegat dengan mulut melopong, ketika Abdullah Ahmad Badawi buat tarian setapak ke belakang, dua tapak ke depan, kemudian dua tapak ke belakang, setapak ke depan, dan muziknya hanya berbunyi ding-dong.
Lim Guan Eng perlulah menerima hakikat bahawa partinya telah menang penguasaan negeri Pulau Pinang, dan dia adalah Ketua di sini. Walaupun Abdullah Ahmad Badawi dari sini, namun apakah ertinya projek dilaksanakan di sini, ketika Lim Guan Eng, ialah ketua yang bakal mendapat nama, sedangkan Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat melihat billboard, "Satu Lagi Kejayaan Projek Barisan Nasional" di Pulau Pinang, yang dia telah hilang penguasaan di sini.
Apapun yang berlaku semasa Abdullah Ahmad Badawi masih kekal berkuasa, apatah lagi bila dia sah bersara awal, naiklah siapapun penggantinya, Rakyat Malaysia di Pulau Pinang bakal terpinggir juga.
Terkecuali Anwar Ibrahim berjaya bersama Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru, dan Perdana Menteri Malaysia, ialah dari Parti KeADILan Rakyat. Barangkali Pulau Pinang termaju di Malaysia, kerana Anwar Ibrahim dari sini.
Maka, dari sebelum PRU 12, beberapa projek negara telah dibatalkan. Di Blog Che Det, Mahathir Mohamad ada disebut senarainya, dan hasil daripada tindakan Abdullah Ahmad Badawi ini, dikatakannya telah berlaku kerugian duit Rakyat berjuta ringgit.
Di antaranya, Mahathir Mohamad menyebut:
"Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat. Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian.
Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu.
Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik;
1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia
2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar
3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro
4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan."
Ada beberapa lagi pengluahan Mahathir Mohamad terhadap projek negara sehubungan Abdullah Ahmad Badawi.
Kemudian, dalam menifesto Barisan Nasional, terdapat pula projek mega yang disebut sebagai Koridor, dengan kos berbillion Ringgit Malaysia. Satu sebab Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu melepaskan jawatan, dan kemudian menyebut pertengahan 2010 sebagai peralihan kepemimpinan, ialah katanya untuk melihat projek mega ini berjaya.
Jika ada satu Suruhanjaya DiRaja, tentulah dapat disiasat siapakah yang mendapat keuntungan besar dari pelaksanaan projek mega ini.
Terkini, Abdullah Ahmad Badawi diasak dan didesak supaya mengawalkan tarikh persaraannya, dan ada yang mahu dia bersara lebih awal dari 9 Mac 2009, maka tempoh diberikan kepadanya untuk menyempurnakan apa yang tidak dilakukannya terdahulu, kerana barangkali terdahulu dia kerap tidor dalam majlis rasmi.
Tetapi, dalam jaga sekarang, dan pada hendak melihat kejayaan semua projek mega yang mahu dilaksanakan di tempoh akhir perkhidmatannya, dia telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melihat kembali projek mega berkenaan dan sebahagian projek mega ini akan disemak semula.
Ketika ahli perniagaan yang ada kaitan dengan Abdullah Ahmad Badawi mula meninggalkannya. Apakah mungkin, bila Abdullah Ahmad Badawi telahpun bersara kelak, pihak yang sepatutnya mendapat keuntungan besar dalam pelaksanaan projek mega berkenaan, akan tersepit kerugian.
Menunda, membatal, menangguh projek negara, akan membabitkan kerugian berjuta ringgit pula. Ertinya, keputusan Abdullah Ahmad Badawi sehubungan pelaksanaan projek negara, sering mengakibatkan kerugian.
Bayangkanlah berapa banyak kerugian lagi ketika berapa hari hitungan bahawa Abdullah Ahmad Badawi akan membuat keputusan dan tindakan seumpama, selagi masih kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Perhatikan, bila penggantinya naik dan ahli perniagaan kelompok baru akan berhelah dan menghayun supaya projek berkenaan memihak kepada keuntungan mereka pula.
Sebenarnya, Rakyat Malaysia sudah bosan dengan pemimpin dan kepemimpinan seperti ini. Suara lantang Mahathir Mohamad, Lim Keng Yaik, Anwar Ibrahim dan ramai lagi, telah mewakili kebosanan kita ketikamana pemimpin dari UMNO dan Barisan Nasional menerajui negara. Ya, kuasa dan kemewahan.
Rujukan:
http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/16/why-government-relooking-and-shelving-projects/
http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/pak-lah-ibarat-harimau-satu-analisis baik Ibnu Moyeddin.html
http://test.chedet.com/che_det/2008/06/cancellation-of-bridge-to-sing.html
http://test.chedet.com/che_det/2008/06/rapid-kl.html
http://test.chedet.com/che_det/2008/06/wastage-of-public-funds-the-ca.html "
Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
InsyaAllah, ada lagi artikel yang akan terbit di sini kelak...