Gelombang Rakyat

Tanggungjawab Sosial? Pak Lah Pun Tak Jelas Macam Mana Peniaga Nak Akur?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Telah terbit di TranungKite OnLine:
.

Pos # 84


Pak Lah Cakap Peniaga Nak Dengar Kah?
Dilulus terbit pada Thursday, October 16 @ 13:46:18 MYT oleh AbuJihad
Pendapat Oleh zublizainordin

"Saya merujuk artikel ini di Malaysian Insider:

 Traders have social obligation to cut price, says PM

KUALA LUMPUR, Oct 15 - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said today that the traders should voluntarily lower the prices of goods in line with the drop in the fuel retail prices without waiting for the government to act.

"It is their social obligation," the prime minister told reporters after attending the closing of the Merdeka Spirit Programme 2008 and the opening of Akademi Kenegaraan at the National Civics Bureau in Jalan Bellamy here.

Berikut pendapat saya:

Satu daripada kesilapan dalam kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, sejak PRU 12, ialah menaikkan harga minyak petrol dan diesel secara serta-merta, dan mendadak tingginya, sejak 5 Jun 2008.

Satu daripada kelemahan dalam kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, ialah tidak membuat kajian terperinci sehingga ketiadaan asas untuk menaikkan harga minyak petrol dan diesel di Malaysia. Yakni, selain daripada tertakluk dan tunduk kepada institusi spekulasi antarabangsa yang bermain di pasaran hadapan.

Satu daripada kelembikan dalam kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi ialah cara bagaimana harga minyak ini diturunkan. Yakni, bahan jenaka di kalangan beberapa blogger dan forumer - sposen, sposen campur lima, dan sposen campur lima. Masih ada baki, berbanding harga minyak petrol dan diesel sebelum PRU 12. Menjelang PRU 13, jika ada keperluan politik, turunlah gamaknya sposen ke lagi?

Jelas bahawa Abdullah Ahmad Badawi sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik, jika ada kebaikan dalam dirinya sehubungan dengan apa yang disebutnya social obligation. Atau obligasi sosyel.

Ahli politik dan pemimpin seperti Abdullah Ahmad Badawi bolehlah bermain-main dengan angka, dan mempermain-mainkan Rakyat dan Penduduk di Malaysia.

Namun, ahli perniagaan jauh berbeza, dalam memanfaatkan garis bawah, yakni keuntungan. Lantaran ahli perniagaan tidak boleh bermain dengan angka seperti Abdullah Ahmad Badawi. Jika mereka ikut cara Abdullah Ahmad Badawi, maka jumlah perniagaan yang gulung tikar akan meningkat secara mendadak pula. Banyak syarikat perniagaan lagi yang lingkup!

Ahli perniagaan bermotifkan keuntungan. Ahli perniagaan yang mengambil kesempatan pula ialah meraih keuntungan yang berganda. Terutama bila mereka mendapat isyarat dari ahli politik dan pemimpin negara. Kemudian mereka bersandar pula kepada alasan sama yang kerajaan berikan.

Jika Abdullah Ahmad Badawi tidak mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada 5 Jun 2008 yang lalu, maka apakah alasan ahli perniagaan hendak naikkan harga? Tetapi, semacam air di tangki utama melepaskan air dari bukit dan berlaku banjir ke atas kampung di lembah, begitulah dengan pengumuman Abdullah Ahmad Badawi itu, telah berlaku rentetan rantaian kenaikan harga lain-lain bahan, barangan dan perkhidmatan. Telah berlaku social sufferings atau sengsara sosyel.

Dengan penurunan harga minyak petrol dan diesel dengan lambat, tanpa formula yang ampuh, dan secara berdikit-dikit pula, dalam tempoh 3 bulan, maka macam mana ahli perniagaan hendak dipertanggungjawabkan membuat penurunan harga semacam yang sama dengan perlakuan kerajaan yang jelas sekali macam tidak berhati perot?

Jika kerajaan pun tidak jelas obligasi sosyel nya, macam mana Abdullah Ahmad Badawi boleh berwibawa cakapnya ketika menyuarakan supaya ahli perniagaan memiliki dan melaksanakan obligasi sosyel nan sama dan semacam?

Adakah ahli perniagaan hendak mendengar cakap Abdullah Ahmad Badawi sekarang? Tidak jelas apa respons mereka, namun mereka buat pekak sahaja nampaknya.

Kemudian tak usah lah Abdullah Ahmad Badawi nak membidas persatuan pengguna pulak. Jika satu daripada bahan kempen di Kelantan semasa PRU 12, ialah "Pok Loh Laa Nii Tok Supo Mulo", dirasakan samalah dengan beberapa persatuan pengguna di Malaysia.

Selepas ketokohan Mohd Hamdan Adnan, jarang kelihatan pemimpin persatuan pengguna sekarang yang betul-betul membela dan menjamin hak pengguna atas nama obligasi sosyel.

Di forum TrangungKite OnLine, apa yang kita baca ialah para pemimpin persatuan pengguna kelihatan lebih mahu menjamin Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai pemimpin, daripada obligasi sosyel melalui kegiatan yang memihak kepada pengguna di Malaysia.

Seperkara lagi, jika Abdullah Ahmad Badawi inginkan menteri berkenaan melaksanakan penguatkuasaan melalui organisasi di bawah kepemimpinannya, diminta siarkanlah melalui media, berapakah tindakan telah diambil ke atas peniaga yang menaikkan harga sesuka hati sejak 9 Mac 2008.

Atau di manakah tumpuan menteri yang berkenaan, khususnya mereka yang berhadapan dengan mengharapkan pencalonan dari mesyuarat UMNO Bahagian? Cubalah Abdullah Ahmad Badawi tengok berapa ramai pemimpin di bawah kepemimpinannya yang hadir ketika Anwar Ibrahim membahaskan Bajet 2009 di Parliamen, baru-baru ini.

Abdullah Ahmad Badawi perlu fahami, keadaannya sekarang yang pernah Mahathir Mohamad alami, yakni detik sebelum bersara. Sebab itulah, bila ditanya, Mahathir Mohamad berkata, Abdullah Ahmad Badawi should Shut Up!

Jika benarlah Abdullah Ahmad Badawi sendiri ada obligasi sosyel, dicadangkan angkutlah isteri dan anak serta menantu keluar seketika dari rumah di PutraJaya, dan selama sebulan dari baki perkhidmatan yang ada, menetap tinggallah di mana juga perkampungan Rakyat Malaysia. Ertinya tinggal, makan, minum, tidor lah macam mana kami alami setiap hari.

Barangkali banyak yang Abdullah Ahmad Badawi boleh belajar dari kegiatan begitu. Satu pelajaran yang mahal ialah apa yang diamalkan oleh ahli perniagaan yang disebut sebagai loading.

Begini. Tindakan kerajaan yang mengakibatkan kerugian sesebuah syarikat perniagaan, menggalakkan ahli perniagaan ini untuk loading, yakni berkongsi kerugian dengan pengguna yang terdiri daripada ramai orang di kalangan orang ramai. Masa mereka rugi begitulah, namun masa mereka untung, entahlah ada ke tidak perkongsian dalam bentuk penurunan harga yang selari obligasi sosyel.

Natijahnya, bila kerajaan bertindak tanpa obligasi sosyel, Rakyat Malaysia yang kena dan sengsara. Bila ahli perniagaan mengikut jejak kerajaan, yang kena dan sengsara Rakyat Malaysia juga.

Abdullah Ahmad Badawi, pii mai, pii mai, tang kena ialah kami jugak.

Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/16/pak-lah-what-social-obligation-you-dont-even-know-what-loading-is/

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/lawak-minyak-turun-naik-harga-maka.html

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/10558-traders-have-social-obligation-to-cut-price-says-pm"



Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
  • Pak Lah Cakap Peniaga Nak Dengar Kah?
  • Najib Mula Tunjuk Simptom KePakLahan Maka Anwar & Pakatan Rakyat Siap Sedia
  • Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur
  • Pengumuman Pak Lah 8 Oktober 2008 Kita Dipermainkannya Tarian "Gohead-Gosta
  • Tersasarnya Mentafsir Sasaran Pak Lah Barbanding Anggapan Orang Lain
  • Pak Lah Teka Teki Kemudian Bersara Awal Pun Tak Jadi...
  • Pak Lah Belumpun Umum Secara Rasmi Para Pemimpin UMNO Sudah Mula Tawar Diri
  • Apa Cerita Zahid Hamidi Tanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Apa Mesej Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terun
  • .
    .

    0 comments: