Gelombang Rakyat

Lawak PM - Siapa Tun Mahathir? Pak Lah Tak Kenai..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Abdullah Ahmad Badawi nii kacak jugak orangnya ya? Tangannya wangi jika dicium. Bersih orangnya. Dia baik.

Namun, dia Melayu. Mungkin, dia juga mudah lupa.

Maka begini Lah jadi lawaknya

...

Pak Lah: Esyh! Siapa nama dia. Tak ingat pulak. Siapa ya? Apa nama...Apa nama...eisyh, dah lama sangat, jadi tak ingat pulak.

Setiausaha: Kenapa Bos?

Pak Lah: Siapa nama had dulu ni, dia serah jawatan PM kat saya, siapa nama dia?

Setiausaha: Maksud Bos, Tunku ke?

Pak Lah: Bukan, Tunku, saya ingat. Nii had dulu dia Presiden Parti...

Setiausaha: Tun Razak ke?

Pak Lah: Betoi, dia Tun..! Tapi bukan Razak. Nama dia nii grand sungguh...

Setiausaha: Tun, ya...Tun Hussein..?

Pak Lah: Bukan Tun Hussein, Tun Hussein saya ingat. Abahnya budak pemuda yang acu-acu kerih tuu. Bukan, apa nama...

Setiausaha: Musa Hitam?

Pak Lah: Bukan Hitam, dia nii cerah sikit. Dulu, dia suka simpan side-burn. Haaa, siapa nama dia?

Setiausaha: Nanti saya check dalam fail ya...

Pak Lah: Tengok key-chain you, ada gambaq 5 pemimpin Parti.

Setiausaha: Pemimpin yang ini ka?

Pak Lah: Ya siapa nama dia?

Setiausaha: Tun Mahathir...

Pak Lah: Are you sure? Okay, media conference, let's hit back a fiery one...

...

Kuang! Jeng!! Kuang!!!

Entah Lah, gamaknya begitu Lah.

Berkaitan:

Dari Blog PinkTurtle:

biarpun Mahathir sudah meninggalkan UMNO sejak beberapa bulan lalu, Abdullah wajar insaf bahawa Mahathir telah berkelana jauh daripada UMNO kerana beliau amat kecewa dengan kepimpinan Abdullah sendiri!

Biarpun Mahathir sudah meninggalkan UMNO sejak beberapa bulan lalu, Abdullah wajar insaf bahawa Mahathir telah berkelana jauh daripada UMNO kerana beliau amat kecewa dengan kepimpinan Abdullah sendiri!bersalahkah dan berdosakah Mahathir bersuara demi agama, bangsa dan tanahairnya? Bersalahkah dan berdosakah Mahathir berusaha menebus kesilapannya memilih Abdullah.

ABDULLAH TAK KENAL SIAPA MAHATHIR?

Dua hari lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanya, siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Mengapakah Mahathir yang sudah meninggalkan UMNO cuba memberikan arahan mengenai apa yang patut dilakukan oleh warga UMNO?


Adeh!

4 comments:

sahabat said...

Melayu mudah lupa!. Sapa yang lupa? Mana-mana Melayu la... maybe semua Melayu maa...

Gelombang Rakyat said...

Terima kasih sahabat. Lupa satu hal, semoga tatak layu...

Anonymous said...

AWAT CIK ZUBLI, HANG NI BILA AKU DOK BACA BLOG HANG ASYIK2 NAK KUTUK PAKLAH JA. HANG SAKIT HATI PASAI PA? DIA TAK BAGI PROJEK KAT HANG KA? ATAU HANG TAK DAPAT APA2 JAWATAN LU TU KUT?

SELALUNYA ORANG YG KEREJA DIA DOK KUTUK NI MEMANG KUMPULAN ORANG FRUST MENUNGGING. GAMAKNYA HANG NI DAH TERMASUK DALAM GOLONGAN TU LA KUT NOO.

YG HANGPA DOK KUTUK SAKAN TU, AT LEAST PUN DIA DAH JADI PM. YG TUKANG KUTUK TU GAMAKNYA DOK GIGIT JARI JA LA. TAK PUN MASUK ANGIN KELUAQ ASAP. ISAP ROKOK TEMBAKAU CINA, ASAP KELUAQ BEBUNGA2 PAKLAH JADI PM HANG SAKIT TANG MANA, KUT HANG TERER PI LA GANTI DIA.

AKU AGAKLA HANG NI, TAKDAK KEREJA LAIN, DOK DEPAN KOMPUTER ASYIK MEMBLOG DAN SYOK SENDIRI JA. MASA BILA HANG TENGOK ANAK BINI PUN AKU TAK TAU, GAMAK2NYA GOSOK GIGI PUN HANG TAK DAN, KUT DAKPUN HANG GIGI PUN TAKDAK DAH LA NI TINGGAI GUSI JA..

TAK BAIK TAU DOK KEREJA KUTUK ORANG, BERDOSA..TUHAN MARAH..NANTI KAT SANA NANTI MACAM MANA HANG NAK MINTAK MAAF KAT PAKLAH??

MACAM AKU TAKPA LA, KADANG2 BILA DAPAT PROJEK AKU BODEK2 LA, BILA TAK DAPAT AKU PI KUIT2...LAMA2 DEPA BORING DEPA BAGI GAK SEKUPANG DUA. YANG HANG NI ASYIK KUTUK MEMANJANG JA, MEMANG PATUT LA CEK DET KATA HANG NI HAPRAK.

TU JA LA AKU NAK BAGI TAU KAT HANG WALAUPUN AKU PUN BUKAN LA SUKA SANGAT KAT ORG TUA LAH TU.

Gelombang Rakyat said...

Apa yang hang tulis sebagai komen di sini betoi belaka.

Terima kasih...