Gelombang Rakyat

Lawak UMNO - Pemimpin Yang Boroi Gemok Gedeber Perot Boncit..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Satu notis dikeluarkan kepada sekumpulan pemimpin Parti. Mesyuarat tergempar!!! Mereka dikehendakki berada dan berkumpul dilobi Ibu Pejabat. Ya, pada tarikh dan waktu yang ditentukan. Jika tidak, mereka tidak dibenarkan lagi menjadi pemimpin Parti.

Panik!

Terpacak semua hadhir, hadhari Lah katakan, 50 orang semuanya. Hairannya, bila masuk lif, yang mampu muat 8 orang Lah kan, namun cuma 4 sahaja dari para pemimpin yang muat masuk lif. Itu pun lif mengambil masa 10 saat baru boleh berde-eh ke tingkat seterusnya.

Tetapi kali ini semua lif rosak, atau ada notis diletakkan, "lif rosak".

Tiba-tiba, kedengaran di corong suara, "Mesyuarat tergempar berlangsung di tingkat 2, semua pemimpin yang hadhir sila naik ke atas sekarang!"

Maka berdedailah mereka naik ikut tangga.

Sebaik sahaja mereka sampai, pengumuman lagi, "Pertukaran tempat mesyuarat tergempar, sila naik ke tingkat 8...sekarang!"

Apabila mereka semua sampai ke tingkat 8, pengumuman lagi, "Mesyuarat tergempar bertukar di tingkat 4, sila ke sana sekarang..!"

Begitu Lah seterusnya, entah di mana Mesyuarat tergempar itu diadakan, siapa pun tidak tahu. Mereka naik, sekejap atas dan turun, sekejap bawah.

Kemudian seorang dari mereka menjerit memanggil para pemimpin Parti itu berkumpul. Lalu katanya, "Kamu semua ada bawak notis yang kita terima dak? Jika ada lihat sebelah belakang notis itu..."

Masing-masing mengeluarkan notis dan membaca di sebelah belakang yang bertulis:

Bila puasa...tahan lapar, bila raya...bedal balik empat kali ganda.
Begini Lah jadinya. Terima kasih kerana sudi ambil bahagian
dalam Acara Amalan Sihat Turun Naik Tangga, anjuran Biro
Tatatetangga Wellness. Sila abaikan notis ini jika tidak sudi
mengambil bahagian. Terima kasih. Jangan amarah aargh...
Jeng! Kuang!! Kuang!!!

Adeh!

Namun, ada satu pendapatan, err pandange, di ruang komen sini...

Anonymous said...

ni ambo nak ghoyak kat demo, kut demo dok gheti politik ni, nak jadi oghe besa keno lo ado tubuh besa, puak2 nu baghu buleh pecayo kat demo sbb bilo tengok tubuh pun dah tahu oghe besa

jadi dale bahaso mudoh, kito lo ni keno tunjok kepimpine melalui taulade. kut demo kecek semace ghaso mace tokleh nak gi, buat pulok keno kucar dek gedebe hooo sapo susoh..demo lok jugok

demo tokleh le kato oghe besa, tubuh besa tu tok sesuai jadi oghe besa, sbb oghe besa pun tentu make besa jugok, dok tohok sie male mestila tubuh makin besa

itulo pandange ambo ni


3 comments:

Anonymous said...

ni ambo nak ghoyak kat demo, kut demo dok gheti politik ni, nak jadi oghe besa keno lo ado tubuh besa, puak2 nu baghu buleh pecayo kat demo sbb bilo tengok tubuh pun dah tahu oghe besa

jadi dale bahaso mudoh, kito lo ni keno tunjok kepimpine melalui taulade. kut demo kecek semace ghaso mace tokleh nak gi, buat pulok keno kucar dek gedebe hooo sapo susoh..demo lok jugok

demo tokleh le kato oghe besa, tubuh besa tu tok sesuai jadi oghe besa, sbb oghe besa pun tentu make besa jugok, dok tohok sie male mestila tubuh makin besa

itulo pandange ambo ni

Gelombang Rakyat said...

Iyo tok yo jugok. Baghu ambo pehe...

Anonymous said...

betu jugok cakap demo tu, di kelate nak jadi oghe besa mesti gedebe, syarat nak jadi gedebe mesti tubuh besa, demo hok lain raso gerun sikit.

lagipun, hok tubuh besa ni dok takuk bini sokmo, sebab pemimpin dan oghe besa kito banyok hok takuk ke bini, bini pulok benkeng2 belako weeh

ambo meme cayo bena, bilo dah tuboh besa hok tu dan otak demo pun kebanyakke nyo kecik..sebab tu demo tokleh nok mikir lamo2 dan panje2

Bilo Poklah nak buat lewat skit pemilihe ni demo geger habih sebab dah tokleh nok gi doh ni masing2 lelah belako...