Gelombang Rakyat

Tak Kan Kot - EuroCopter Sama, Brazil Beli RM 83 Juta, Malaysia Beli RM 193 Juta

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



Impossible!

Mungkin telah berlaku bahawa Brazil nego untuk dapat harga diskaun. Kita, banyak duit tidak perlu diskaun sedemikian.

Barangkali, Brazil membelinya sebelum dicat. Kita beli dengan spec yang lengkap.

Tak kan lah ada sesiapa ambil komisyen sampai RM 110.28 Juta.

Possible?

Sila baca pendedahan terkini di TranungKite OnLine:

iBNuZaCK2
Sarjan
Sarjan


Joined: Jul 22, 2007
Posts: 339
Location: Nama wa dulu eN...

PostPosted: Sat Oct 18, 2008 12:27 pm Post subject: EuRoCoPTeR: BRaZiL BeLi RM83j, MaLaYSia BeLi RM193j Reply with quote

Assalamu'alaykum..

Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.
Sama laporan oleh blogger yang sama IbnuZack

Oct
18

EuRoCoPTeR: BRaZiL BeLi RM83j, MaLaYSia BeLi RM193j

A
Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times

Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Laporan lanjut di sini:

http://ibnuzack.blogspot.com/


Aduhai!

Kenapa lah Rakyat Malaysia tidak dapat maklumat penuh, sehingga ada sahaja pendedahan saban hari perihal ini, dan menimbulkan syak dan keraguan.

Diharapkan Menteri Pertahanan Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia dapat jelaskan sejelas-jelasnya perihal ini.

4 comments:

Anonymous said...

takkanlah si najib sebodoh itu nak buat skandal.langsung tak masuk akai la..

Gelombang Rakyat said...

Terima kasih di atas komen.
Ya saya setuju. Cuma bila membabitkan wang rakyat, kita perlukan penjelasan. Maka jelaskanlah. Itu saja.

Anonymous said...

Tuan Zubli,

Cakap jangan sebarang cakap, tuduh jangan sebarang tuduh. Kerajaan Malaysia ada PAC lepas tu ada jawatankuasa tender lagi, lepas tu ada Kementerian Pertahanan lagi, lepas tu ada Menteri Pertahanan lagi, lepas tu ada Menteri kewangan lagi, lepas tu ada Menteri Perdana lagi. Habih semua menteri2 tu apa gunanya? Jawatankuasa2 dan ahli2nya tu apa pekdahnya?

Oleh itu, cuba berfikir secara waras, jangan main hentam keromo ja. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Takkan la diorang tu tak sekolah dan tak faham prosedur kan?

Selain dari itu, agaknya pakej kita tu tak dibayar tunai tapi dibayar dengan minyak kelapa sawit. takpun tentu dibayar guna minyak gamat atau tongkat ali tak?

Jadi tentunya harga yang ditawarkan mestilah berbeza. Dalam pada itu, kita pun agaknya dapat spesial pakej, dg latihan, dg peralatan ganti, dg tong duit dan sebagainya.

Oleh itu tak baik dan tak saksama membuat perbandingan dg harga belian Brazil tu. Sebab Brazil mana ada ahli politik dan birokrat hebat2 macam Malaysia. Sbb tu harga diorang tu low class.

Kita patut merasa bangga sebab negara berjaya membeli helikopter berkenaan dg harga TERTINGGI didunia.

Tentu kita amat yakin dg slogan MALAYSIA BOLEH @ THE CAN DO LAND

Anonymous said...

KAMI TAK PANDAI POLITIK, KAMI PUN TAK PANDAI KIRA ITU DUIT, TAPI KAMI TAHU UTAN SEMUA SUDAH KENA TEBANG, ITU BALAK SUDAH DIURANG CURIK, ANAK KAMI PUN DIURANG PAKAI, KAMI DAPAT CUCU MACAM2 WARNA, ADA PUTIH ADA HITAM ADA KELABU PUN JUGAK.

KAMI TINGOK ITU HARI BURUNG BESI ADA JATUH BANYAK KALI. DIURANG KATA ITU BURUNG BESI JENIS LAMA PUNYAK. DIURANG CAKAP ITU KERANDA TERBANG. BANYAK MELAYOK PUNYA URANG SUDAH MATI BAWAK TERBANG ITU BURUNG BESI. ITU PASAL BARANGKALI ITU MENTERI MALAYOK KASIHAN SAMA DIA PUNYA URANG.

JADI DIA ADA BELANJA BANYAK SIKIT SEBAB MAU KASIK ITU DIA PUNYAK BANGSA ADA SELAMAT. TENTU DIURANG PUNYA BANGSA ADA SUKAK JUGAK.

TAPI BILA TUK BATHIN ADA CERITA CAKAP ITU BURUNG PAKAI CAWAT BESI BARU DIURANG BELI SEBAB DAPAT DUIT JUAL BALAK ITU HARI, KAMI PUN ADA SUKAK JUGAK. NANTI TENTU DIURANG DATANG LAGIK TINGUK KAMI PUNYA ANAK PUNYA ANAK.

KAMI DAPAT JUGAK TINGUK ASTRO, MACAM2 ADA JUGAK.

KAMI TAK FAHAM SEBAB ASTRO CAKAP ITU BAHASA OMPUTIH. DIA KETAWA KAMI PUN KETAWA.

KINI BURUNG BESI JENIS BARU DIURANG SUDAH BELI LAGI. ADA URANG CAKAP ITU NAGA BESI PUN DIURANG ADA BELI, PUN MAHAL JUGAK. TENTU DIURANG SEMUA URANG KAYA. KAMI MAKAN UBI KAYU MASIH MACAM ITU JUGAK. SUDAH 50 TAHUN LEBIH MARDEKA DIURANG KATA.

DULU DIURANG CAKAP MAU KASI API DALAM KACA, MAU KASI AIR DALAM BESI. KAMI MASIH TUNGGU, JALAN PUN PAKAI LORI SUNTAI WONG PUNYAK LAGI. ANAK DARA KAMI KAKI PUN MASIH BANYAK PANAU SAMA KURAP LAGI. TAPI DALAM HUTAN GELAP, DIURANG PUN MASIH SUKA JUGAK.