Gelombang Rakyat

Mula Pak Lah Main Teka Teki Kemudian Dia Umum Tak Jadi Bersara Awal

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 81

Di TranungKite OnLine:

Pak Lah Teka Teki Kemudian Bersara Awal Pun Tak Jadi...
Dilulus terbit pada Monday, October 06 @ 00:13:07 MYT oleh greenboc
Pendapat Oleh zublizainordin

"a
Abdullah Ahmad Badawi sah bersara awal?

Teka Atau Teki? Jika Abdullah Ahmad Badawi, ialah pemimpin yang dimaksudkan itu, dijangkakan bahawa bersara awal itu tidak terjadi.

Kenapa?



01. Abdullah Ahmad Badawi tahu, di kalangan Rakyat Malaysia, sebahagiannya tidak kisah pun sesiapa menjadi Perdana Menteri Malaysia, dia atau sesiapa sahaja. Mereka tidak ambil pusing, dan mereka tidak peduli pun.

02. Abdullah Ahmad Badawi pun tahu, di kalangan Rakyat Malaysia, masih ada sebahagian yang masih mahukannya kekal memimpin negara sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pada mereka, Abdullah Ahmad Badawi ada kebaikannya. Lantaran itu mereka akan memberikan paling tidak sokongan moral. Paling banyak kesetiaan yang tidak berbelah bahagi hanya kepadanya.

03. Abdullah Ahmad Badawi juga tahu, di kalangan Rakyat Malaysia, masih ada sebahagian yang tidak berapa suka Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin berjawatan Perdana Menteri Malaysia. Namun mereka ini cukup takut dengan bakal pengganti Abdullah Ahmad Badawi. Khususnya bila nama yang disebutkan ialah Mohd Najib Abdul Razak, ataupun Anwar Ibrahim. Dengan yang demikian, Abdullah Ahmad Badawi lah, walaupun seteruk mana, dan seburuk mana pun, tetap menjadi pilihan mereka berbanding satu daripada dua pengganti tersebut.

04. Abdullah Ahmad Badawi tidak tahu berapa ramai di kalangan Rakyat Malaysia yang benar-benar mahukan dia berhenti, berundur, turun, letak jawatan, bersara, ataupun dalam bahasa sopannya, ialah melakukan pelan peralihan kuasa lebih cepat. Pada Abdullah Ahmad Badawi, dirasakannya bahawa jika dicampur dari kalangan pemimpin lama, pemimpin dalam UMNO dan Barisan Nasional sekarang, bloggers, forumers, serta kalangan Rakyat Malaysia yang mahukan demikian itu, kurang lebih pun di antara 200 hingga 2,000 sahaja dari 27 juta jumlah keseluruhannya.

Justru, adakah Abdullah Ahmad Badawi akan bersara?

Tidak.

Adakah Abdullah Ahmad Badawi akan bersara awal?

Pun Tidak.

Imbas kembali dari tarikh 9 Mac 2008 sehingga 9 Oktober 2008. Perhatikan bagaimana Abdullah Ahmad Badawi melakukan permainannya sehingga pada saat ini pun, dia masih lagi Perdana Menteri Malaysia.

Jika ada yang merasakan kini Abdullah Ahmad Badawi sedang menyiapkan draf untuk mengumumkan bahawa dia akan bersara awal, maka mereka boleh merasakan demikian.

Namun dijangkakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi sedang bertempoh sama ada menunggu sesuatu terjadi yang memungkinkan dia terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, atau dia yang orang dalam bulatan elitnya masih mencari jalan supaya Abdullah Ahmad Badawi tidak akan bersara dan tidak akan bersara awal. Malah, terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, untuk tempoh yang lebih lama lagi.

Maklumat di arena politik baru-baru ini sebenarnya ialah bermaksud untuk menguji keseronokan. Ada yang mahu saksikan siapakah yang ghairah merebut kuasa, dan bagaimana rupanya perebutan kuasa itu jika benar Abdullah Ahmad Badawi membuat pengumuman kelak perihal tarikh dia tidak lagi berjawatan Perdana Menteri Malaysia.

Bila perebutan menjadi ganas, sedangkan Abdullah Ahmad Badawi pun belum membuat pengumuman rasmi, maka dari jumlah keseluruhan 191 Bahagian UMNO, majoriti tentunya tidak mahu melihat UMNO berpecah, lalu kemungkinan membuat keputusan supaya mengekalkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Mohd Najib Abdul Razak sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Sekiranya itu yang dilakukan dan menjadi pula sebagaimana yang dihajatkan, maka kekallah Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jika tidak, Abdullah Ahmad Badawi masih ada lagi opsyen. Walaupun telah jelas apa yang disuarakan oleh beberapa pemimpin Majlis Tertinggi UMNO yang dikatakan mewakili suara akar umbi, namun opsyen berikut bakal digunakan. Bahawa para pemimpin Barisan Nasional yang bakal ditemui dan berbincang dengan Abdullah Ahmad Badawi tidak berapa lama lagi, dikatakan telah mendesak, mengasak, lalu memujuk supaya Abdullah Ahmad Badawi tidak bersara awal, dan terus menerajui negara selama yang dia suka.

Ketika itu, jika ianya menjadi, maka nampak sangatlah bahawa beberapa pemimpin UMNO telah begitu tamak akan kuasa, sedangkan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional tidak sekejam mereka, lantaran tidak mahukan Abdullah Ahmad Badawi bersara awal.

Jika dalam sessi perbincangan Abdullah Ahmad Badawi dengan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional tidak menjadi begitu, dan sekiranya mereka pun sama pendirian dengan beberapa pemimpin UMNO di kalangan Majlis Tertinggi UMNO, maka Abdullah Ahmad Badawi masih ada opsyen lagi.

Perhatikan bahawa, di kalangan pemimpin pembangkang, timing cukup penting. Disaksikan bahawa jika ada akan berlakunya pembentukan kerajaan dan peralihan kepemimpin di peringkat Perdana Menteri Malaysia, maka ianya molek sekali berlaku ketika Abdullah Ahmad Badawi masih lagi memegang jawatan ini, dan dia masih lagi menerajui Barisan Nasional.

Para pemimpin pembangkang faham bahawa pemimpin yang paling lemah, paling buruk, dan paling teruk, masih duduk di kerusi utama kini. Jika ada satu lagi peluang terbuka, maka timing yang molek ialah menumbangkan Abdullah Ahmad Badawi dan sepakej Barisan Nasional yang sudah tidak relevan lagi.

Susahnya untuk mendapat timing ini jika apabila harapan Rakyat Malaysia ialah kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, dan Abdullah Ahmad Badawi bersara awal dan berganti pula, maka susut sedikit sokongan yang mereka perolehi. Termasuk dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Jadi, ketikamana Abdullah Ahmad Badawi mendapatkan tempoh masa yang lebih, dan tiupan sengaja dilakukan, seolah-olah Abdullah Ahmad Badawi sedang mahu berundur secara terhormat dalam tempoh terdekat. Sedangkan, bersara awal ini tidak ada pun dalam keutamaan Abdullah Ahmad Badawi, terkini. Keutamaan yang ada pada Abdullah Ahmad Badawi kini ialah macam mana nak terus kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perhatikan rentetan peristiwanya, bahawa:

01. Kuda Gelap atau Kuda Hitam, telah disebut dan mula mendapat perhatian ramai.

02. Berapa ramai pula para pemimpin vateran saing era 1946, baru-baru ini ternganga mulut, melopong lama begitu, bila mendengar Musa Hitam bersuara dan membuat ramalan yang kini telah diketahui umum.

03. Bagaimana dengan pengumuman Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini? Sebenarnya pengumuman itu tidak rasmi lagi. Pengumuman dibuat bersyarat pula, yakni jika sekiranya Mohd Najib Abdul Razak mengosongkan kerusi Timbalan Presiden UMNO. Jika tidak, maka tidaklah terjadi apa yang diumumkan itu.

04. Apa yang menarik beberapa pemimpin lain dari kalangan UMNO, turut sama dalam menghangatkan suasana, dengan berpusu-pusu mahu bertanding jawatan 2 tertinggi dalam UMNO.

Hakikatnya ialah, selain daripada Abdullah Ahmad Badawi sendiri, tiada siapapun yang tahu sama ada Abdullah Ahmad Badawi bertekad muktamad mahu kekal, atau bersara awal, jawatan Presiden UMNO, dan juga Perdana Menteri Malaysia.

Apa yang telah diumumkan dalam Mesyuarat Istimewa Majlis Tertinggi UMNO, jumaat terdahulu, 26 September 2008, bukanlah pengumuman yang jelas perihal Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju untuk bersara awal, jawatan Presiden UMNO.

Setiap Ahli Majlis Tertinggi UMNO sendiri pun kabur. Baca betul-betul Muhyiddin Yassin. Kenapa dia tidak seperti Ahmad Zahid Hamidi, atau Mohd Ali Rustam, dalam menyuarakan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden ataupun Timbalan Presiden UMNO. Perhatikan, walau didesak beberapa kali, Muhyiddin Yassin tetap mahu menunggu pengesahan Abdullah Ahmad Badawi kelak. Yakni pada atau sebelum 9 Oktober 2008.

Belum sah rupanya...


Dengan semua senario ini, maka Mahathir Mohamad berpandangan begini:

Mutakhir »
Tun Mahathir tidak yakin Pak Lah lepas jawatan presiden Umno

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

Ditanya andaiannya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan bertanding atau tidak jawatan Presiden sebelum 9 Oktober ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya selagi Abdullah belum membuat sebarang pengumuman.

"Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.

"Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji," katanya.


Saya pun berpandangan begitu terhadap kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Sama ada 8 Oktober 2008 atau 9 Oktober 2008, barangkali inilah jangkaan pengumuman penting Abdullah Ahmad Badawi:

"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pemimpin dan ahli UMNO, dan kepada semua 191 UMNO Bahagian saya ucapkan Selamat Bermesyuarat. Sekian terima kasih."


Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/05/pak-lah-resigning-early-dr-m-does-not-believe-it-so-do-i/

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/lawak-pm-lama-sah-pak-lah-berundur-dan.html
"

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:

  • Pak Lah Teka Teki Kemudian Bersara Awal Pun Tak Jadi...
  • Pak Lah Belumpun Umum Secara Rasmi Para Pemimpin UMNO Sudah Mula Tawar Diri
  • Apa Cerita Zahid Hamidi Tanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Apa Mesej Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terungkai?
  • Masih Berhelah Maka Sukar Untuk Dipercayai Pak Lah Bersara Awal...
  • 1 Syawal 1429 Pak Lah Minta Maaf Saya Maafkan Tapi Tetap Lah Letak Semua Jawatan
  • Pak Lah Sudah Jumpa satu Rentak Baik Punya Justru Sistem Tundaan Automatik
  • Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?
  • Majlis Tertinggi UMNO Palu Muzik A-Go-Go Tapi Pak Lah Buat Tari Inang

  • InsyaAllah, ada lagi pos diterbitkan di sini kelak...

    0 comments: