Gelombang Rakyat

Pak Lah Berat Keberatan Lalu Memberatkan

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Oleh kerana tiada yang dapat wartawan cungkil dari Abdullah Ahmad Badawi secara terus, lalu adalah maklumat yang wartawan kongsikan hasil daripada beberapa orang yang bertemu dengan Abdullah Ahmad Badawi.

Apa yang mereka kata?

Pada saya lebih baik dengar apa yang dikatakannya, daripada mendengar apa yang diberitahu orang yang yang dikatakannya.

Memang Lah, Abdullah Ahmad Badawi merungut dan bersungut mengenai cara bagaimana orang yang mendesak dan mengasak supaya segera atau lebih awal mengosongkan kerusinya.

Abdullah Ahmad Badawi
kibardd.wordpress.com

Berat

Bagi Abdullah Ahmad Badawi, berat bila ada suara yang menggesa jika dia tidak percepatkan proses peralihan kuasa, maka usaha akan dilakukan supaya jawatan Presiden UMNO ialah di antara Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak.

Keberatan

Jelas bahawa Abdullah Ahmad Badawi keberatan untuk melepaskan semua kerusi yang didudukinya.

Barangkali ada satu kerusi yang bakal dilepaskannya. Bising sangat, nah ambil Lah.

Memberatkan

Jika Abdullah Ahmad Badawi melepaskan kerusi yang sedemikian itu, dan masih duduk di kerusi rasmi, maka dijangkakan Abdull Ahmad Badawi akan masih terus memberatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

Ibarat memberi kereta dan steering kepada seseorang, namun kunci masih belum diserahkannya.

Jadi, dari baki 2008 hingga Lah 2009, kita masih akan lihat Abdullah Ahmad Badawi berjawatan Perdana Menteri Malaysia.

Apatah lagi yang mahu dilakukannya, sementara itu jangkakan Lah, kita masih berada dalam keadaan malang, kecundang dan lintang pukang.

0 comments: