Hal Wanita UMNO Mereka Selesaikan Tak Payah Lah Pak Lah...!
Para Pemimpin Wanita UMNO Bakal Berentapan Rebut Kerusi
Para Pemimpin Wanita Pakatan Rakyat Siap Sedia Buka Pintu Masuk Keahlian Tambahan
Rafidah Aziz yang tahu kenapa dia bertegas mahu peralihan kuasa kepada Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009.
Shahrizat Abdul Jalil sorightz.blogspot.com |
Tentulah akan ada forsa ketiga. Betulpun, dan muncullah Kamalia Ibrahim.
Barangkali masih ada lagi yang bakal memasuki gelanggang, namun tiada kelihatan sejak pencalonan.
Jadi, di 3 penjuru, para pemimpin semuanya bertegas pendirian.
Kerusi Wanita UMNO semakin panas. Siapa yang layak mendudukinya. Kenapa?
Mungkin ada pihak yang menunggu pengumuman rasmi Shahrizat Abdul Jalil. Kemudian reaksi dan respons individu dan pihak lain.
Pun begitu, perpecahan hasil dari rasa tidak puas hati puak ketiga pemimpin itu bakal menyebabkan akibat yang di luar jangkaan.
Puak Rafidah
Puak Shahrizat
Puak Kamalia
Mana Puak Wanita Puak UMNO?
Wan Azizah Wan Ismail www.flickr.com |
Nurul Izzah flickr.com | Nurul Izzah flickr.com | Nurul Izzah flickr.com |
Parti dalam gabungan Pakatan Rakyat, ini lah masanya untuk membuka pintu seluas-luasnya, di kalangan pemimpin dan ahli bakal keluar parti lapok sertai parti yang adil, dan lebih dari itu.
Kemudian didik mereka erti kepemimpinan wanita. Dalam UMNO itu sudah semakin tidak jelas ada atau tidak ada didikan seumpama.
Pengumuman Shahrizat Abdul Jalil tidak penting dan memungkinkan kerugian kepemimpinannya. Apa yang penting ialah duduk bertiga bersemuka menyelesaikan ini secara wanita, tanpa Abdullah Ahmad Badawi menyenyeh hadir serta di situ.
Shahrizat Abdul Jalil ... www.topix.com |
Dari tempoh pengumuman itu sehingga Mac 2009, adakah pihak yang akan menghentamnya menggunakan pelbagai media, khususnya dari kalangan rakan sepertandingan.
Bagaimana jika Shahrizat Abdul Jalil kalah?
Jika pun kemudiannya Shahrizat Abdul Jalil menang. Kepemimpinannya tidak mendapat sepenuh sokongan dari para pemimpin atasan dan bawahan.
Adakah Shahrizat Abdul Jalil mempunyai kemampuan untuk penyatuan?
... Shahrizat dan Nurul Izzah. no2umno.wordpress.com |
Satu perkara pokok ialah usaha memenangi PRU 13. Di sini kredibilitinya bakal dicabar. Sedangkan wanita dalam UMNO tidak lagi seperti dahulu.
Tidak banyak diketahui perihal Kamalia Ibrahim. Susah betul nak dapat gambarnya dari simpanan enjin carian.
Namun, kemunculannya kini, ada class gitu...
Sudah pun kedengaran, "ini macam lah pemimpin yang kita mahu".
Kepada Shahrizat Abdul Jalil, pengumuman yang bakal dibuat adalah lebih buruk daripada bersemuka secara bertiga, dalam sifat sebagai wanita.
Ketahui apa sebenarnya kehendak akar umbi. Ingat kambli, bilakah kali terakhir mereka dihargai dan diutamakan oleh para pemimpin Wanita UMNO?
Usahlah sampai orang lain perlu beritahu:
Sila baca posting di Blog Muhammad Hanif
Cari penyelesaian terbaik. Itu berkemungkinan yang baik untuk semua. Terutama mereka bertiga.Maznah : Shahrizat Mampu Tumpaskan Rafidah….
Dikirim pada 18 November 2008 oleh muhammadhanifSalam Perjuangan…
“Kalau nak bertanding, kami dapat maklum balas dan kajian, kami pasti kemenangan berpihak kepada gandingan Shahrizat dan Datuk Kamilia Ibrahim.
Komen:
-
apa yang you cakap tu memang betoi,rafidah dia boleh diklasifikasikan sebagai guru dalam politik terutama wanita umno(tambah-tambah kalau nak main kotor),yang paling baik bagi sharizat ialah,dia mesti pandang depan dimana sedikit hari lagi PR akan ambil alih kerajaan,jadi sebagai orang politik ini masa yang baik untuk dia kata"..to hell with wanita umno..i am joining PR.."
BERNAMA melaporkan:
Barangkali Shahrizat Abdul Jalil lebih tenang bertemu dengan Wanita dari Dewan Muslimat PAS, daripada bersemuka dengan Rafidah Aziz dan Kamalia Ibrahim.14 November, 2008 19:12 PM
Kerjasama Senada Muslimat PAS Tidak Bermotif Politik - Shahrizat
PUTRAJAYA, 14 Nov (Bernama) -- Kerjasama antara Sekretariat Pembelaan dan Perkasaan Wanita Islam (Senada) dengan Dewan Muslimat PAS yang dimeterai hari ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha untuk memperkasa golongan wanita Islam negara ini.
Dari Blog Muslimeen United:
Mungkin kachang fikir kulit dah kerepot, masih tak mau bukak, kachang nak keluar jadi benih yang memunculkan pokok...dan seterusnya...18.11.08SHARIZAT SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT?
Khamis ini Sharizat dijangka akan mengumumkan keputusannya sama ada bertanding atau tidak. Walau bagaimanapun ramai meramalkan Shahrizat akan menurut desakan akar umbi(ubi kayu?) untuk bertanding jawatan Ketua wanita mencabar Rafidah.
Sambungan di sini:
http://muslimeen-united.blogspot.com/