Gelombang Rakyat

Bila Opah Dan Nenek Bertanding Kerusi Wanita UMNO

Berhibur sambil membaca



Selepas PRU 12, sudah ada desas-desus bahawa patut ada pemimpin Wanita UMNO yang meletak jawatan, bersama letaknya jawatan Abdullah Ahmad Badawi yang sepatutnya bertanggungjawab, beserta semua pemimpin yang tidak berguna lagi dalam Barisan Nasional, pada 9 Mac 2008.

Walau macam mana bagus atau tidak bagusnya Rafidah Aziz, wanita dalam UMNO ada yang tidak memangkah Barisan Nasional. Terutama mereka yang kecewa dengan pemimpin dan sayap Wanita UMNO. Pemimpin Barisan Nasional dan UMNO perlu tahu jumlah mereka ini.

Jadi sudah bermula suara dari bawah bahawa Rafidah Aziz mestilah meletak jawatan. Pemimpin baru dipilih menerajui Wanita UMNO.

Rafidah Aziz
www.zainalhalim.com

... Shahrizat Abdul Jalil
www.wunrn.com

Nama Shahrizat Abdul Jalil mula disebut.

Entah apa sebabnya Rafidah Aziz terus mahu kekal di kerusi Ketua Wanita UMNO. Ertinya tiada kekosongan jawatan, maka dari Sharizat Abdul Jalil sampai ke pemimpin bawahan tidak dapat naik ke atas.

Mereka yang seronok ialah pemimpin yang menyokong Rafidah Aziz dan Rafidah Aziz menyokong mereka.

Shahrizat Abdul Jalil tidak dapat menyerlah. Kekalahannya dalam PRU 12, satu dentuman yang bunyinya masih belum reda. Maklumlah lawannya ialah Nurul Izzah Anwar. Satu-satunya pemimpin berjiwa Rakyat.

Bila suara semakin lantang mahukan Rafidah Aziz meletak jawatan. Maka timbullah apa yang disebut sebagai peralihan kuasa. Peralihan kepemimpinan dan perpindahan kuasa dari Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil.

Suara dan pendapat dikemukakan. Ramai yang kecewa dengan keputusan Rafidah Aziz dan kecewa dengan kesambungan Sharizat Abdul Jalil.

Kemudian sewaktu pencalonan, timbul pulak seruan supaya jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita tidak dipertandingkan.

Akibat dari dua aksi terlampau ini, maka wanita di peringkat akar umbi mula bersuara lebih lantang. Ada yang menunjukkan protes, dengan mencalonkan selain daripada apa yang diseru dua pemimpin utama Wanita UMNO.

Apa pun suara wanita di peringkat akar umbi, Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil merasa cukup selesa.

Dijangkakan akan muncul forsa ketiga. Betul pun. Kamalia Ibrahim muncul dengan suara sejati wanita di peringkat akar umbi.

Ini membuat Shahrizat Abdul Jalil tertekan, sama ada akan ditekan Kamalia Ibrahim di jawatan Naib Ketua Wanita UMNO, atau menekan Rafidah Aziz di jawatan Ketua Wanita UMNO.

Pengumuman Shahrizat Abdul Jalil, petang tadi, adalah permulaan kepanasan dan bahang cetusan dalam pemilihan kepemimpinan Wanita UMNO.

Sama-sama kita saksikan apa yang berlaku kelak setelah pemulaan yang telah dicetuskan oleh Shahrizat Abdul Jalil ini...



Berkaitan:

Wanita UMNO - Apa Yang Dapat Dikata..?

2 - 0.

1 Untuk Rafidah Aziz

1 Lagi untuk Shahrizat Abdul Jalil

0 kepada yang mahu Rafidah Aziz bersara awal, dan Shahrizat Abdul Jalil segera kini menjadi Ketua Wanita UMNO, serta jika ada seorang lagi pemimpin yang boleh naik menduduki kerusi yang dikosongkan, dan serta lagi kenaikan para pemimpin pelapis yang naik ke atas, di kalangan yang tahu masak atau makan kueh lapis.



Utusan Malaysia OnLine melaporkan:

Pelan peralihan kuasa Wanita UMNO kekal Jun

10/11/2008 3:50pm

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Pelan peralihan kuasa antara Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz kepada Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal pada Jun tahun depan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Exco pergerakan itu yang dipengerusikan oleh Rafidah di sini hari ini.

Mesyuarat itu juga memutuskan jawatan Ketua dan Naib Ketua tidak akan dipertandingkan demi menjaga perpaduan pergerakan Wanita dan UMNO keseluruhannya.

- Utusan


Aduhai..!

5 comments:

tepet said...

aik.....biar betoll....

Anonymous said...

firasat,instinct,gerak hati aku mengatakan ini adalah game plan yang sememangnya dirancang oleh kak fidah dan kamilia untuk melenyapkan sharizat(kalau tengok kepada gaya gambar diatas)tak peduli lah aku and to hell with umno... sebab aku,adik beradik aku,kawan-kawan aku,jiran-jiran aku, tetap dengan anwar dan PR,dan for infor, betting di port politik ada lah 7-3 untuk rafidah.

Gelombang Rakyat said...

Kita tunggu respons Kamalia Ibrahim

Gelombang Rakyat said...

Cucupakkasim

ingin dilihat perkaitan kekualakangsaran itu...

Gelombang Rakyat said...

Tepet,

Ini betol-betol. Ini bukan cobaan, ini betol-betol cobaan.