Gelombang Rakyat

Wanita UMNO - Tiada lagi Pelan Peralihan Mungkin Rafidah Kekal Ketua & Kamalia Naib

Rafidah Aziz
www.bernama.com.my

Satu kenyataan rasmi tulisan tangannya setebal 10 mukasurat!
Renungkanlah...

Setakat 2 perenggan itu
Apa namanya?

Rafidah Aziz mahu kekal di kerusinya. Bukan senang untuk melepaskan kerusi ini. dirancangnya pelan peralihan yang dia tahu sebabnya.

Namun semua itu berubah selepas pengumuman Shahrizat Abdul Jalil.

Sebentar tadi Rafidah Aziz pula membuat pengumuman:

mSTAR melaporkan:
Mutakhir »
Rafidah pertahan jawatan sahut cabaran Shahrizat

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Mac depan.

Kenyataan tersebut di buat selepas 24 jam , Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding mencabar ketuanya itu.

Dengan ini, Kamalia Ibrahim sudahpun hampir rasmi diumumkan sebagai pemenang untuk menjawat jawatan Naib Ketua Wanita UMNO.

Tahniah!

Seterusnya Shahrizat Abdul Jalil telah membuat ketetapan untuk berentap melawan Rafidah Aziz yang telah juga membuat ketetapan, masing-masing merebut jawatan Ketua Wanita UMNO.

http://www1.mstar.com.my/
Semasa manis dikecap bersama.

Kemudian, arah pandang sudah tidak sama.

http://www1.mstar.com.my/

Jika Shahrizat Abdul Jalil menang dan Rafidah Aziz kalah, tidaklah mengapa dia pun sememangnya akan bersara juga.

Tetapi jika Rafidah Aziz menang dan Shahrizat Abdul Jalil kalah, akankah terjadi seperti lawan terdahulu Siti Zaharah Sulaiman yang tidak muncul lagi di arena politik ataupun dalam Wanita UMNO.

Kemenangan Rafidah Aziz mampu mengekalkannya di kerusi Ketua Wanita UMNO bergandingan dengan Kamalia Ibrahim, untuk tempoh penuh 2009 - 2010. Tiada peralihan kuasa dijangkakan. Kamalia Ibrahim masih baru untuk memikul jawatan tertinggi.

Mohd Najib Abdul Razak naik ke kerusi Presiden UMNO dan berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Rafidah Aziz bakal kembali ke dalam kabinet jemaah menteri. Begitu juga barangkali Kamalia Ibrahim.

Mampukah Shahrizat Abdul Jalil naik ke puncak? Amat sukar untuk dia menang kali ini. Dia tidak punyai penyokong dalam Jawatankuasa Tertinggi Wanita UMNO, yang lebih seronok jika Rafidah Aziz terus berkuasa.

Setiap mereka ini mempunyai pengaruh yang cukup kuat ke atas akar umbi UMNO. Pengalaman mereka dalam menggerakkan jentera sampai ke bawah amat meyakinkan Rafidah Aziz.

Siapakah pemimpin yang akan bersama Shahrizat Abdul Jalil berkempen? Entah lah.

"Perang Besar Kah Ini?"

Mungkin!

Mungkin tidak...

Namun sudah ada sindiran: "Did you honor thy word Shahrizat?"

http://www1.mstar.com.my/

Di antara bahan berkempen kelak, bak kate orang Perak: "Mau ke kome akor umbi, seorang pemimpin yang die tidak kota ape yang die kate?"

Siap awak! Nak lawan sangat ya, jom kita lawan..!

Cyuop! Cyuop!!

Perlukah Abdullah Ahmad Badawi menjadi orang tengah dan masuk campur hal Wanita UMNO ini?

*Tak payah Lah Pak Lah!*

Banyak kerja lain yang belum selesai dan memerlukan penyelesaian lebih penting dari hal Wanita UMNO ini.

Program Basmi Kemiskinan Rakyat itu, pergi tumpu itu.


Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya.

2 comments:

Anonymous said...

Mula-mula manis muka, lepas tu salam-salam tapi muka satu pandang kanan, satu pandang kiri. Lepas tu? Tarik tarik rambutlah kotttt! Kah kah kah. Bodoh pompuan-pompuan UMNO ni.

Gelombang Rakyat said...

Jika ada adegan begitu, kita You Tube kan.

Hahahahaha...