Gelombang Rakyat

Harga Minyak Petrol & Diesel - Kenapa Pemimpin & Kerajaan BN Buat Keputusan Paling Tak Wajar?

Demi Idaman Para Pemimpin Ini Dipenuhi

Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa Keputusan Mereka




Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin
ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Selepas PRU 12, para pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional telah membuat keputusan tidak wajar langsung, paling teruk dalam sejarah kepemimpinan negara.

Setiap pengumuman diiringi teguran marah dan sinis.

Pabila harga petrol dan diesel dinaikkan mendadak dan serta-merta.

Pabila setiap kali harga petrol dan diesel diturunkan perlahan, lambat, dan berdikit-dikit.

Premis keputusan yang tidak tepat, memihak kepada tunduk kepada permainan Institusi Spekulator Antarabangsa.

Mensengsarakan Rakyat Malaysia dengan rentetan kenaikan harga lain-lain bahan, barang dan perkhidmatan, yang kini masih membebankan termasuklah penurunan 20 sen bagi harga beras.

Diharapkan kelak kita akan tahu kenapa semua ini dipamerkan seperti komedi seolah-olah menutup ketamakan yang menghisap jernihnya nurani Rakyat Malaysia yang tidak tahu hakikat sebenarnya.

Isu ini akan menjadi bahan untuk kekalahan Barisan Nasional di PRU 13.

Jika Melayu Mudah Lupa, isu harga minyak petrol dan diesel ini, ramai yang akan ingat, kerana ianya satu langkah gerak para pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional menganiaya Rakyat Malaysia sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

that's a really great photo. ;)
just improve public transport, esp inter-city travel. but Dr M approved then Pak Lah batalkan..

Gelombang Rakyat said...

Dear Jed Yoong,

Photo like this, a telling of so many words in a brief.

Apa pasal Pak Lah suka membatalkan..?