Gelombang Rakyat

Nasharuddin Patut Dengar Syarahan Ekonomi & Bahas Dalam Hati Saja Lah

Nasharudin Mat Isa
keadilanbahagiangombak.blogspot.com

Memang hot!

Siapa tak bengang?

Jika hadir Dewan nan mulia, macam hadir kuliah ekonomi sebuah universiti lagaknya. Lebih buruk lagi kalau macam jadi semula pelajar sekolah Tingkatan 6.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Najib Oh Najib, kenapa sampai jadi begitu sekali? Harap bukan kelak dua kali.

Patut Lah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (Pas-Bachok), dilaporkan di Blog Depa Kata, sebagai berkata, “Kami datang untuk berbahas, bukan untuk mendengar syarahan ekonomi oleh menteri kewangan."

Patut Lah, para pemimpin sehaluannya pakat ramai-ramai keluar dewan.

Semalam ada membaca pos oleh Lawyer Kampung, yang menyatakan pendapatnya mengenai hal tersebut...

Turut menyentuh perihal yang sama, dan bernas sungguh, seperti biasa, Nobisha.

Terdahulu saya baca perihal yang sama di Blog Anwar Ibrahim.

Saya keletihan sangat, tidur dulu. InsyaAllah, pagi ini baru lawat dan baca kali kedua.

Mungkin kita kena fikir semula, Mohd Najib Abdul Razak nii layak ke menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika kemampuannya menangani ekonomi negara, memperlihatkannya hanya sekadar boleh jadi Perdana Menteri UMNO.


Berkaitan:


Dari Blog DEPA KATA:

Rabu, 05 November 2008

KECOH...

Kecoh nampaknya Dewan Rakyat semalam bila Menteri Kewangan I yang juga Timbalan Perdana Menteri enggan melayan pertanyaan yang dikemukakan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009. Akibatnya, ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan.

Sambungan dan banyak lagi post menarik di sini:

http://depa-kata.blogspot.com/


Dari Blog anwar Ibrahim, dan Malaysiakini ada klip video:

04
Nov

Menteri Kewangan Tidak Hormat Dewan Rakyat

Parlimen Malaysia merupakan salah satu tiang seri utama kepada institusi demokrasi di Malaysia. Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah pentas bagi wakil-wakil yang dipilih untuk menyuarakan hasrat hati serta menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya. Di atas semangat inilah Parlimen bukan sekadar bongkah batu kosong, akan tetapi kukuh terbina sebagai sebuah institusi.


Dari Blog Lawyer Kampung:

Selasa, November 04, 2008

Siapa tidak hormat siapa sebenarnya?

Setahu saya hak untuk membenarkan celahan, pertanyaan atau penjelasan adalah hak mutlak pembahas yang sedang menggulung ucapan pada ketika itu.
Dari Blog Nobisha:

Wednesday, November 5, 2008

Bahas Manfaat, Bukan Gimik Politik

Menurut laporan media massa, Ahli-ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sewaktu Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan. Alasannya ialah mereka tidak berpuas hati kerana tidak diberikan ruang untuk penjelasan dan berbahas.

InsyaAllah bersambung...

0 comments: