Gelombang Rakyat

Nasharuddin Patut Dengar Syarahan Ekonomi & Bahas Dalam Hati Saja Lah

Nasharudin Mat Isa
keadilanbahagiangombak.blogspot.com

Memang hot!

Siapa tak bengang?

Jika hadir Dewan nan mulia, macam hadir kuliah ekonomi sebuah universiti lagaknya. Lebih buruk lagi kalau macam jadi semula pelajar sekolah Tingkatan 6.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Najib Oh Najib, kenapa sampai jadi begitu sekali? Harap bukan kelak dua kali.

Patut Lah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (Pas-Bachok), dilaporkan di Blog Depa Kata, sebagai berkata, “Kami datang untuk berbahas, bukan untuk mendengar syarahan ekonomi oleh menteri kewangan."

Patut Lah, para pemimpin sehaluannya pakat ramai-ramai keluar dewan.

Semalam ada membaca pos oleh Lawyer Kampung, yang menyatakan pendapatnya mengenai hal tersebut...

Turut menyentuh perihal yang sama, dan bernas sungguh, seperti biasa, Nobisha.

Terdahulu saya baca perihal yang sama di Blog Anwar Ibrahim.

Saya keletihan sangat, tidur dulu. InsyaAllah, pagi ini baru lawat dan baca kali kedua.

Mungkin kita kena fikir semula, Mohd Najib Abdul Razak nii layak ke menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika kemampuannya menangani ekonomi negara, memperlihatkannya hanya sekadar boleh jadi Perdana Menteri UMNO.


Berkaitan:


Dari Blog DEPA KATA:

Rabu, 05 November 2008

KECOH...

Kecoh nampaknya Dewan Rakyat semalam bila Menteri Kewangan I yang juga Timbalan Perdana Menteri enggan melayan pertanyaan yang dikemukakan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009. Akibatnya, ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan.

Sambungan dan banyak lagi post menarik di sini:

http://depa-kata.blogspot.com/


Dari Blog anwar Ibrahim, dan Malaysiakini ada klip video:

04
Nov

Menteri Kewangan Tidak Hormat Dewan Rakyat

Parlimen Malaysia merupakan salah satu tiang seri utama kepada institusi demokrasi di Malaysia. Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah pentas bagi wakil-wakil yang dipilih untuk menyuarakan hasrat hati serta menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya. Di atas semangat inilah Parlimen bukan sekadar bongkah batu kosong, akan tetapi kukuh terbina sebagai sebuah institusi.


Dari Blog Lawyer Kampung:

Selasa, November 04, 2008

Siapa tidak hormat siapa sebenarnya?

Setahu saya hak untuk membenarkan celahan, pertanyaan atau penjelasan adalah hak mutlak pembahas yang sedang menggulung ucapan pada ketika itu.
Dari Blog Nobisha:

Wednesday, November 5, 2008

Bahas Manfaat, Bukan Gimik Politik

Menurut laporan media massa, Ahli-ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sewaktu Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan. Alasannya ialah mereka tidak berpuas hati kerana tidak diberikan ruang untuk penjelasan dan berbahas.

InsyaAllah bersambung...

Lawak Suburnya Demokrasi UMNO - Depa Kata Dedahkan Perisik Rakyat Wakhakhakhakhakhakha

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Aduhai!

Siapa Lah pemimpin Parti yang berkata bila ramainya bertanding untuk jawatan tertinggi Parti, ini menunjukkan demokrasi subur dalam Parti ini?

Siapakah pulak pemimpin Parti yang berkata, lebih ramai pemimpin yang bertanding adalah lebih meriah.

Alahai, itu semua cakap orang politik daa...

Kadang-kala macam lebih skrip di minda daripada gerak suci di hati; atau lebih ke hadapan gigi dari bibir tidak bercuci, atau lebih rendah letaknnya otak di kepala lutut daripada kepala atas.

Hakikat yang sebenarnya, mentang-mentang peraturannya sesiapapun berhak bertanding, semua pun mahu bertanding. Termasuk Lah mereka yang sepatutnya cermin diri dahulu sebelum membukak mulut untuk menyuarakan hasrat nak bertanding jawatan tertinggi Parti.

Tambahan lagi, hakikatnya jugak, aku masuk untuk bertanding, tiba-tiba ramai pulak yang nak turut bertanding. Memang Lah meriah, tetapi kurang Lah peluang aku untuk mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan ini.

Ye dak? Tak gitu sebenarnya..??

Al-kisahnya, dari Blog Depa Kata, ada pos ini:

07 October 2008

KETUA CAWANGAN TANDING NAIB PRESIDEN


Kemudian, dari Blog Perisik Rakyat pula:

October 07, 2008

Semua Ketua Cawangan Bakal Tanding Kerusi TP ameno


Baca tajuk pun sudah boleh gelak berdekah. Jom kita gelak lagi. Lawak seterusnya begini:

...

Tuan Presiden: Apa yang engkau tercongok kat tepi pintu itu Mat Setia. Masuk, mari sini...

Mat Setia: Tetetete tututu an, Presi...

Tuan Presiden: Apa kau demom? Sakit?? Pejabat ini telefon kau, kau tak jawab! Pejabat ini SMS kau pun, telefon kau tutup!! E-mail, berminggu kau tak bukak!!! Faks surat pada kau, kenapa kau tak hiraukan...tulis kemudian pos surat kepada kau, pun kau tak jawab! Apa kena kau nii? Sia-sia saja kau pegang jawatan setia dan usaha. Usaha kau tak ada, setia kau mengecut. Lebih baik kau pegang jawatan SewelTakUsaha. Sekarang kau jawab, lekas cakap...

Mat Setia: Tetetete tututu an, Presi...

Tuan Presiden: Kau ni dah lama tak makan beras padu, beras terpilih, beras tak berdaftar..ke? Dah lama tak pekena Halwa Romantis ke?

Mat Setia: Tetetete tututu an, Presi...

Tuan Presiden: Cakap! Kenapa kau tak cakap? Bila aku suruh cakap, kau cakap Lah!!

Mat Setia: macamanasayanakcakapbilasayanakcakaptuanpresidenyangasyikcakap.

Tuan Presiden: Oii Mat Setia, mike marah yer? Nanti aku kasi jual kau sama Husin Lempoyang, Saudagar Unta, baru kau tahu, betapa, padan muka kau! Nanti dia akan menjerit, Wow! Jual orang lagi untung pada jual kau, Mat Setia, manusia tidak berguna. Tua kerepot, tak sadar diri!!!

Mat Setia: Dah habis cakap? Kalau tak habis lagi, saya balik dulu...

Tuan Presiden: Oii dah pandai merajuk pulak Mat Setia nii. Baik Lah, aku diam, kau yang cakap. Hah, cakap Lah!

Mat Setia: Ada masalah Tuan Presiden. Dua minggu saya pening, pengsan, bila bangun, pening, pengsan lagi. Begitu Lah seterusnya. Dan begitu Lah kisahnya.

Sebab saya pening ini ialah:

Jawatan Presiden Parti, setakat ini calon yang nak bertanding ialah seramai 83 orang.

Jawatan Timbalan Presiden Parti, setakat ini calon yang nak bertanding 227 orang.

Jawatan Naib Presiden Parti, belum ada, setakat ini lagi, sebab tak putus-putus ahli dan pemimpin peringkat cawangan dan bahagian, masih lagi terus-menerus menawarkan diri untuk bertanding. Kiraan jumlah calon Naib Presiden Parti, sewaktu saya belum datang ke sini tadi, ialah seramai 557 orang.

Tuan Presiden, Tuan Presiden...

Alamak, belum habis lagi cakap, dia pulak yang pengsan!

...

Begitu kah kisahnya? Entah Lah.

Apa yang penting ialah...

Melawak sahaja daa,

Ingat pesanan sahabat saya:

Sahabat Saya yang Masyhur, Saudagar Unta, Husin Lempoyang:

Ana

My Photo
Husin Lempoyang
Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
View my complete profile

(Hasbullah Pit Komen Saya Edjas)

Maka, ada disebut di Blognya Husin Lempoyang, Pak Mentua Abdul Wahub Berkata:

Jangan marah aargh, gurau sahaja. Jikalau marah, nanti kena jual!