UMNO - Wanita Tak Mau Beralah Mampukah Pak Lah Selesaikan?
4 Comments
»
.
Rafidah Aziz sanggahtoksago.blogspot.com |
Shahrizat Abdul Jalil thestar.com.my |
http://tunkuaisha.blogspot.com/
Pemimpin Wanita UMNO, hal yang semudah inipun dibiar mereka berlarutan.
Nak harapkan Mohd Najib Abdul Razak bersemuka dengan mereka yang terbabit, dan sama-sama mencari penyelesaian terbaik, dia tak mahu bergaduh dengan yang berkenaan dalam Wanita UMNO. Ini bukan soal gaduh, ini soal pemimpin menjadi yang tengah dalam meleraikan kekusutan.
Kemudian, Abdullah Ahmad Badawi pulak yang nampaknya mahu melakukan apa yang Mohd Najib Abdul Razak barangkali tidak mampu atau tidak mahu menyelesaian.
Menurut Blog Perisik Rakyat, pulang dari luar negara, Abdullah Ahmad Badawi akan bersemuka dengan para pemimpin Wanita UMNO. Mahu settle.
Soalnya mampukah Abdullah Ahmad Badawi? Dirasakan, dia semacam mahu tetapi tidak mampu.Selasa, November 18, 2008
Pak Lah Nak Selesai Masalah Wanita?
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui pemimpin Wanita Umno sekembalinya ke tanahair dari lawatan ke dua negara Asia Tengah sekarang, untuk menyelesaikan isu kepimpinan dalam pergerakan itu.
Silap gaya, buruk padahnya.
Rasanya tidak perlu Abdullah Ahmad Badawi menyenyeh kat situ. Lebih baik dia pergi jumpa Lim Kit Siang, berbincang apa lagi banyak hal bersangkutan Rakyat Malaysia, yang belum selesai lagi. Settle itu, ada banyak faedahnya.
Pulak tuu, yang para pemimpin Wanita UMNO tak kan lah hal yang sebegini pun perlu Presiden dan Timbalan Presiden kemuka untuk menyelesaikannya. Kenapa buntu sangat?
Sementara ini semua berlangsung, macam hal peribadi sahaja, wanita Malaysia siapakah yang membela nasib mereka. Ini sahaja sudah cukup besar sebagai isu nasional yang memerlukan pemimpin utama Wanita UMNO khususnya untuk menanganinya.
Diharapkan Abdullah Ahmad Badawi berhati-hati, usah kelak Mohd Najib Abdul Razak berkata, "Itu Lah you, I tak nak gaduh dengan mereka. Kan dah..!"
Orang lain pula akan..?
Ya!
Begitu Lah.