Para Pemimpin Tertinggi Wanita UMNO Akan Berentapan?
1 Comment
»
Rafidah Aziz yang tahu kenapa dia bertegas mahu peralihan kuasa kepada Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009.
Shahrizat Abdul Jalil sorightz.blogspot.com |
Tentulah akan ada forsa ketiga. Betulpun, dan muncullah Kamalia Ibrahim.
Barangkali masih ada lagi yang bakal memasuki gelanggang, namun tiada kelihatan sejak pencalonan.
Jadi, di 3 penjuru, para pemimpin semuanya bertegas pendirian.
Kerusi Wanita UMNO semakin panas. Siapa yang layak mendudukinya. Kenapa?
Mungkin ada pihak yang menunggu pengumuman rasmi Shahrizat Abdul Jalil. Kemudian reaksi dan respons individu dan pihak lain.
Pun begitu, perpecahan hasil dari rasa tidak puas hati puak ketiga pemimpin itu bakal menyebabkan akibat yang di luar jangkaan.
Puak Rafidah
Puak Shahrizat
Puak Kamalia
Mana Puak Wanita Puak UMNO?
Wan Azizah Wan Ismail www.flickr.com |
Nurul Izzah flickr.com | Nurul Izzah flickr.com | Nurul Izzah flickr.com |
Parti dalam gabungan Pakatan Rakyat, ini lah masanya untuk membuka pintu seluas-luasnya, di kalangan pemimpin dan ahli bakal keluar parti lapok sertai parti yang adil, dan lebih dari itu.
Kemudian didik mereka erti kepemimpinan wanita. Dalam UMNO itu sudah semakin tidak jelas ada atau tidak ada didikan seumpama.
Pengumuman Shahrizat Abdul Jalil tidak penting dan memungkinkan kerugian kepemimpinannya. Apa yang penting ialah duduk bertiga bersemuka menyelesaikan ini secara wanita, tanpa Abdullah Ahmad Badawi menyenyeh hadir serta di situ.
Shahrizat Abdul Jalil ... www.topix.com |
Dari tempoh pengumuman itu sehingga Mac 2009, adakah pihak yang akan menghentamnya menggunakan pelbagai media, khususnya dari kalangan rakan sepertandingan.
Bagaimana jika Shahrizat Abdul Jalil kalah?
Jika pun kemudiannya Shahrizat Abdul Jalil menang. Kepemimpinannya tidak mendapat sepenuh sokongan dari para pemimpin atasan dan bawahan.
Adakah Shahrizat Abdul Jalil mempunyai kemampuan untuk penyatuan?
... Shahrizat dan Nurul Izzah. no2umno.wordpress.com |
Satu perkara pokok ialah usaha memenangi PRU 13. Di sini kredibilitinya bakal dicabar. Sedangkan wanita dalam UMNO tidak lagi seperti dahulu.
Tidak banyak diketahui perihal Kamalia Ibrahim. Susah betul nak dapat gambarnya dari simpanan enjin carian.
Namun, kemunculannya kini, ada class gitu...
Sudah pun kedengaran, "ini macam lah pemimpin yang kita mahu".
Kepada Shahrizat Abdul Jalil, pengumuman yang bakal dibuat adalah lebih buruk daripada bersemuka secara bertiga, dalam sifat sebagai wanita.
Ketahui apa sebenarnya kehendak akar umbi. Ingat kambli, bilakah kali terakhir mereka dihargai dan diutamakan oleh para pemimpin Wanita UMNO?
Cari penyelesaian terbaik. Itu berkemungkinan yang baik untuk semua. Terutama mereka bertiga.