Gelombang Rakyat

BN Perlu Pastikan Calon Tepat & PAS Tidak Kisah Siapapun Calon Kerana Yang Penting Parti

nik aziz mat sabu kuala terengganu by election 031208kuala terengganu by election wan farid bn candidate 031208Sumber Foto:
Malaysiakini

Sukar juga menjangkakan pemimpin dan politik di Terengganu. Khususnya P 36 Kuala Terengganu. Negeri ini pernah dipimpin UMNO dan juga PAS.

Dikatakan bahawa, Kuala Terengganu, PAS kuat. P 36 Kuala Terangganu disebut juga sebagai kubu PAS. Ini memandangkan PAS menang 3 daripada 4 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di PRU 13. Khususnya - Ladang, Batu Buruk dan Wakaf Mempelam. Manakala wakil MCA, BN menang di DUN Bandar.

Menarik sekali, Ladang, yang dikatakan sukar dimenangi pembangkang, dimenangi PAS baru-baru ini dengan 31 undi sahaja. PAS juga pernah menguasai kerusi DUN ini pada 1999.

P 36 Kuala Terengganu pula Barisan Nasional menang majoriti tipis 628 undi.

Seronok membaca tulisan Muda Mohd Noor, di Malaysiakini:
Calon tepat penentu kemenangan BN
Muda Mohd Noor | Dec 4, 08 3:48pm
Faktor calon akan menjadi penentu kepada
kemenangan bagi Barisan Nasional (BN)
dalam pilihanraya kecil parlimen
Kuala Terengganu yang selewat-lewatnya
diadakan pada awal Januari ini.

Sambungan di sini:

Sila Klik
Sebahagian pemimpin tempatan termasuk Setiausaha Umno bahagian Kuala Terengganu, Ibrahim Omar berpendapat ketuanya Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang juga timbalan menteri dalam negeri, calon terbaik untuk mewakili BN.

Pemilihan calong yang tepat memungkinkan kemenangan mudah dan majoriti selesa untuk Barisan Nasional.

Namun, bagi PAS, calon bukan penentu kemenangan. Sebab itulah Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Shukairi Wan Abdullah berkata, calon PAS tidak semestinya orang tempatan.

Tambahnya, calon tidak semestinya pemimpin yang mempunyai jawatan tertentu dalam PAS Kuala Terengganu.

Apa yang paling penting, calon yang boleh diterima masyarakat dan mampu membawa misi parti.

PAS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menang dalam pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.

PAS mempunyai sedikit kelebihan, kerana masih wujud bibit percakaran pemimpin UMNO Terengganu.

Berkaitan:

Saturday, December 6, 2008

On your mark ....Get set......Go.....!!!

THE RACE IS ON FOR PRK P36 KUALA TERENGGANU


ON your mark ......... Yes, SPR has set it all for the big day.



Titik bermula bagi pilihanraya yang ditunggu-tunggu. Pengumumam ini telah mengurangkan sedikit debaran tapi the excitement is still on.
Wooooo...EXCITED GILER!!!

Sambungan di sini:

http://motherof3mohd.blogspot.com/

InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

2 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Sesiapa pun calonnya kita tak kisah tapi bagi PR@PAS biar calonnya yang ada kualiti sikit. Ini kerusi parlimen so kita perlu seseorang yang dapat gegarkan perlimen dengan tikus-tikus BN yang ada di dalamnya. Biar kita jadi kuching yang akan 'ngap' mereka.Biar dia orang mencicit lari!

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of Three Mohd

Betul.

Setakat jumlah, mereka pun ketar.

Setakat pemimpin, mereka ramai Badut.

Jika para pemimpin Pakatan Rakyat dalam seorang lagi yang macam dikatakan itu...

Wow!