Gelombang Rakyat

Harga Minyak Turun Bukan Kejayaan Pemimpin BN Tapi Kejayaan Rakyat Mendesak


harga minyak dunia dah ...
negaraku.net

Dirasakan tidak seorangpun dari pemimpin Barisan Nasional yang faham asas kenaikan harga dan penurunan harga minyak petrol dan diesel. Jikapun ada seorang atau kurang dari itu yang faham namun dia tidak mampu ataupun mahu.

Sama ada dalam kabinet, di Parlimen atau debat terbuka, para pemimpin BN gagal untuk prihatin kepada kesengsaraan Rakyat Malaysia.

Kenaikan serta merta dan mendadak harga petrol dan diesel pada 5 Jun 2008, dan sifat tidak berhati perot menurunkannya berdikit-dikit dengan alasan paling tidak masuk akal, ialah kegagalan paling besar Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak dan para pemimpin Barisan Nasional.

Penurunan harga minyak petrol dan diesel di Malaysia ialah kejayaan Rakyat Malaysia.


Husam Musa.
malaysiavotes.com

Bermula dengan ketokohan Husam Musa dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang telah dapat menghidu niat kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga bahan ini.


Anwar Ibrahim
classnews.asia
Konsisten perjuangan Anwar Ibrahim yang sedari awal sebelum PRU 12, menyatakan: Hari ini membentuk kerajaan Pakatan Rakyat, esok harga minyak turun.


Mohamad Sabu
paspenang.blogspot.com

Disokong gerakan Turun Turun-turun Mohamad Sabu. Serta ramai yang menyertai Mohd Hatta serta GERAMM.

Fuel Price Hike Protest by GERAMM
flickr.com

Wira Rakyat
July 6, 2008
no2umno.wordpress.com
Protes, Hatta Ramli.
pinkturtle2.wordpress.com

Mohd hatta
jedyoong.wordpress.com
Begitu juga para Blogger di bloggosphera, dan Forumer, di TranungKite OnLine umpamanya yang mengasak dan mendesak. Maka kerajaan Barisan Nasional yang malu alah, terpaksa menurunkannya.

Satu kejayaan dan kemenangan Rakyat Malaysia.

Namun perjuangan belum selesai, harga minyak petrol dan diesel mesti diturunkan lagi ke paras RM 1.62 sen seliter dan seterusnya RM 1.42 sen seliter.

Sebab itulah di pilihanraya P 36 Kuala Terengganu para pengundi perlu mempastikan calon Pakatan Rakyat menang besar.

Cukup Lah Setakat Ini

Cukup Lah Setakat Di sini

Seterusnya di PRU 13, Barisan Nasional tidak lagi dapat membentuk kerajaan di pusat dan setiap negeri di Malaysia, walaupun untuk 50 tahun akan datang.

Kerana para pemimpin Barisan Nasional tidak boleh diharapkan lagi untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Mungkin ada di kalangan mereka yang mampu berbuih mulut sahaja bercakap tetapi niat nan suci untuk membela Rakyat Malaysia tidak jelas langsung kewujudannya.

Untuk laporan Eksklusif, sila lawati:

Pahang Daily Online yang ada banner baru yang menarik...

Sabtu, Disember 6, 2008

Eksklusif: BN Yakin Akan Menang Kerana Minyak Turun, Shabery Chek Tewas Kerana Pembohong !!

TUMPAT - Barisan Nasional (BN) yakin akan mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil 17 Januari depan berdasarkan...

Sambungan di sini:

http://pahangdaily.blogspot.com/2008/12/eksklusif-bn-yakin-menang-kerana-minyak.html
Jika hebat sangat, dan nak tumpang semangkok, maka turunkan sekarang harga petrol dan diesel kepada RM 1.42 sen seliter. Jika tidak mereka inilah yang boleh naikkan harga minyak petrol dan diesel RM 18.92 sen seliter pun Rakyat Malaysia terus sengsara.

Rabu, Disember 3, 2008

Episod Harga Minyak Malaysia Kegagalan Pak Lah Sebagai Pemimpin

6 Julai: Tarikh baru protes harga
pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com

Akhirnya Petrol kurang dari RM2,

4 lagi cadangan pemudawilayah dirujuk Kerajaan

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menurunkan harga minyak berkuatkuasa dari tengah malam tadi. Hari ini Petrol RON 97 berharga RM 1.90 sen kurang 10 sen dari sebelumnya, Manakala RON 92 dan Diesel akan bernilai RM 1.80 sen.

InsyaAllah bersambung menjelang P 36 Kuala Terengganu dan PRU 13...

0 comments: