Gelombang Rakyat

Hamirdin Hasbullah Pit - Seminar Baik Punyia Apa Yang Nak Ditulis Dalam Blog Anda

Butiran Seminar yang murni ini di sini:

SEMINAR BLOGGER (Apa yang nak ditulis dalam blog anda)


TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER YANG BERMINAT


(Berdasarkan 100 orang yang pertama)


Sila e-mail kepada


almariff@hotmail.com


Akan Diadakan Seperti Butiran Berikut:

http://hasbullah.pit.my/2008/12/seminar-blogger-apa-yang-nak-ditulis.html


Saya rasa sesuai dihadiri oleh blogger mewakili Menteri Besar dan wakil pemimpin tertinggi negara, dan mereka yang menulis kandungan blog yang jarang menarik pelawat, pembaca, dan komen.


Dulu saya cuma ada laman web. Rastom Abdul Rahman, di Halwa Romantis yang memperkenalkannya Blog kepada saya.

Mulanya dia izinkan saya menulis di Blog nya. Namun, teringin nak ada Blog sendiri. Punyai Blog semacam punyai akhbar, atau majalah, atau stesen radio, atau stesen TV sendiri.

Bila sudah selesa, saya blog perihal diri saya. Untuk rujukan sendiri, anak, mungkin cucu generasi mendatang. Namun ramai pula yang ingin tahu siapa, melawat Blog ini.

http://infozublizainordin.wordpress.com/

Kemudian saya tambah satu lagi Blog, melayari bloggosphera, mengesan Blog yang menarik, membuat ulasan, dan menganugerahkan Award kepada Blogger yang hebat.

http://synchronity4change.wordpress.com/

Setelah jauh berinteraksi dengan Blogger di Bloggosphera dari serata pelusuk dunia, menjelang 8 Mac 2008, saya mula Blog perihal pemimpin politik Malaysia.

http://www.atotalblog.wordpress.com/

Menulis dengan Bahasa Inggeris yang mudah, sesekali diselit pos dalam Bahasa kita.

Rastom Abdul Rahman kata elakkan begitu. Biarlah Blog itu kekal dalam Bahasa Inggeris, dan buatlah satu lagi Blog dalam Bahasa kita. Tambahnya lagi, pos tak usah serius sangat. Maka...


Masa mula menulis di Blog, terdapat seorang penulis, seorang pelawat, dan seorang pembaca. semuanyanya orang yang sama. Saya sendiri!

Tiada ertinya begitu.

Sebaiknya, Blog dilawati, dibaca posnya, dan dikomen, kemudian diikuti setia, atau di adakan link. Seterusnya ada jaringan.

Masih jauh lagi pencapaian kita. Jadi dengan adanya Seminar begini, perkongsian Blogger yang berpengalaman dan terkenal, maka ramai yang boleh memanfaatkannya.

Selamat berseminar!


2 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Best dengar cerita you.Seminar tu nampak interesting tapi rasa malu nak sertai. Maklumlah akak ni baru nak berjinak dengan blogging. Menulis pun tak berapa pandai. Malulah!

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of Three Mohd,

Saya terpandang juga tarikh Blog, namun menerima barangkali blog baru setelah punyai lain-lain blog.

Apa yang telah dipos memang ada class. Teruskan perjuangan.

Seminar itu rasanya satu permulaan yang murni. Bakal ada lagi, sebab dijangka sambutan hangat.

Maklumlah Hamirdin dan Hasbullah Pit.

Hebat!

InsyaAllah, bersama-sama kita memainkan peranan. Ibarat kereta, bukan semua boleh jadi steering, yang jadi screw pun sama pentingnya.

Setakat yang kita buat nii dah elok. Sama-sama kita baiki seterusnya...