Kebijaksanaan PAS Menjerat Pengumuman Calon Barisan Nasional
Mohd Najib Abdul Razak
omong.files.wordpress.com
http://atotalblog.wordpress.com/2008/12/20/p-36-kuala-terengganu-if-najib-is-leading-this-a-potential-bn-lost-again/
Memang dijangkakan,
sekiranya
Mohd Najib Abdul Razak
mengetuai pilihanraya kecil di P 36 Kuala Terengganu,
kemungkinan Barisan Nasional kalah,
adalah cerah.
Abdul Hadi Awang ridzuan1706.wordpress.com |
Ketika ditanya
mengapa tidak diumumkan calon
pada hari ini
Abdul Hadi Awang berkata
Tiada masalah dalaman
dan
PAS boleh ambil masa
Maka 1 januari 2009
InsyaAllah
Diketahui dengan rasminya...
Masih jauh lagi tarikh akhir penamaan calon. Setuju sangat PAS masih belum lagi mengumumkan calon mewakili Pakatan Rakyat untuk P 36 Kuala Terengganu.
Ini satu kebijaksanaan PAS dalam strategi menjerat pengumuman calon Barisan Nasional.
mSTAR OnLine melaporkan:
Ahad Disember 21, 2008PETALING JAYA: PAS hanya akan mengumumkan calonnya yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 1 Januari ini.
Ia diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS di Kuala Terengganu dan diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.
Jawatankuasa tersebut telah mencapai keputusan mengenai calon yang bakal mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.
Kebijaksanaannya banyak, dan 2 di antaranya ialah:
Pertama:
Dengan mengumumkan calon seawal Sabtu lalu, Mohd Najib Abdul Razak dengan restu Abdullah Ahmad Badawi, mendedahkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh kepada pelbagai usaha perihal kelayakannya sebagai calon.
Usaha ini berpotensi datangnya dari dalam dan luar UMNO, dan Barisan Nasional. Rakan dan musuh politik sedang mengkaji calon ini.
Kemudian pendedahan dilakukan untuk mendidik dan mempengaruhi para pengundi di P 36 Kuala Terengganu, khususnya menolak UMNO, menolak Barisan Nasional, dengan tidak mengundi calon ini.
Lantaran Barisan Nasional sedari awal sudah kalah, sejak nama calon diumumkan. Menuju ke kekalahan teruk di P 36 Kuala Terengganu.
http://gomalaysian.blogspot.com/
Kedua:
Hal yang sama tidak boleh dilakukan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, kerana calon belum diumumkan, masih belum diketahui dengan rasmi.
Semua jentera pilihanraya PAS akan bergerak bukan menonjolkan calon, lantaran dengan mengutamakan parti melebihi calon, kesemuanya akan mempastikan kemenangan parti dan gabungan Pakatan Rakyat.
InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...