Gelombang Rakyat

BLOW - Suka Cara PAS Pilih dan Tentukan Calon..!

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Wa suka cara PAS - Parti Islam Se-Malaysia pilih calon.

Nak calon nama seramai mungkin calonlah.

Pemimpin tertinggi panggil mesyuarat dan menganalisis calon berdasarkan maklumat dan maklumbalas.

Kemudian, semua sujud memohon petunjuk-Nya.

Calon dipilih!

Ramai yang suka.

Setelah calon dipilih semua jentera bersatu memberi sokongan supaya parti beroleh kemenangan.

Cantik!

Kemudian menang.

Tak tahulah dalam parti politik lain macam-mana.

UMNO wa malas nak studi kali ini. Depa memang kita dah tahu dah. Akhirnya berbalah dan undi protes sabotaj dari dalam.

Lantak pii lah mereka dengan budaya begitu.

Terkini wa tengah studi apa stori kat N 25 Bukit Selambau.

Info dari Yeols Blog PRO-REFORM:
My Photo
yeols
Malaysia
"Satukan hati kita,perbaiki kelemahan kita,dengan tujuan yg sama,barubah untuk Malaysia"
View my complete profile

BAPA ARUS PERUBAHAN MALAYSIA
Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

12 February 2009

Keutamaan Pada Agenda Perubahan!

Sdr Azmin Ali mula menggerakkan jentera pilihanraya DUN Bukit Selambau bersama pimpinan parti Kedah dan Bahagian Merbok petang semalam di Sungai Petani. Maka bermulalah tunjuk rasa penyokong melobi calon mereka. Malah terdapat gesaan dari parti rakan dan tuntutan calon Melayu, Hindraf, pejuang lama dan lain-lain, dengan pelbagai kaedah - sopan, tuntutan dan ugutan!

Sayugia disedari keperluan memperkukuh muafakat yang berhasil melahirkan kerajaan Pakatan Rakyat. Dan yang dikira mendesak, keperluan menonjolkan calon yang komited dengan perjuangan dan tidak mudah goyah dengan sogokan atau ugutan. Rakyat dan pengundi menuntut calon layak dan berwibawa.

Pengalaman terkini harus mengajar kita. Dan parti perlu memastikan hasrat murni ini tidak dikorbankan hanya untuk agenda terpenchil.

ANWAR IBRAHIM

InsyaAllah, bersambung...
Reblog this post [with Zemanta]

P 36 Kuala Terengganu - Mat Sabu Menang Dah Namun Di Pilihanraya Ini Biar PAS Menang

Setelah relaks seketika, saya telah Pos perihal calon PAS di Terengganu. Ketika itu ada suara dari PKR pun nak calonkan seorang dari parti ini. Kemudian jelas ini memang kerusi untuk calon PAS.

Mohamad Sabu
flickr.com
Saya pun sebut Mohamad Sabu, calon favorite. Disokong pula rakan Blogger. Ramai yang memang syok jikalau Mohamad Sabu kembali menghangatkan Parlimen.

Namun, sukar untuk dibaca ialah para pengundi di P Kuala Terengganu. Kecenderongan dan kecondongan mereka.

Rakan Blogger beritahu memang PAS lebih sedikit kekuatan di sini.

Pada pandangan saya, Mohamad Sabu tetap calon paling top untuk P 36 Kuala Terengganu. Kiranya, dari aspek pemilihannya sebagai calon Mohamad Sabu telahpun menang. Dari Nik Aziz Nik Mat yang telah bersuara, sampailah ke Blogger biasa pun.

Calonnya Mohamad Sabu.

Pun begitu, pada saya apa yang lebih penting ialah PAS yang menang di P 36 Kuala Terengganu.

Jika pun Mohamad Sabu tidak terpilih, saya tak kisah, dan akan bersama rakan Blogger berperanan supaya UMNO dan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu.

Sokongan pada PAS. Siapa calon, bukan soalnya.

Seronok bila mendengar Mohamad Sabu pun tak kisah...

BERNAMA Melaporkan...

23 Disember, 2008 18:08 PM

Mat Sabu 'Tak Kisah' Jika Tidak Terpilih Sebagai Calon

ALOR STAR, 23 Dis (Bernama) -- Naib Presiden PAS Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak kecewa jika tidak terpilih sekali lagi sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, apa yang lebih penting ialah calon yang bertanding pada pilihan raya kecil parlimen itu kelak adalah dari PAS.

-- BERNAMA

Saya juga menjangkakan, 1 Januari 2009, InsyaAllah, bukan Mohamad Sabu yang dimaksudkan, namun pemimpin tempatan yang jauh lebih wibawa daripada Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Kebijaksanaan PAS Menjerat Pengumuman Calon Barisan Nasional


Mohd Najib Abdul Razak

omong.files.wordpress.com


http://atotalblog.wordpress.com/2008/12/20/p-36-kuala-terengganu-if-najib-is-leading-this-a-potential-bn-lost-again/

Memang dijangkakan,
sekiranya
Mohd Najib Abdul Razak
mengetuai pilihanraya kecil di P 36 Kuala Terengganu,
kemungkinan Barisan Nasional kalah,
adalah cerah.

Abdul Hadi Awang
ridzuan1706.wordpress.com

Ketika ditanya
mengapa tidak diumumkan calon
pada hari ini
Abdul Hadi Awang berkata
Tiada masalah dalaman
dan
PAS boleh ambil masa
Maka 1 januari 2009
InsyaAllah
Diketahui dengan rasminya...


Masih jauh lagi tarikh akhir penamaan calon. Setuju sangat PAS masih belum lagi mengumumkan calon mewakili Pakatan Rakyat untuk P 36 Kuala Terengganu.

Ini satu kebijaksanaan PAS dalam strategi menjerat pengumuman calon Barisan Nasional.

mSTAR OnLine melaporkan:
Berita »
Pilihan raya kecil: PAS umum calon 1 Januari

PETALING JAYA: PAS hanya akan mengumumkan calonnya yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 1 Januari ini.

Ia diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS di Kuala Terengganu dan diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Jawatankuasa tersebut telah mencapai keputusan mengenai calon yang bakal mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.

http://www1.mstar.com.my/


Kebijaksanaannya banyak, dan 2 di antaranya ialah:

Pertama:

Dengan mengumumkan calon seawal Sabtu lalu, Mohd Najib Abdul Razak dengan restu Abdullah Ahmad Badawi, mendedahkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh kepada pelbagai usaha perihal kelayakannya sebagai calon.

Usaha ini berpotensi datangnya dari dalam dan luar UMNO, dan Barisan Nasional. Rakan dan musuh politik sedang mengkaji calon ini.

Kemudian pendedahan dilakukan untuk mendidik dan mempengaruhi para pengundi di P 36 Kuala Terengganu, khususnya menolak UMNO, menolak Barisan Nasional, dengan tidak mengundi calon ini.

Lantaran Barisan Nasional sedari awal sudah kalah, sejak nama calon diumumkan. Menuju ke kekalahan teruk di P 36 Kuala Terengganu.

Kedua:

Hal yang sama tidak boleh dilakukan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, kerana calon belum diumumkan, masih belum diketahui dengan rasmi.

Semua jentera pilihanraya PAS akan bergerak bukan menonjolkan calon, lantaran dengan mengutamakan parti melebihi calon, kesemuanya akan mempastikan kemenangan parti dan gabungan Pakatan Rakyat.


InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

P 36 Kuala Terengganu - Kebijaksanaan Hadi Awang Dapatkan Maklumbalas Termasuk Dari Penulis Blog

Abdul Hadi Awang
ridzuan1706.wordpress.com
Penting kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menang di Pilihanraya Kecil P 36 Kuala Terengganu.

Informasi amat berharga, kesudian mendengar pendapat bakal memperolehinya dalam bentuk maklumbalas. Termasuk daripada kalangan Penulis Blog.

Inilah satu kelebihan pemimpin seperti Abdul Hadi Awang.

Perhatikan, jika ketika hendak menentukan calon pun meraih maklumbalas supaya dapat didengari pertimbang semua pendapat dan memilih yang terbaik darinya. Bayangkan betapa besar kesudian mendengar ini setelah PAS berjaya memenangi kerusi P 36 Kuala Terengganu.

Apapun mohonlah hidayah dari-Nya.

Saya sendiri sebagai penulis blog ini tidak arif dengan pengundi di P 36 Kuala Terengganu. Mereka sukar dibaca.

Jadi penting sekali Penulis Blog yang ikhlas, faham kecenderongan para pengundi, dan sudi berkongsi maklumat, maka mereka ini lebih diutamakan maklumbalas darinya.

Satu Blog Total sudah pun memulakan siri pos, untuk memberi sedikit kesan kepada kemenangan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk memenangi P 36 Kuala Terengganu.

Pemimpin UMNO, kita pun tahu sudah kepemimpinan mereka. Rata-rata mengecewakan. Parti UMNO, tiada jelas nampaknya untuk membantu masyarakat yang diwakilinya. Barisan Nasional sudah tidak relevan lagi.

Dengan izin-Nya juga, sama-sama kita pastikan Barisan Nasional kalah teruk di semua pilihanraya kecil dan juga PRU 13 kelak.

Pemimpin yang bersih demi mempastikan usaha murni untuk Rakyat dan Negara Malaysia, termasuk di P 36 Kuala Terengganu, ialah pemimpin PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat.

InsyaAllah, sama-sama kita usahakan kemenangan di P 36 Kuala Terengganu.

Bermulakah Setiap Pemimpin PAS Ada Label?

Logo PAS
ms.wikipedia.org
Kurang baik sekiranya wartawan media pun mula meletakkan label pada beberapa pemimpin PAS.

Belajarlah dari tokoh dan skandal. Sekali kena, label itu lekat lama dan mungkin selama-lamanya. Sebut sahaja nama ddiselitkan label, dan jika disebut label pun dikenali nama. Begitu juga dengan nama ejekan. Dikenali juga.

Kini sudah pun ada dan bermula nama pemimpin PAS disebut, dan label.

Umpamanya:

PAS yang dikuasai oleh ulamak konservatif...

Pemimpin yang moderate ini dicalonkan supaya...

Pemimpin yang dikaitkan dengan fraksi Erdogan...

Ada lagi.

Adakah ini akan menjadi kelaziman, dan boleh menjejas reputasi setiap pemimpin PAS.

Ataukah kita buat tak kisah sahaja?

Masih Mahu Memahami PAS Selangor - Meninjau Sedikit Gerakan Dalaman

Logo PAS
ms.wikipedia.org
Sebaiknya PAS sebagai parti, unity within uniformity. Penyatuan rangkuman keseragaman. Semoleknya PAS sebagai parti di Malaysia, unity in diversity. Penyatuan dalam kepelbagaian.

PAS kurang diminati dan belum menyerlah dahulu kerana sifat pemimpinnya suka melabel orang. Namun ini sudah diperbaiki, pun belum sepenuhnya.

Masih kedengaran pemimpin melabel atau dilabel, Konservatif, Liberal, Erdogan, Anti-Husam, Anti-PR, ataukah ada lagi?

Jikalau UMNO, kitapun sudah tahu, Islam Hadhari. Walaupun ini pelek dan bukan mudah diterima, namun parti ini jelas lagi menjelaskan, sedangkan ia mengusarkan beberapa pihak.

Namun, di mana boleh diperolehi pegangan PAS lebih-lebih lagi ianya Parti Islam Se-Malaysia. Jikapun ada kenyataan, apakah mungkin ada perbezaan amalan dan pendekatan politik umpamanya di antara PAS Kelantan, PAS Terengganu, dan PAS Selangor?

Baru-baru ini, Lim Guan Eng menyuarakan sepotong ayat dari Kitab-Nya, dan ditujukan kepada pemimpin UMNO. Kemungkinan ada lagi ayat yang bakal disuarakannya. Adakah kebarangkalian pemimpin yang sama, atau berbeza, menyuarakan ayat dari Kitab-Nya untuk ditujukan kepada pemimpin PAS pula.

Benar, bukan rahsia bahawa ada pemimpin DAP yang belum jelas pegangan PAS. Ada perjuangan yang diungguli sebahagian pemimpinnya tidak disokong para pemimpin DAP. Orang lain di dalam atau di luar Pakatan Rakyat pun begitu.

Saya sendiri tidak mengetahui banyak dan tidak mengikuti perkembangan PAS. Namun perubahan menjelang PRU 12 dan pakatan dalam Pakatan Rakyat menarik perhatian saya untuk memahami PAS lebih lagi.
Nik Aziz Nik Mat
news.bbc.co.uk
Sejuk mata dan sedap di hati meneliti kepemimpinan Nik Aziz Nik Mat. Faktornya Kelantan sukar ditawani pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Mohamad Sabu ...
pas-kubangpasu.blogspot.com
Begitu juga meminati Mohamad Sabu khususnya pengucapan awamnya A Plus, dan sukar dicari pemimpin seumpama dalam UMNO umpamanya.
Husam Musa
ambuyatel-binangkit.blogspot.com
Nizar Jamaluddin
pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com
Azizan Abdul Razak
cikwiduri.wordpress.com
Kemudian, tertarik dengan kepemimpinan Husam Musa, Muhammad Nizar Jamaluddin, Azizan Abdul Razak, dan kini Khalid Samad. Ada beberapa lagi yang masih mahu mengetahui siapa mereka dalam PAS.
Khalid Samad
selangortoday.wordpress.com
PAS sebuah parti politik yang mampu pergi lebih jauh. Tidak menghairankan kesuciannya jauh lebih terpuji daripada UMNO.

Namun untuk parti ini roboh dari dalam, agak mudah, jika ada karektor yang tidak diluar dan merosak dari dalam.

Setakat ini PAS Selangor tepat untuk satu kajian kes, di mana perbezaan dan persamaan para pemimpinnya dari aspek perjuangan, sebagai termaktub dalam asas PAS sejak 57 tahun lalu, sama ada mahu mengekalkan PAS sebagaimana dahulu, atau mengumnokan PAS dari dalam, atau memodenkan PAS bersesuaian dengan landskap politik Malaysia semasa.

Tentunya semua ini, perlulah dijelaskan oleh pejuang dalam PAS sendiri.

Saya baru membaca pos ini di Blog BAWEAN TERMENUNG:

MENGAPA kHALID SAMAD DI PECAT? JAWABNYA DISINI~Ref Malaysiakini

Cerita Sebenar Mengapa Khalid Samad di Pecat Dari TPJ Selangor...

Sambungan di sini:

http://suwaritimur.blogspot.com/

Pun begitu mahu juga mendengar perihal yang sama dari pihak lain yang berkenaan.
InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang berlaku seterusnya, khususnya menjelang pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu, dan PRU 13.