Keputusan Zahar Hashim - Nobisha, Baik Untuk UMNO Baik Untuk PAS - Bagaimana?
Sebahagian masyarakat melihat Zahar Hashim sebagai wira. Langkahnya keluar UMNO menyertai PAS ialah langkah pencak ibarat ngiluan nan memeritkan pemimpin dan pihak tertentu. Siapa? Tentulah yang utama UMNO. Kemudian Barisan Nasional. Dan lain-lain lagi seterusnya...
Keputusan ini amat strategik. Satu pengajaran besar dan pengajaran kecilan tambahan yang bukan boleh diledak kata tanpa renungan jikapun tidak kajian mendalam.
Bagaimana pemimpin melihat titik dan detik yang memunculkan gambar di atas?
Dari pemerhatian saya. It is a smart move Zahar. Ada beberapa soalan masih belum berjawab. Sedang saya selidiki. Umpamanya kenapa sebelum P 36 Kuala Terengganu. Kenapa PAS bukan parti lain. Ada lagi Lah.
Reaksi seperti, "Zahar Hashim keluar UMNO tidak rugi apa-apa." Nanti saya ulas.
Soalnya, seperti tajuk di atas:
Bagaimana Nobisha boleh berkata, isu ini, perihal keputusan Zahar Hashim...Baik Untuk UMNO, Baik Untuk PAS.
Gelas begini...
http://nobisha.blogspot.com/
...dijadikan perspektif positif melihat. Pun kacamata melihat atau mahu melihat bukanlah gambaran hakikat sebenarnya.
Kenapa?
Zahar Hashim adalah pemimpin, ya pemimpin UMNO. Kini menyertai PAS. Berbeza dengan beberapa dan lain-lain pemimpin UMNO, pendirian, keputusan, tindakannya mendapat pujian. Ya, sebagai langkah wira.
Ertinya, UMNO dari kedudukan memiliki segelas air penuh, kini tiada. Sudah menjadi milik PAS.
A glass more than half full flickr.com |
Jadi, keputusan Zahar Hashim, baik untuk PAS. Tidak baik untuk UMNO.
Sedangkan semasa dalam UMNO kenyataannya bukan menyentuh keputusan kecil yo-yo mainan, ianya keputusan saiz Eurocopter Cougar. Jika yang dihunus pula bukan pemimpin bawahan, namun barangkali pemimpin potensi kerusi nombor wahid.
Sedangkan semasa dalam UMNO ya, Zahar Hashim begitu, fahamilah bila Zahar Hashim sudah berada dalam PAS.
Saya jangkakan Zahar Hashim bakal mencetuskan gegaran lebih berdengung daripada kipas Eurocopter Cougar untuk memihak kepada PAS.
Apakah pentas lebih tepat lapang dengan ramai audien ingin ketahuan, daripada kini di P 36 Kuala Terengganu..?
Cuba tanya Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dia nak gelas sahajakah? Gelas penuh airkah? Atau Gelas air tinggal separuhkah? Atau air tanpa gelas?
Perlu disedarinya, ini gelas penuh ada power dalaman nak mai P 36 Kuala Terengganu.
Storm in a glass of water photo.net |
Pandangan saya, keputusan Zahar Hashim ini - UMNO Rugi, PAS Untung. Baik Untuk PAS, Tidak Baik untuk UMNO.
Sila baca "Sour Grapes" pada saya, dari pos berdentum di Blog A Mum Of Three Mohd, dan ada gambar Double-Mohd.
I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiq
YANG MANA SATU BERMASALAH.... ZAHAR ATAU UMNO?
Tidak berpandangan jauh. Nasik telah jadi bubur! Serta, bila lagi nak perbetul UMNO. Berapa ramai lagi wira bangsa perlu keluar untuk menginjek kesedaran? Tak cukup Mahathir Mohamad, Sanusi Junid, Zaid Ibrahim...berapa ramai?
A Set Glasses Of Full Water picasaweb.google.com |
Sepatutnya para pemimpin UMNO belajar dari hal ini. Usah melakukan untuk kepentingan diri, tidak mahu mendengar suara pemimpin dan akar umbi, penafian demi penafian, dan kemudian cemuhan.
Jika lantak Lah. Maka teruskanlah Lah budaya dan amalan seperti sekarang, apakah tidak perlu dihiraukan penolakan total nanti di PRU 13 kelak. InsyaAllah...