Gelombang Rakyat

Masih Mahu Memahami PAS Selangor - Meninjau Sedikit Gerakan Dalaman

Logo PAS
ms.wikipedia.org
Sebaiknya PAS sebagai parti, unity within uniformity. Penyatuan rangkuman keseragaman. Semoleknya PAS sebagai parti di Malaysia, unity in diversity. Penyatuan dalam kepelbagaian.

PAS kurang diminati dan belum menyerlah dahulu kerana sifat pemimpinnya suka melabel orang. Namun ini sudah diperbaiki, pun belum sepenuhnya.

Masih kedengaran pemimpin melabel atau dilabel, Konservatif, Liberal, Erdogan, Anti-Husam, Anti-PR, ataukah ada lagi?

Jikalau UMNO, kitapun sudah tahu, Islam Hadhari. Walaupun ini pelek dan bukan mudah diterima, namun parti ini jelas lagi menjelaskan, sedangkan ia mengusarkan beberapa pihak.

Namun, di mana boleh diperolehi pegangan PAS lebih-lebih lagi ianya Parti Islam Se-Malaysia. Jikapun ada kenyataan, apakah mungkin ada perbezaan amalan dan pendekatan politik umpamanya di antara PAS Kelantan, PAS Terengganu, dan PAS Selangor?

Baru-baru ini, Lim Guan Eng menyuarakan sepotong ayat dari Kitab-Nya, dan ditujukan kepada pemimpin UMNO. Kemungkinan ada lagi ayat yang bakal disuarakannya. Adakah kebarangkalian pemimpin yang sama, atau berbeza, menyuarakan ayat dari Kitab-Nya untuk ditujukan kepada pemimpin PAS pula.

Benar, bukan rahsia bahawa ada pemimpin DAP yang belum jelas pegangan PAS. Ada perjuangan yang diungguli sebahagian pemimpinnya tidak disokong para pemimpin DAP. Orang lain di dalam atau di luar Pakatan Rakyat pun begitu.

Saya sendiri tidak mengetahui banyak dan tidak mengikuti perkembangan PAS. Namun perubahan menjelang PRU 12 dan pakatan dalam Pakatan Rakyat menarik perhatian saya untuk memahami PAS lebih lagi.
Nik Aziz Nik Mat
news.bbc.co.uk
Sejuk mata dan sedap di hati meneliti kepemimpinan Nik Aziz Nik Mat. Faktornya Kelantan sukar ditawani pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Mohamad Sabu ...
pas-kubangpasu.blogspot.com
Begitu juga meminati Mohamad Sabu khususnya pengucapan awamnya A Plus, dan sukar dicari pemimpin seumpama dalam UMNO umpamanya.
Husam Musa
ambuyatel-binangkit.blogspot.com
Nizar Jamaluddin
pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com
Azizan Abdul Razak
cikwiduri.wordpress.com
Kemudian, tertarik dengan kepemimpinan Husam Musa, Muhammad Nizar Jamaluddin, Azizan Abdul Razak, dan kini Khalid Samad. Ada beberapa lagi yang masih mahu mengetahui siapa mereka dalam PAS.
Khalid Samad
selangortoday.wordpress.com
PAS sebuah parti politik yang mampu pergi lebih jauh. Tidak menghairankan kesuciannya jauh lebih terpuji daripada UMNO.

Namun untuk parti ini roboh dari dalam, agak mudah, jika ada karektor yang tidak diluar dan merosak dari dalam.

Setakat ini PAS Selangor tepat untuk satu kajian kes, di mana perbezaan dan persamaan para pemimpinnya dari aspek perjuangan, sebagai termaktub dalam asas PAS sejak 57 tahun lalu, sama ada mahu mengekalkan PAS sebagaimana dahulu, atau mengumnokan PAS dari dalam, atau memodenkan PAS bersesuaian dengan landskap politik Malaysia semasa.

Tentunya semua ini, perlulah dijelaskan oleh pejuang dalam PAS sendiri.

Saya baru membaca pos ini di Blog BAWEAN TERMENUNG:

MENGAPA kHALID SAMAD DI PECAT? JAWABNYA DISINI~Ref Malaysiakini

Cerita Sebenar Mengapa Khalid Samad di Pecat Dari TPJ Selangor...

Sambungan di sini:

http://suwaritimur.blogspot.com/

Pun begitu mahu juga mendengar perihal yang sama dari pihak lain yang berkenaan.
InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang berlaku seterusnya, khususnya menjelang pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu, dan PRU 13.

0 comments: